Jom sambung Part 7…

 

30th June 2019

            9.00am baru gerak dari hotel menuju ke Swiss Village (Waze). Harini memang saja nak keluar lewat sebab semalam terlampau sakan berjalan2. Okay, jom kita sambung. Lokasi Swiss Village ini terletak di kawasan yang berbukit sikit. Menjadikan kawasan ini salah satu lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Korang juga boleh stay dekat hotel2 yang ada dekat sini. Lokasi ini dikenali kerana terdapat bangunan yang berwarna-warni. Terdapat juga café2 hipster yang pelbagai. Cik Fazz ada juga try makan dan lepak di salah satu café yang menarik perhatian kami. Agak beruntung sebab masuk je café tu dan kami bertanya adakah makanan di sini safe to eat for Muslim dan mereka mengatakan di sini boleh dikategorikan halal kerana menggunakan bahan dan dimasak tanpa campuran wine. Alhamdulillah! Total damage di sini KRW 18,500. 














            Setelah hampir 2 jam bergambar sakan dekat Swiss Village, Cik fazz meneruskan pengembaraan ke destinasi seterusnya. Perkara yang perlu dilakukan sekarang adalah mencari Hanbok Studio Hue (GPS: 7259837). GPS yang diterima kurang tepat. Cuma korang perlu berjalan sikit untuk mencari lokasi studio ni. Studio ni antara studio yang menyewakan hanbok dalam kadar yang murah di Jeju. Kalau tak silap recommended by Visit Jeju masa Cik Fazz tanya dulu. Kalau tak silap haritu Cik Fazz sewa dengan kadar KRW 20,000 untuk 3 jam pertama. Lepas tu kalau terlebih jam dia akan charge lain, tapi lupa pulak kiraan dia macam mana.

 



            Bila diperhatikan, Studio Hue ni berdekatan dengan Jungang Underground Tangga No. 11. Berhampiran juga terdapat Jeju Mokgwana (GPS: 7023081) yang merupakan bekas pejabat rasmi kerajaan Jeju semasa era Joseon. Entrance fee sebanyak KRW 1,500. Boleh la bergambar sakan dengan mengenakan hanbok yang telah disewa tadi. Mokgwana ni tidak la seluas mana, jadi pusing2 dah bosan sebab jumpa benda yang sama kan. So Cik Fazz ajak adik pergi ke Jungang Underground untuk sambung shopping. Jam 4.00pm kami dah terpacak balik dekat depan Mokgwana sebab ada info mengatakan terdapat show pertukaran waktu pengawal. Dapat la tengok persembahan sampai habis. Selesai je show tu kami terus bergegas pulang ke Studio Hue untuk memulangkan hanbok yang disewa.

 












            Disebabkan kami dah nak sampai ke penghujung acara, maka Cik Fazz mengajak adik untuk pergi makan bubur abalone yang disebut2 oleh warga blogger sekalian. Lokasi yang di pilih adalah Jeju Onuii Seafood Restaurant (GPS: 7826801). Merupakan restaurant seafood terakhir dalam itinerary sebelum terbang pulang ke Malaysia. Retaurant ini merupakan salah satu restaurant yang Muslim Friendly di Jeju. Di sini kami order Abalone Porridge dan Abalone Hot Pot. Wallah, sangat2 recommended!!! Dekat restaurant ni juga terdapat musholla yang turut disediakan khas untuk Muslim menunaikan solat. Lokasi yang berdekatan dengan persisiran pantai sangat menarik untuk lihat. Selesai je makan dekat Jeju Onuii ni kami terus pulang ke hotel untuk mengemas barang sebelum pulang esok.

 








1st July 2019

            Harini merupakan hari terakhir di Jeju, kami check out dari hotel pada jam 10.00am. Sempat la jugak singgah ke Hamdeok Beach (GPS: 7283989). Diberi gelaran sebagai “The Maldives of Korea That Embraces the Emerald Green Water”. Pantai yang menjadi tarikan orang ramai ketika musim panas. Di sini korang akan disajikan dengan pemandangan air yang menghijau di tengah laut. Di sini juga terdapat café2 hipster yang bersepah di tepi2 jalan. Selesai snap apa yang patut, kami meneruskan perjalanan untuk memulangkan kereta sewa ke AJ Rent A Car.

 






            Selesai pemulangan kereta, kami bergegas pula untuk mengambil bus shuttle ke airport. Sedang menunggu bus, tetiba baru perasan yang internet terputus. Bila check, modem wifi takde dekat kami berdua. Ah sudah!!! Musibat apa yang bakal terjadi ni. Disebabkan nak bergegas check in sebab risau orang terlalu ramai masa beratur, maka kami meneruskan perjalanan ke airport. Setibanya kami di airport, kami terus berbaris untuk check in luggage. Masuk je luggage, pegawai airport memaklumkan untuk stay sekejap bagi membuat pengesahan barang. Lama jugak kami tunggu, sampai satu tahap Cik Fazz ajak adik untuk pergi semula ke AJ untuk mencari modem wifi. Elok baru nak pusing, dengar nama Cik Fazz kena panggil.

 

            Ah sudah, musibat apa lagi yang menanti kat dalam tuh. Cik Fazz pun masuk la kat dalam bilik khas untuk membuat pengesahan. Rupa2nya Cik Fazz tersimpan Go-Pro dekat poket backpack. Pegawai kastam meminta Cik Fazz untuk hand-carry Go-Pro tersebut. Selesai isi borang pengesahan, kami meneruskan perjalanan ke AJ semula untuk misi mencari modem wifi yang dijangka tercicir di dalam kerata. Sesampainya kami di AJ, terus kami buat aduan dan mereka membuat proses mencari. Akan tetapi semuanya hampa belaka kerana kereta tersebut telah disewakan kepada pelanggan lain. Maka kami pulang ke Malaysia dengan kehampaan. Lalu kami pergi semula ke airport untuk check in diri kami pulak. Masuk je dalam lepas check in, kami mencari kawasan untuk solat. Kami jumpa Nursing Room, maka kami tumpang solat di situ. Solat selagi boleh!!! Sampai je dekat KLIA2, Cik Fazz terus pergi ke kaunter Roaming Man untuk membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM350. Selamat la terbang duit kami berdua akibat kecuaian diri sendiri. Semoga menjadi iktibar di kemudian hari.

 

            Dengan ini, maka berakhirlah pengembaraan Cik Fazz dan adik di bumi Korea Jeju selama 8 hari 7 malam. Macam2 pengalaman berharga dapat melalui pengembaraan ini. Suka, duka, hampa, gembira, sedih, kenyang, penat dan segala jenis perasaan dapat dirasai. Nasihat Cik Fazz, pergilah berkelana di muka bumi Allah ini untuk melihat keindahan ciptaan Allah dan belajar budaya hidup orang luar. Juga dengan mengembara kita dapat melihat diri sendiri bagaimana mencari makanan yang diyakini untuk di makan? Bagaimana nak solat jika tiada ruang khas? Malu bertanya sesat tak jalan? Dan macam2 lagi ilmu yang kita tidak dapat jika hanya duduk di rumah tanpa keluar dari kepompong kita.

 

Dengan ini, Cik Faz mengucapkan jutaa terima kasih kepada blogger2 yang telah berkongsi segala tips ke Jeju. Warga FB Road To Korea yang banyak berkongsi rahsia dan tips yang berguna. Tidak dilupai kepada admin website Visit Jeju yang banyak membantu. Turut tidak dilupai admin FB Halal Korea yang selalu membantu sepanjang berada di Jeju untuk bertanyakan perihal halal haram ingredients semua barang yang ingin dibeli. Terima kasih untuk semua yang banyak membantu. Cik Fazz share kan juga itinerary sepanjang kami di Jeju Island. Diharapkan dapat memberi manfaat kepada korang semua. 

Akhir kalam, assalamualaikum wbt dan selamat membaca korang… xoxo


Jom sambung Part 6…

 

29th June 2019

            4.00am tetap bangun pagi untuk solat dan bersiap2. Disebabkan kita masih berada dalam mood raya, maka harini Cik Fazz dan adik pakai baju raya. Saja je nak bergaya dalam set kebaya harini. Selamat Hari Raya korang semua!!! Jeju with love… XOXO 

Kami tiba di Kim Kyoung Sook Sunflower Farm (GPS: 7211482) pada jam 9.30am untuk melihat ladang bunga matahari. Tapi silap sikit sebab masa kami pergi terlalu awal jadi bunga matahari menunduk, patutnya kami datang tengahari sikit baru nampak bunga matahari tu tegak memancar. Entrance fee sebanyak KRW 3,000. Okay, kat sini nak bagi tips sikit, korang sila simpan tiket entrance tu ye. Nanti sebelum balik tiket tu boleh exchange dengan ice-cream. Cumanya korang kena tambah KRW 1,000 je untuk dapatkan ice-cream tu. 






            Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Dongmun Market (GPS: 7523001) untuk melihat market yang berada di Jeju-si pula. Dongmun Market ni boleh park kereta dekat parking bertingkatnya. Market ni juga berdekatan dengan Jungang Underground Shopping Center dan Daiso. Suasana dekat market ni tak jauh beza dengan Seogwipo Daily Olle Market. Dekat sini Cik Fazz sambung shopping chocolate Jeju dan beli Mugwort Bread. 








            Lepas settle shopping dekat Dongmun Market, Cik Fazz pergi pula ke Jungang Underground Shopping Center (Waze). Lokasi dia betul2 sebelah Dongmun Market. So Cik Fazz suggest, park je kereta dekat parking bertingkat tu dan rentas je Dongmun Market tu. Lepas tu ambil la tangga No. 1 untuk turun ke Jungang tu. Dekat sini pula kami shopping barang2 kosmetik macam face mask, cream muka dan lotion tangan. Kami shopping dekat kedai uncle ni yang terletak dekat dengan tangga No. 11 atau No. 12. Sememangnya murah tempat uncle ni tao. Dekat sini je kami berhabis KRW 100,000. Giler kan??!! Lepas tu kami singgah Daiso kejap. Dekat sini pun rambang mata jugak. Tapi tak beli pape sebab takde target pape kat sini. So selamat sikit la duit hihi Setelah berejam kat tempat shopping ni semua, kitaorang bergerak ke next destination pula. 








            Lepas tu dalam jam 2.00pm kami tiba dekat Deoreok Elementary School (GPS: 7990515). Sekolah ini terkenal kerana dinding yang berwarna-warni. Sekolah ini pernah menjadi lokasi iklan Samsung dan terpilih untuk projek “Super Amoled Color Project”. Purpose projek ini adalah “The color of dreams and hope for children in Jeju” yang diinspirasikan oleh pelukis terkenal dari France iaitu Jean Philippe Lenclos. Masa Cik Fazz tiba kat sekolah ni hari mulai hujan renyai2. Maka kami bergambar ala2 kadar saja la. 




Sebelum terlupa, Cik Fazz sempat la singgah ke Jeju National University sekejap. Niat dihati nak tengok2 universiti orang lain. Tapi memandangkan hujan, maka kami pendam la hasrat untuk meninjau apa yang ada. Jadi kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Dalam jam 2.30pm macam tu kami sampai dekat Hyeopjae beach (Waze). Suasana masih suram sebab baru lepas hujan. Ditengahnya pula kelihatan Biyangdo Island bagai terapung2. Pantai ini kelihatan memutih kerana pasir di situ telah bercampur dengan seashell. Pantai ni popular ketika musim panas. So korang akan nampak ramai pelancong luar yang datang beridah di sini.



 

Lokasi seterusnya adalah Cactus Colony at Wollyeongri (Wollyeong Cactus Grove). Okay, sejujurnya Cik Fazz sendiri tak sure macam mana nak ke sini. Rasanya haritu macam try waze, tapi tak jumpa lokasi. Try pulak tanya warga tempatan, tapi mereka sendiri tak sure dekat mana. So, kami decide untuk try lalu jalan dicelah2 rumah penduduk. Kebetulan adik ternampak himpunan pokok cactus ni. Maka, Cik Fazz try jalan ke depan lagi dan wallah!!! Kami betul2 sampai ke lokasi yang dicari. Perkampungan ini sememangnya menanam cactus ini di setiap pelusuk kampong mereka. Di belakang rumah mereka terdapat satu laluan untuk ke jambatan. Dari jambatan tersebut kita boleh nampak windwill nun jauh di sana. Kiranya rezeki kami dapat jumpa kawasan ni. Alhamdulillah… 






Tidak jauh dari Cactus Colony pula terdapat pula Sinchang Windmill Coastal Road (Waze). Sepanjang perjalanan nak ke sini korang akan dapat melihat deretan windmill yang banyak dan besar. Di sini juga terdapat jambatan panjang yang merentasi tepian pantai. Kita juga dapat melihat sculpture ikan yang dikenali sebagai Dageumbari. Dihujung jambatan terdapat juga lighthouse yang menjadi lokasi pengambaran Drama "Warm & Cozy" dalam episode 8 scene di mana Jung Joo (Kang Sora) dan Gun Woo (Yoo Yeonseok) berpelukan.

 








Bomnal Café (Waze) merupakan destinasi terakhir pada harini. Café ni antara café hipster yang popular di Jeju. Café ini merupakan Muslim Friendly mengikut sumber sahih di blog ini. Semasa kami tiba di café ni, cuaca sudah tidak hujan, Cuma laut sangat2 bergelora. Bomnal Café ini juga merupakan salah satu tempat shooting Drama “Warm and Cozy”. Total damage di sini sebanyak KRW 12,500. Bersebelahan dengan Bomnal Café ni pula terdapat satu lagi café yang dikenali sebagai Monsant Café. Café ini dulu dimiliki oleh G-Dragon (GD), salah seorang ahli Big Bang. Tapi sekarang dengar khabar pemilikan telah bertukar. Monsant Café ini diketahui statusnya sebagai tidak halal. 













Maka tamatlah pengembaraan Cik Fazz pada hari ke-6 ni. Badan pun dah letih sebab hampir 10 lokasi yang kami pergi harini. Seharusnya kita perlu pulang duluan ke hotel dulu untuk topup tenaga.

 

Bersambung…..