Jom sambung Part 6…

 

29th June 2019

            4.00am tetap bangun pagi untuk solat dan bersiap2. Disebabkan kita masih berada dalam mood raya, maka harini Cik Fazz dan adik pakai baju raya. Saja je nak bergaya dalam set kebaya harini. Selamat Hari Raya korang semua!!! Jeju with love… XOXO 

Kami tiba di Kim Kyoung Sook Sunflower Farm (GPS: 7211482) pada jam 9.30am untuk melihat ladang bunga matahari. Tapi silap sikit sebab masa kami pergi terlalu awal jadi bunga matahari menunduk, patutnya kami datang tengahari sikit baru nampak bunga matahari tu tegak memancar. Entrance fee sebanyak KRW 3,000. Okay, kat sini nak bagi tips sikit, korang sila simpan tiket entrance tu ye. Nanti sebelum balik tiket tu boleh exchange dengan ice-cream. Cumanya korang kena tambah KRW 1,000 je untuk dapatkan ice-cream tu. 






            Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Dongmun Market (GPS: 7523001) untuk melihat market yang berada di Jeju-si pula. Dongmun Market ni boleh park kereta dekat parking bertingkatnya. Market ni juga berdekatan dengan Jungang Underground Shopping Center dan Daiso. Suasana dekat market ni tak jauh beza dengan Seogwipo Daily Olle Market. Dekat sini Cik Fazz sambung shopping chocolate Jeju dan beli Mugwort Bread. 








            Lepas settle shopping dekat Dongmun Market, Cik Fazz pergi pula ke Jungang Underground Shopping Center (Waze). Lokasi dia betul2 sebelah Dongmun Market. So Cik Fazz suggest, park je kereta dekat parking bertingkat tu dan rentas je Dongmun Market tu. Lepas tu ambil la tangga No. 1 untuk turun ke Jungang tu. Dekat sini pula kami shopping barang2 kosmetik macam face mask, cream muka dan lotion tangan. Kami shopping dekat kedai uncle ni yang terletak dekat dengan tangga No. 11 atau No. 12. Sememangnya murah tempat uncle ni tao. Dekat sini je kami berhabis KRW 100,000. Giler kan??!! Lepas tu kami singgah Daiso kejap. Dekat sini pun rambang mata jugak. Tapi tak beli pape sebab takde target pape kat sini. So selamat sikit la duit hihi Setelah berejam kat tempat shopping ni semua, kitaorang bergerak ke next destination pula. 








            Lepas tu dalam jam 2.00pm kami tiba dekat Deoreok Elementary School (GPS: 7990515). Sekolah ini terkenal kerana dinding yang berwarna-warni. Sekolah ini pernah menjadi lokasi iklan Samsung dan terpilih untuk projek “Super Amoled Color Project”. Purpose projek ini adalah “The color of dreams and hope for children in Jeju” yang diinspirasikan oleh pelukis terkenal dari France iaitu Jean Philippe Lenclos. Masa Cik Fazz tiba kat sekolah ni hari mulai hujan renyai2. Maka kami bergambar ala2 kadar saja la. 




Sebelum terlupa, Cik Fazz sempat la singgah ke Jeju National University sekejap. Niat dihati nak tengok2 universiti orang lain. Tapi memandangkan hujan, maka kami pendam la hasrat untuk meninjau apa yang ada. Jadi kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Dalam jam 2.30pm macam tu kami sampai dekat Hyeopjae beach (Waze). Suasana masih suram sebab baru lepas hujan. Ditengahnya pula kelihatan Biyangdo Island bagai terapung2. Pantai ini kelihatan memutih kerana pasir di situ telah bercampur dengan seashell. Pantai ni popular ketika musim panas. So korang akan nampak ramai pelancong luar yang datang beridah di sini.



 

Lokasi seterusnya adalah Cactus Colony at Wollyeongri (Wollyeong Cactus Grove). Okay, sejujurnya Cik Fazz sendiri tak sure macam mana nak ke sini. Rasanya haritu macam try waze, tapi tak jumpa lokasi. Try pulak tanya warga tempatan, tapi mereka sendiri tak sure dekat mana. So, kami decide untuk try lalu jalan dicelah2 rumah penduduk. Kebetulan adik ternampak himpunan pokok cactus ni. Maka, Cik Fazz try jalan ke depan lagi dan wallah!!! Kami betul2 sampai ke lokasi yang dicari. Perkampungan ini sememangnya menanam cactus ini di setiap pelusuk kampong mereka. Di belakang rumah mereka terdapat satu laluan untuk ke jambatan. Dari jambatan tersebut kita boleh nampak windwill nun jauh di sana. Kiranya rezeki kami dapat jumpa kawasan ni. Alhamdulillah… 






Tidak jauh dari Cactus Colony pula terdapat pula Sinchang Windmill Coastal Road (Waze). Sepanjang perjalanan nak ke sini korang akan dapat melihat deretan windmill yang banyak dan besar. Di sini juga terdapat jambatan panjang yang merentasi tepian pantai. Kita juga dapat melihat sculpture ikan yang dikenali sebagai Dageumbari. Dihujung jambatan terdapat juga lighthouse yang menjadi lokasi pengambaran Drama "Warm & Cozy" dalam episode 8 scene di mana Jung Joo (Kang Sora) dan Gun Woo (Yoo Yeonseok) berpelukan.

 








Bomnal Café (Waze) merupakan destinasi terakhir pada harini. Café ni antara café hipster yang popular di Jeju. Café ini merupakan Muslim Friendly mengikut sumber sahih di blog ini. Semasa kami tiba di café ni, cuaca sudah tidak hujan, Cuma laut sangat2 bergelora. Bomnal Café ini juga merupakan salah satu tempat shooting Drama “Warm and Cozy”. Total damage di sini sebanyak KRW 12,500. Bersebelahan dengan Bomnal Café ni pula terdapat satu lagi café yang dikenali sebagai Monsant Café. Café ini dulu dimiliki oleh G-Dragon (GD), salah seorang ahli Big Bang. Tapi sekarang dengar khabar pemilikan telah bertukar. Monsant Café ini diketahui statusnya sebagai tidak halal. 













Maka tamatlah pengembaraan Cik Fazz pada hari ke-6 ni. Badan pun dah letih sebab hampir 10 lokasi yang kami pergi harini. Seharusnya kita perlu pulang duluan ke hotel dulu untuk topup tenaga.

 

Bersambung…..


0 comments: