Jom sambung Part 4…
27th
June 2019
Seperti hari2 sebelum ini, kami memulakan aktiviti kami
jam 4.00am untuk solat. Sepatutnya pagi ni misi asal kami adalah untuk mendaki
Mt. Hallasan. Tetapi disebabkan semalam seharian hujan, kitaorang decide untuk
skip mendaki sebab risau jalan licin. Kebetulan sepanjang berada di Jeju, Cik
Fazz selalu menerima amaran cuaca di fone. Jadi kami memang skip terus Hallasan
tuh. Nyawa lebih penting sebab kita berada di tempat orang kan. So kami tukar
plan dengan cover balik lokasi di hari kedua yang kami tak sempat pergi iaitu Jeongbang Waterfalls (GPS: 7331530).
Untuk pengetahuan semua, terdapat 3 air terjun yang
popular di Jeju iaitu Cheonjeyeon Waterfall, Cheonjiyeon Waterfall dan
Jeongbang Waterfall. Tapi disebabkan tak tahu nak pergi yang mana satu, maka
Cik Fazz pilih Jeongbang Waterfall. Mesti korang tertanya2kan kenapa tak pergi
je semua? Bukan Cik Fazz tak nak pergi, tapi kekangan masa membuatkan kami
memilih untuk pergi salah satu waterfall je. Dekat waterfall n juga terdapat
deretan kedai souvenir. Dekat sini bagi Cik Fazz agak murah berbanding di
Seongsan haritu. Dapat la belikan frigde magnet untuk kawan2.
Entrance fee ke Jeongbang Waterfall ni sebanyak KRW 2,000 dan parking fee dia KRW 500. Lot parking dia memang luas. Kami sampai dekat Jeongbang Waterfall ni hampir jam 9.30am dan orang ramai telah mula memenuhi kawasan ini. Nak turun ke bawah perlu menuruni tangga. Dari atas kami telah dihidangkan dengan pemandangan yang sangat2 cantik tak terkata. Jeongbang Waterfall ini menjadi pilihan Cik Fazz kerana ia rare. Rare sebab waterfall ni dia jatuh direct ke laut. Tak percaya?? Meh tengok gambar nih.
Setelah setengah jam di waterfall ni, kami beransur menuju ke destinasi seterusnya iaitu Let’s Run Farm (GPS: 7800133). Kami ke sini semata2 untuk melihat bunga Poppy. Akan tetapi, mungkin bukan rezeki kami untuk melihat bunga Poppy yang mekar. Yang ada hanyalah serpihan2 je, sebab tengok macam dah musnah sikit. Tapi kami bergambar la juga sebab dah alang2 sampai kat sini kan. Tak baik membazir masa sejam untuk sampai ke ladang ini.
Settle bergambar di sini, Cik Fazz pergi pula ke destinasi yang dinanti2kan iaitu Boromwat (Waze). Seperti yang diketahui umum, Boromwat ni merupakan ladang Lavender yang terbesar di Jeju. Terdapat juga bunga Hydrangeas dan ladang Buckwheat. Entrance fee dia sebanyak KRW 3,000. Terdapat café di dalam kawasan Boromwat ni. Boromwat ni agak besar dan luas juga kawasan dia. Disebabkan kami ke Boromwat ni menggunakan Waze, maka seperti biasa waze akan bawa ke tempat yang belum tentu kita akan sampai. Maka kami menggunakan kata hati dan cuba untuk mencari tanda2 yang membolahkan kami sampai gak ke Boromwat. Kami jumpa satu sign ni, tapi tulisan dalam hangul. Gigih la nak translate guna google translate. Hah, nasib baik betul!!! Dan akhirnya kami sampai jugak la ke Boromwat tepat jam 1.00pm. dekat Boromwat ni kitaorang kengkonon nak try ice-cream lavender, tapi taka da stock. Yang ada hanya buckwheat je, so kami pun beli je la dengan harga KRW 5,000.
Jam 1.30pm macam tu kami keluar dari Boromwat untuk ke next destination. Jeju Welcome Center (GPS: 7406000) merupakan destinasi kami yang seterusnya. Aktiviti kami di sini untuk menghadiri Stamp Making Class yang bermula jam 3.00pm. Kami boleh membuat stamp kami sendiri dan ini merupakan satu pengalaman yang menarik. Terjebaknya kami sebab haritu terlihat posting dia FB Jeju Tourist Organization, dan try untuk join dan Alhamdulillah terpilih di antara 20 peserta yang terawal. Korang boleh try refer dekat sini. Di sini juga kami berkenalan dengan seorang pelajar Indonesia di Jeju. Kelas kami selesai tepat jam 4.00pm dan kami beransur untuk gerak ke lokasi seterusnya.
Woljeongri Beach (Waze) merupakan highlight pada harini sebelum melabuhkan tirai. Keinginan untuk bergambar di kerusi comel di persisir pantai akhirnya menjadi kenyataan. Deretan kerusi berwarna-warni menghiasi pantai dan melihat orang surfing di pantai merupakan pemandangan yang best. Anda boleh memilih lokasi kerusi yang berbeza warna. Disebabkan kerusi ni agak popular, makanya anda perlu bersabar dan mengambil giliran untuk bergambar.
Disepanjang laluan pantai ini anda boleh melihat deretan windmill di tengah laut. Tapi disebabkan sudah lewat, maka kami bergegas pulang ke hotel untuk beristirehat bagi mengumpul semula tenaga untuk perjalanan esok. Jemput tengok windmill yang sempat dirakam...
Bersambung…..
0 comments:
Post a Comment