Jom sambung Part 2!!!

 

25th June 2019

            Seawal 4.00am kitaorang bangun untuk menunaikan solat. Kemudian panaskan nasi segera. Selesai semua tu, kitaorang terus gerak ke Seongsan Ilchulbong (GPS: 7107923) untuk mengejar sunrise. Sesampainya di Seongsan, matahari sudah mula memunculkan diri. Bayu pagi tu tersangatlah sejuk. Disebabkan kitaorang datang sebelum jam 9.00am, maka kitaorang tidak perlu bayar fee masuk sebanyak KRW 2,000. Kitaorang terus bergambar dengan sunrise sambil menikmati pemandangan. View yang sangat menarik untuk dinikmati bersama2 bayu pagi.

 


            Selesai menikmati sunrise, kitaorang turun semula ke kereta. Kitaorang bersarapan dalam kereta je. Nak membeli makanan kat kedai2 yang ada, dorang belum lagi memulakan operasi. Maka Cik Fazz alas perut dengan makan nasi segera dan sambal yang di bawa dari Malaysia. Selesai makan, kitaorang mengambil keputusan untuk naik semula ke Seongsan. Kitaorang nak daki Seongsan Peak pula. Mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke puncak akibat stamina tak kuat. Maka, terhegeh2 la Cik Fazz mendaki anak tangga untuk ke puncak. Padan muka diri sendiri!!! 





            Sesampainya di puncak, kitaorang disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik. Nasib kitaorang mengambil keputusan untuk mendaki, rugi rasanya jika tak mendaki. Pemandangan sememangnya Subhanallah tersangat cantik. Menampakkan bekas kawah letusan gunung yang telah diseliputi dengan tumbuhan. Setelah bergambar dan menikmati pemandangan, kitaorang mula menuruni Seongsan. Disebabkan Cik Fazz datang pagi, maka kitaorang tak dapat menyaksikan persembahan Haenyeo (Jeju Woman Diver Performance) kerana show ini hanya pada jam 1.30pm dan 3.00pm. 



            Dekat Seongsan Ilchulbong ni terdapat barisan kedai yang menjual pelbagai street food. Dekat sini juga korang boleh cari souvenir untuk dibawa pulang. Cik Fazz sempat grab jus Hallabong dan beberapa souvenir untuk diri sendiri. 

Selesai sudah 1 aktiviti pagi ini, jadi kitaorang terus menuju ke Udo Island pula. Plan asal sepatutnya ke Gwangchigi Beach, akan tetapi lokasi ni kitaorang cancel sebab kitaorang takut tak sempat nak cover Udo Island. Maka, Cik Fazz proceed terus ke Udo Island. Seongsan Port (Waze) ni tidak jauh dari Seongsan. Port ini merupakan port untuk ke Udo Island. Huish, nak cari port ni pun satu hal jugak. GPS/Waze tak bagi lokasi yang tepat. Memang berpusing2 la kitaorang mencari port parking yang betul. Kitaorang decide nak ikut satu kereta ni dan Alhamdulillah kereta tu membawa kitaorang ke jalan yang benar maka kitaorang terus mencari tempat parkir. Keluar je kereta kitaorang disapa mesra oleh ahjussi yang ramah walaupun kitaorang berbahasa macam ayam dan itik. Sempat juga la belajar satu dua perkataan Korea. Lalu ahjussi ni tunjukkan jetty untuk membeli tiket ferry. 




Fee untuk masuk ke Udo Island adalah sebanyak KRW 8,500. Kitaorang cuba bertanya kalau nak membawa kereta berapa yang perlu dibayar. Dimaklumkan kalau nak membawa kereta, fee masuk adalah KRW 21,000. Jadi Cik Fazz mengambil keputusan untuk tak bawa kereta. Sebelum membeli tiket, kita perlu mengisi form. Seorang sehelai form. Bila dah lengkap, baru kita boleh beli tiket. Kitaorang naik ferry jam 9.00am. On the way nak masuk ke ferry, sekali lagi kitaorang disapa mesra oleh penjaga ferry yang bertanyakan kami dari Malaysia atau Indonesia. Terasa famous pula datang ke sini asyik kena sapa jer hihi Dalam 15 minit kemudian kitaorang dah sampai ke Udo Island. Tak sempat bontot nak panas masa duduk. Kami turun di Cheonjin Port. Turun je ferry, kitaorang mendengar sedikit taklimat daripada marshal di situ. Even sepatah haram pun Cik Fazz tak paham, tapi kitaorang tetap tekun mendengar. 

Selesai taklimat, kitaorang terus mencari kaunter untuk membeli tiket bus. Terdapat beberapa jenis bus yang ada. Cik Fazz memilih untuk menggunakan khidmat bus warna cokelat atau pun dikenali sebagai Coastal Bus dengan harga KRW 5,000. Ada lagi satu bus warna merah, harga dia pula KRW 6,000. Route antara bus ni tiada beza. Macam bus yang Cik Fazz naik, dia akan ada setiap 20 minit. Jadi kalau kita tertinggal bus pun takde la lama sangat nak tunggu. Kitaorang memulakan perjalanan ke checkpoint pertama iaitu Udo Lighthouse. Kitaorang mendaki kaki bukit yang agak curam untuk ke puncak, akan tetapi seperti tiada apa di situ maka kami turun kembali. Sekadar pemandangan yang mengadap Seongsan Ilchulbung. 




            Destinasi seterusnya adalah di Geommeolle Beach. Di sini sangat terkenal dengan Peanut Ice-cream. Terdapat juga Hallabong Ice-cream. Harga ice-cream kat sini dalam KRW 2,000-5,000. Terdapat banyak cafe2 hipster di sini yang boleh anda singgah. Cik Fazz mencuba 2 Peanut Icecream di 2 kedai yang berbeza. Korang boleh makan aiskrim sambil menghadap panorama indah yang disajikan di depan mata anda. Tidak akan rugi. Sampai cuaca panas pun kita tak terasa. 



            Selesai menikmati ice-cream, Cik Fazz meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kitaorang singgah ke Biyang-dong Island. Di sini terdapat batuan yang disusun cantik. Kitaorang tidak meneruskan perjalanan ke depan. Kitaorang patah balik dan singgah ke 7E untuk membeli snack. Sesampainya bus, Cik Fazz meneruskan perjalanan ke Haguso-dong Beach. Di pantai ini terdapat patung haenyeo. Kitaorang tak lama di pantai ini. Sekadar mengambil gambar dan terus mengejar bus untuk pulang. Dalam perjalanan balik tu kitaorang dihiburkan dengan uncle bus yang cuba belajar berbahasa Melayu. Kitaorang menamatkan perjalanan kami di Udo Island dalam 3 jam untuk satu pulau. Jika korang sekadar ingin bersantai sambil menaiki motor mahupun basikal, korang boleh spend setengah hari di sana. 






            








        










        Selesai aktiviti di Udo Island, balik tu kitaorang singgah lunch di Uribong Sikdang (GPS: 7820032). Antara restaurant yang Muslim-friendly dan terkenal di Jeju. Rugilah korang jika ke Jeju tapi tidak merasa seafood yang fresh yang kita takkan dapat rasa di Malaysia. Sesampainya kami, tak ramai pelanggan dan keadaan agak lengang. Kitaorang siap parked kereta betul2 depan restaurant hahaha Kitaorang terus memilih spot di tepi tingkap dan memesan makan. Malangnya Cik Fazz lupa nama hidangan yang kami ambil. Tapi kalau ke sini boleh pilih menu yang terdapat pada menu. Harga sangat berbaloi dengan portion dan rasa fresh seafood tersebut. Kalau tak silap Cik Fazz, kat sini kitaorang berhabis dalam KRW 55,000 termasuk 2 bap. 


Untuk pengetahuan korang semua, di Uribong Sikdang ni terdapat Musolla bagi memudahkan Muslim untuk menunaikan solat. Musolla yang agak selesa dan luas untuk solat. Akan tetapi, tiada telekung disediakan, maka korang perlu membawa telekung travel sendiri atau boleh juga menggunakan pakaian sendiri. Wuduk pula boleh diambil di toilet and make sure korang tidak membasahkan lantai toilet ya!!!

 

Setelah selesai solat dan kekenyangan, maka marilah kita meneruskan pengembaraan kita ke destinasi seterusnya. Menurut itinerary asal, kitaorang sepatutnya ke Jeongbang Waterfalls, tapi last minit tukar plan, so  Cik Fazz memilih untuk ke Seopjikoji Cape (GPS: 7822810). Kawasan ini merupakan salah satu tempat pengambaran K-Drama, antaranya All In, My Girl, Warm and Cozy dan banyak lagi. Bukit ini famous sebab selalunya pada bulan April, kawasan ini akan dihamparkan dengan pemandangan bunga Canola yang menguning. Di sini terdapat juga church yang dah diubahsuai menjadi Candy House. Tapi masa kitaorang datang tu mereka tak beroperasi. Di sini tiada fee entrance, Cuma kita perlu membayar parking sebanyak KRW 1,000. Oh ya, di sini anda boleh mencuba sotong bakar, octopus pancake dan siput godang mungkin. Total damage dalam KRW 41,000. 






















Seterusnya Cik Fazz ke Lee Jung Seop Art’s Street (Waze) yang merupakan kesan sejarah lukisan Lee Jung Seop. Seowipo Art market dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad jam 10.00am hingga 6.00pm. Sepanjang waktu tersebut, jalan ini akan bertukar wajah menjadi outdoor market. Akan terdapat craft & art vendors yang akan buka meja jualan menjual homemade product mereka. Tidak jauh dari art street tu terdapat satu kawasan yang mana kitaorang dimaklumkan bahawa rumah itu merupakan rumah mendiang Lee Jung Seop. Beliau tinggal di rumah itu sepanjang beliau berkarya. Kiranya macam rumah peninggalan beliau lah. 








Habis belajar sejarah di Lee Jung Seop Art’s Street, kitaorang bertukar arah ke Seogwipo Maeil Olle Market (Waze/GPS: 7621949). Harga parking di sini sehari dalam KRW 6,000. Market ini merupakan market terbesar dan tertua di Seogwipo. Di sini mereka membahagikan antara barang basah dan barang kering. Terdapat juga street food, buah2an, souvenir dan macam2 lagi barang. Antara street food yang Cik Fazz sempat grab adalah Omegi Rice Cake (Omegitteok), Buckwheat Bread, Jeju’s Chocolate dan Tangerine Stone Grandpa Bread. Semua makanan yang Cik Fazz list kan tu semunya safe to eat ye kengkawan. So, jangan risau!! Bila kat market ni, korang akan rasa macam nak beli semua. SEMUA!!! Okay, sis tipu je hihi Market ni seperti syurga makanan bagi pelancong. Macam2 ada. Disebabkan harini dah berjalan sakan, maka kitaorang menamatkan pengembaraan hari kedua dengan pulang ke hotel dengan hati yang gembira dengan hasil tangkapan yang tak seberapa. 






Bersambung…..

0 comments: