Jom sambung Part 5…
28th
June 2019
Bermulalah pengembaraan baru pada hari baru. Harini kami check out dari Jeju Soo Pension dalam jam 7.00am dan terus bergerak keluar. Mt. Sanbangsan (GPS: 7942940) merupakan destinasi pertama harini. Sangbansan ni berdekatan dengan Yongmeori Coast. Sanbangsan ni terkenal dengan bunga Canola yang menguning bila tiba musimnya. Tapi disebabkan kami datang masa bukan musimnya, so memang tak jumpa sekuntum pun Canola. Maka bergambarlah dengan sekadar mungkin hihi
Seterusnya kami menuruni bukit untuk menghala ke destinasi seterusnya iaitu Yongmeori Coast (GPS: 7942940). Seperti yang telah dimaklumkan di atas tadi, Yongmeori Coast ni berdekatan dengan Mt. Sanbangsan. Jadi kita boleh berjalan kaki saja untuk ke sini. Malangnya setibanya kami di bawah, lokasi ni tutup pula. Bila baca notis yang ditampal, rupanya mereka tutup kerana cuaca kurang elok. Almaklumla, Cik Fazz datang masa peralihan musim, so memang cuaca tak berapa stable la kat Jeju nih. Memang selalu dapat sms update pasal cuaca kat Jeju. Rajin kerajaan Korea walaupun dia sms tu dalam Hangul..
Seterusnya kami pergi dengan kehampaan untuk kali ke berapa
entah. Kali ni kami menuju ke O'sulloc
Tea Museum (GPS: 79445312) pula bagi mengubat hati yang lara. Cik Fazz
sampai dekat sini pada jam 9.30am. Parking di O'sulloc Tea Museum agak limited
dan free. Tapi anda boleh parking kat sini untuk cover dua tempat iaitu O'sulloc
Tea Museum dan Innisfree Jeju House.
Bangunan ini terletak bersebelahan. Pada masa ni kami tak dapat pergi Innisfree
sebab mereka tengah renovate.
Dekat O'sulloc Tea Museum ni anda boleh bergambar di ladang teh mereka yang terbentang luas. Di sini juga anda boleh try Green Tea Ice-cream (halal) pada harga KRW 5,000. Memang sedap tak terkata. Dekat café sini kami tak order cake green tea kerana diragu isi kandungannya. Tapi! Tapi jika anda confident, sekali lagi dipersilakan untuk makan dengan senang hati. Sedang kami leka berbual sementara menghabiskan icecream, kami disapa oleh seorang uncle cina ni. Perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau adalah Malaysia??? Kami dengan muka tercengang2 terus mengiyakan pertanyaan beliau. Lepas tu uncle tu terus ajak kami bergambar dengan rombongan mereka dari JB. Tak sangka boleh jumpa orang Malaysia kat sana hihi
Jam 12.00pm kami tiba di destinasi seterusnya iaitu Suwolbong Peak (Waze) yang terletak tidak jauh daripada O'sulloc Tea Museum. Merupakan salah satu tempat yang diiktiraf oleh UNESCO Global Geopark. Di sini kita akan dapat melihat dinding bukit kelihatan seperti beralur. Keadaan batuan tersebut lebih kurang macam yang terjadi di Yongmeori Coast tu. Dikatakan jika cuaca terang, kita boleh melihat Negara China. Di sini juga merupakan lokasi terbaik untuk melihat sunset.
Iho Tewoo Beach (GPS: 7284923) merupakan destinasi selepas Suwolbong Peak. Cik Fazz tiba di lokasi pada jam 2.00pm. MasyaAllah, kepanasan tak terhingga. Tapi Cik Faz tengok semua pelancong yang datang tebal betul kulit. Mampu mereka mandi dekat pantai dalam panas terik tu huhu Dekat pantai ni kita dapat melihat The Red Pony dan The White Pony lighthouses. Dari pantai ini juga kita dapat melihat kapal terbang naik dan turun sebab lokasi ini berdekatan dengan airport.
Setengah jam dari Iho Tewoo Beach kami tiba di Dodu-Dong Rainbow Coastal Road (Waze). Tempat ini merupakan tembok persisir pantai yang berwarna-warni seperti pelangi. Lokasi yang berdekatan dengan airport. Korang boleh berjalan kaki sepanjang laluan tembok ni. Terdapat juga kedai2 menarik dihadapan tembok yang boleh korang singgah. Di sini juga korang akan data melihat jetty nelayan.
4.30pm kami tiba di hotel ketiga kami iaitu Jeju Feel House (GPS: 7834900). Dekat sini kami spent untuk 4h3m KRW 107,100. Okay, sejujurnya hotel last ni agak lama sikit. Tapi yang bestnya dia bukan macam bilik. Tapi dia dah macam rumah ye. Dia ada bahagian untuk bilik, ruang tamu dan dapur. Cuma yang kelakarnya bukak2 pintu jumpa toilet dulu hihi Kalau tak pun, toilet dorang mesti berdepan dengan dapur. Bukak sliding door pulak, mata dihidangkan dengan pemandangan kebun yang kegersangan. Mungkin baru lepas musim menuai kot. Maka dengan ini, habis la pengembaraan hari kelima kami harini.....
Bersambung….
0 comments:
Post a Comment