Jika hari tu latihan BLESS di Kelantan, kali ini latihan BLESS di Pahang
Darul Makmur pula... Perjalanan ke pahang sama juga seperti perjalan nak ke
Kelantan. Masih lagi mengajar agensi PDRM.. Cuma lokasi sahaja yang berbeza.
Cuma, saya nak cerita sedikit mengenai kuantan. Orang-orang kuantan,
jangan marah ye jika ada yang membaca... Hehehe minta maaf awal-awal...
Sepanjang kami berada di kuantan, tempat-tempat yang sempat kami lawati memang
best. Akan tetapi, yang kurang best bagi Cik Fazz adalah mall-mall mereka...
Terdapat beberapa mall yang kami pergi ada yang tutup awal, ada yang tak berapa
nak ramai orang.. Almaklumla, dekat KL ni kebiasaannya tutup operasi jam 10
malam.. Sekali sampai dekat kuantan, kol 7 pm pun dah tutup operasi. Tak ke
pelik Cik Fazz dibuatnya...
Selain itu, Cik Fazz nak berkongsi mengenai satu tempat yang kami kunjungi.
Iaitu, Pantai Batu Hitam. Memang pantai ni Cik Fazz teringin nak pergi selain
Teluk Chempedak dan Cherating.. Dah namanya pantai batu hitam kan, jadi Cik Fazz
yang agak coriuos ni, sememangnya teringin sangat nak tengok betul ke
batu-batuan di pantai itu hitam. Rupanya, memang batu-batu kat pantai tu memang
hitam. Tak tipu...
Setelah berpuas hati mengenai kesahihan batuan di Pantai Batu Hitam, kami
pergi melihat keindahan pasar malam di Teluk Chempedak pula. Terdapat satu kawasan nak kata pasar
malam tak jugak, nak kata bazaar pun tak jugak. Tak tahu nak panggil apa, dia macam bazaar. Di sini, peniaga menjual pelbagai barangan. Ada baju, cenderahati, makanan dan
sebagainya. Kat bazaar ni, kami tak dapat berlama-lama, kerana kebetulan hari
pun hujan. Jadi kami beransur pulang ke hotel.
Kesimpulannya, banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Pahang ni...
Disertakan gambar untuk tatapan pembaca.
salah satu mall yang lengang
kedai cenderamata di Teluk Cempedak
Bazar malam di Teluk Chempedak
Tebing Kuantan
Pantai Batu Hitam
Pantai Batu Hitam
0 comments:
Post a Comment