Jom sambung Part 3…

 

26th June 2019

            Hari ketiga diteruskan lagi dengan bangun seawal jam 4.00am untuk solat subuh dan ready untuk check out. Akan tetapi, harini merupakan hari yang suram bagi kami kerana hujan sepanjang hari. Disebabkan pagi2 dah hujan, maka kitaorang terpaksa tukar plan untuk pergi kawasan indoor sementara menunggu hujan reda. Sementara tunggu hari siang sedikit, maka kitaorang mengemas barang2 dan breakfast sesiap di hotel. Akhirnya kitaorang check out dalam jam 8.00am.

 

            Mengikut tentative asal sepatutnya pagi ni kitaorang akan ke Pyoseon Haevichi Beach, tetapi disebabkan masih hujan, so kami skip lokasi ini. Pantai ni sebenarnya tidak jauh dari hotel. Tapi mungkin bukan rezeki kitaorang, so kami meneruskan perjalanan ke Soesokkak Estuary (Waze). Lokasi ni sebenarnya merupakan tempat rekreasi orang ramai untuk melakukan aktiviti seperti kayaking dan rafting. Tapi disebabkan kitaorang tersalah pilih lokasi, maka kitaorang hanya sekadar sampai ke Hyodoncheon Valley Trekking yang berada di lokasi yang berhampiran. Kitaorang ada cuba untuk meneruskan perjalanan, tapi tiada orang yang kitaorang boleh bertanyakan. Yang ada pun ahjussi2 dan ahjumma2 yang berjogging di trekking ni. 





            Dengan penuh kehampaan, Cik Fazz meneruskan perjalan ke Yellow Café (GPS: 7391140) yang famous dengan Banana Uyu. Kitaorang tiba di sini setelah sejam perjalanan. Akibat hujan yang masih lebat, maka kitaorang menunggu sebentar di dalam kereta. Akan tetapi, pekerja mereka asyik bukak tutup pintu, maka kitaorang mengambil keputusan untuk keluar dari kereta dan berlari2an masuk ke café. Masuk je dalam café, kitaorang berasa kagum dengan susun atur dan deco di dalam café ini.

 

Hasil carian Cik Fazz di Google dan FB sebelum ini mendapati rata2 menyatakan yang kita tidak boleh makan cake dan menu lain di café ini kerana dikhuatiri mengandungi bahan tidak halal. Cik Fazz tunjukkan kad bahasa yang kitaorang bawa jika perlu bertanya samada kita Muslim boleh makan makanan mereka atau tidak. Bila kitaorang hulur je kad tersebut, terus pekerja di kaunter kata kami tidak digalakkan makan kerana terdapat bahan yang meragukan di dalam menu mereka. Tetapi, jika korang semua merasa confident dengan ingredients dalam menu mereka, korang semua dipersilakan makan dengan tenang. Cik Fazz dengan adik ni tidak pandai Hangul, maka kami terdapat keraguan, oleh itu tidak dibenarkan sama sekali untuk makan. Noktah!!! Disebabkan kitaorang telah bersedia dengan jawapan tersebut, maka kitaorang sekadar meminta izin untuk bergambar dan melihat keadaan sekeliling.

 








Selesai bergambar di Yellow Café, Cik Fazz decide nak meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Café Friend (Waze). Café ni pun adik Cik Fazz yang minta untuk masukkan dalam list. Dimaklumkan café ini dulu pernah menjadi lokasi Korean TV Show iaitu Coffee Friends yang dibintangi oleh (Yoo Yeonseok, Son Ho Jun, & Choi Ji Woo). Disebabkan Cik Fazz kebetulan ada di Jeju dan kebetulan jugak terbukak FB Korea TourismOrganization – VisitKorea, maka kami pun gigih la Waze café ni. Try search guna nama Café Friend tak jumpa. Try Coffe Friend pun tak jumpa. Sudahnya kitaorang GPS menggunakan Hangul character. Hamik kaw!!! Nasib la dalam FB tu ada letak full address dalam Hangul. Finally kami jumpa jugak lokasi café nih. Gigih tak gigihnya kitaorang mencuba sampai jumpa hahaha

 

Sesampainya kitaorang di café ni, suasana masih hujan renyai dan parking kereta limited. Masuk je dalam Café Friend ni, tengok macam full house. Waiter tolong carikan kitaorang tempat untuk duduk. Maka duduk la kitaorang di tepi tingkap mengadap ladang tangerines yang tidak berbuah. Waiter mengambil pesanan, dan seperti biasa Cik Fazz hulur kad bahasa dan dia hanya suggest pada kitaorang untuk minum sahaja kerana semua menu mereka mengandungi wine dan pork Jadi kami order Harabong Milk atas cadangan beliau. 




            Setelah hampir sejam di café ini dan suasa masih kehujanan di luar sana, Cik Fazz gigih meneruskan juga perjalanan ke destinasi seterusnya. Tepat jam 2.00pm kitaorang tiba di Jusangjeolli Cliff (GPS: 7381521). Sebetulnya sebelum ke Yellow Café kami dah try ke sini dulu, tapi still tutup lagi, so kitaorang terus je la ke café. Fee entrance sebanyak KRW 2,000. Disebabkan masih hujan, kitaorang hanya sempat bergambar sikit2 saja. Gambar selfie tak sempat sebab memasing dah start lencun. Perhatian juga, jika korang tiba di sini semasa hari hujan, mohon berhati2 kerana laluan untuk ke kawasan ini agak licin disebabkan binaan dia berasaskan kayu.

 




Settle bergambar ala kadar, kitaorang terus pulang semula ke kereta. Cik Fazz terus masukkan no GPS untuk ke Camellia Hill (GPS: 7920088) pula. Perjalanan dari Jusangjeolli Cliff ke Camellia Hill hampir sejam jauhnya. Kami tiba di Cameelia Hill jam 3.00pm dan suasana masih seperti pagi tadi kesuraman. Tetapi suasana ini tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan pengembaraan. Setibanya di sini, parking sudah agak penuh dan orang pun agak ramai. Kitaorang terus membuat pembayaran entrance sebanyak KRW 8,000. Nama je Camellia Hill, tapi di sini semua jenis bunga kita boleh dapati. Bunga kebangsaan kita bunga raya pun Cik Fazz jumpa tao!!! Disebabkan Cik Fazz datang bulan June, maka bunga yang sedang kembang mekar buat masa ni adalah Blue Hydrangeas. Manakala Camellia boleh didapati pada bulan November hingga February. 















Camellia Hill ni agak luas. Dekat sini je Cik Fazz menghabiskan masa dalam 2 jam. Tapi disebabkan hari hujan, banyak kawasan kitaorang tak dalam masuk. Jadi jam 5.00pm kami decide nak balik dan check in hotel kedua. So kami teruskan perjalanan mencari hotel penginapan kami yang seterusnya. Untuk hotel kedua ni kami pilih Jeju Soo Pension (Waze). Hotel ini terletak di barat Seogwipo. Total damage hotel ni sebanyak KRW 63,900. Yang kelakarnya, jalan nak ke sini agak mencabar untuk dicari. Kalau ke sini rasanya macam tak percaya itu sebenarnya jalan untuk ke hotel nih. Siap lalu laluan bukit dan jalan yang agak sempit. Tapi yang bestnya hotel nih, Cik Fazz tanpa segan silu minta izin untuk tumpang basuh baju. Memang kami target nak basuh baju dekat hotel ini dan kitaorang sangat bernasib baik kerana owner hotel ni sememangnya menjaga kebajikan customer mereka. Thumb up!!! Seperti sebelum ini, kitaorang memang mencari hotel yang membolehkan kami memasak dan yes memang ada dapur siap ada peralatan memasak. So kami memasak dengan tenang2 saja.





Habislah pengembaraan Cik Fazz dan adik untuk hari kedua nih. Disebabkan kami sampai hotel pun hari masih hujan, makan kitaorang decide tak ke mana la dah lepas ni. Berehat je la dekat bilik sambil menilik gambar yang diambil dan hantar baju untuk dobi je la kita. So, kita jumpa lagi di episode akan datang. Oh ya, sebelum penutup. Cik Fazz nak share kisah sedih campur lawak. Sebelum check in Jeju Soo Pension, kami kengkonon nak try cari The LonelyTree yang agak viral. Tapi disebabkan hari yang hujan dan juga kabus yang agak tebal, maka kami menamatkan pencarian terlalu awal. Sebab bila sampai area lokasi yang dinyatakan di dalam GPS, kami mendapati hanya kabus tebal yang menyeliputi lokasi berkenaan dan menyebabkan kitaorang berasa seram. Lepas tu pulak, GPS asyik terputus2 membuatkan kitaorang berasa insecure dan terus  Fazz tukar GPS ke hotel untuk check in. Seram bhai…. Rasa macam lost pulak dekat kawasan berkabus gittew. Sedih sebab tak jumpa The Lonely Tree tu dan kelakar sebab memasing dah macam cacing kepanasan yang ketakutan dengan kabus tebal hahaha 

Bersambung…..

0 comments: