Jom sambung Part 7…
30th June
2019
9.00am baru gerak dari hotel menuju ke Swiss Village (Waze). Harini memang saja nak keluar lewat sebab semalam terlampau sakan berjalan2. Okay, jom kita sambung. Lokasi Swiss Village ini terletak di kawasan yang berbukit sikit. Menjadikan kawasan ini salah satu lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Korang juga boleh stay dekat hotel2 yang ada dekat sini. Lokasi ini dikenali kerana terdapat bangunan yang berwarna-warni. Terdapat juga café2 hipster yang pelbagai. Cik Fazz ada juga try makan dan lepak di salah satu café yang menarik perhatian kami. Agak beruntung sebab masuk je café tu dan kami bertanya adakah makanan di sini safe to eat for Muslim dan mereka mengatakan di sini boleh dikategorikan halal kerana menggunakan bahan dan dimasak tanpa campuran wine. Alhamdulillah! Total damage di sini KRW 18,500.
Setelah hampir 2 jam bergambar sakan dekat Swiss Village,
Cik fazz meneruskan pengembaraan ke destinasi seterusnya. Perkara yang perlu
dilakukan sekarang adalah mencari Hanbok
Studio Hue (GPS: 7259837). GPS yang diterima kurang tepat. Cuma korang
perlu berjalan sikit untuk mencari lokasi studio ni. Studio ni antara studio
yang menyewakan hanbok dalam kadar yang murah di Jeju. Kalau tak silap
recommended by Visit Jeju masa Cik Fazz tanya dulu. Kalau tak silap haritu Cik
Fazz sewa dengan kadar KRW 20,000 untuk 3 jam pertama. Lepas tu kalau terlebih
jam dia akan charge lain, tapi lupa pulak kiraan dia macam mana.
Bila diperhatikan, Studio Hue ni berdekatan dengan
Jungang Underground Tangga No. 11. Berhampiran juga terdapat Jeju Mokgwana (GPS: 7023081) yang
merupakan bekas pejabat rasmi kerajaan Jeju semasa era Joseon. Entrance fee
sebanyak KRW 1,500. Boleh la bergambar sakan dengan mengenakan hanbok yang
telah disewa tadi. Mokgwana ni tidak la seluas mana, jadi pusing2 dah bosan
sebab jumpa benda yang sama kan. So Cik Fazz ajak adik pergi ke Jungang
Underground untuk sambung shopping. Jam 4.00pm kami dah terpacak balik dekat
depan Mokgwana sebab ada info mengatakan terdapat show pertukaran waktu
pengawal. Dapat la tengok persembahan sampai habis. Selesai je show tu kami
terus bergegas pulang ke Studio Hue untuk memulangkan hanbok yang disewa.
Disebabkan kami dah nak sampai ke penghujung acara, maka
Cik Fazz mengajak adik untuk pergi makan bubur abalone yang disebut2 oleh warga
blogger sekalian. Lokasi yang di pilih adalah Jeju Onuii Seafood Restaurant (GPS: 7826801). Merupakan restaurant
seafood terakhir dalam itinerary sebelum terbang pulang ke Malaysia. Retaurant
ini merupakan salah satu restaurant yang Muslim Friendly di Jeju. Di sini kami
order Abalone Porridge dan Abalone Hot Pot. Wallah, sangat2 recommended!!!
Dekat restaurant ni juga terdapat musholla yang turut disediakan khas untuk
Muslim menunaikan solat. Lokasi yang berdekatan dengan persisiran pantai sangat
menarik untuk lihat. Selesai je makan dekat Jeju Onuii ni kami terus pulang ke
hotel untuk mengemas barang sebelum pulang esok.
1st July 2019
Harini merupakan hari terakhir di Jeju, kami check out
dari hotel pada jam 10.00am. Sempat la jugak singgah ke Hamdeok Beach (GPS: 7283989). Diberi gelaran sebagai “The Maldives
of Korea That Embraces the Emerald Green Water”. Pantai yang menjadi tarikan orang
ramai ketika musim panas. Di sini korang akan disajikan dengan pemandangan air
yang menghijau di tengah laut. Di sini juga terdapat café2 hipster yang
bersepah di tepi2 jalan. Selesai snap apa yang patut, kami meneruskan
perjalanan untuk memulangkan kereta sewa ke AJ Rent A Car.
Selesai pemulangan kereta, kami bergegas pula untuk
mengambil bus shuttle ke airport. Sedang menunggu bus, tetiba baru perasan yang
internet terputus. Bila check, modem wifi takde dekat kami berdua. Ah sudah!!!
Musibat apa yang bakal terjadi ni. Disebabkan nak bergegas check in sebab risau
orang terlalu ramai masa beratur, maka kami meneruskan perjalanan ke airport.
Setibanya kami di airport, kami terus berbaris untuk check in luggage. Masuk je
luggage, pegawai airport memaklumkan untuk stay sekejap bagi membuat pengesahan
barang. Lama jugak kami tunggu, sampai satu tahap Cik Fazz ajak adik untuk
pergi semula ke AJ untuk mencari modem wifi. Elok baru nak pusing, dengar nama
Cik Fazz kena panggil.
Ah sudah, musibat apa lagi yang menanti kat dalam tuh.
Cik Fazz pun masuk la kat dalam bilik khas untuk membuat pengesahan. Rupa2nya
Cik Fazz tersimpan Go-Pro dekat poket backpack. Pegawai kastam meminta Cik Fazz
untuk hand-carry Go-Pro tersebut. Selesai isi borang pengesahan, kami meneruskan
perjalanan ke AJ semula untuk misi mencari modem wifi yang dijangka tercicir di
dalam kerata. Sesampainya kami di AJ, terus kami buat aduan dan mereka membuat
proses mencari. Akan tetapi semuanya hampa belaka kerana kereta tersebut telah
disewakan kepada pelanggan lain. Maka kami pulang ke Malaysia dengan kehampaan.
Lalu kami pergi semula ke airport untuk check in diri kami pulak. Masuk je
dalam lepas check in, kami mencari kawasan untuk solat. Kami jumpa Nursing
Room, maka kami tumpang solat di situ. Solat selagi boleh!!! Sampai je dekat
KLIA2, Cik Fazz terus pergi ke kaunter Roaming Man untuk membuat bayaran ganti
rugi sebanyak RM350. Selamat la terbang duit kami berdua akibat kecuaian diri
sendiri. Semoga menjadi iktibar di kemudian hari.
Dengan ini, maka berakhirlah pengembaraan Cik Fazz dan
adik di bumi Korea Jeju selama 8 hari 7 malam. Macam2 pengalaman berharga dapat
melalui pengembaraan ini. Suka, duka, hampa, gembira, sedih, kenyang, penat dan
segala jenis perasaan dapat dirasai. Nasihat Cik Fazz, pergilah berkelana di
muka bumi Allah ini untuk melihat keindahan ciptaan Allah dan belajar budaya
hidup orang luar. Juga dengan mengembara kita dapat melihat diri sendiri
bagaimana mencari makanan yang diyakini untuk di makan? Bagaimana nak solat
jika tiada ruang khas? Malu bertanya sesat tak jalan? Dan macam2 lagi ilmu yang
kita tidak dapat jika hanya duduk di rumah tanpa keluar dari kepompong kita.
Dengan ini, Cik Faz mengucapkan jutaa terima kasih kepada blogger2 yang telah berkongsi segala tips ke Jeju. Warga FB Road To Korea yang banyak berkongsi rahsia dan tips yang berguna. Tidak dilupai kepada admin website Visit Jeju yang banyak membantu. Turut tidak dilupai admin FB Halal Korea yang selalu membantu sepanjang berada di Jeju untuk bertanyakan perihal halal haram ingredients semua barang yang ingin dibeli. Terima kasih untuk semua yang banyak membantu. Cik Fazz share kan juga itinerary sepanjang kami di Jeju Island. Diharapkan dapat memberi manfaat kepada korang semua.
Akhir kalam, assalamualaikum
wbt dan selamat membaca korang… xoxo
0 comments:
Post a Comment