Pada hari
ini, Cik Fazz akan berkongsi maklumat mengenai negeri Melaka. Seperti yang anda
semua ketahui, Melaka merupakan sebuah negeri warisan dunia. Melaka telah
diwartakan sebagai warisan UNESCO pada tarikh 7 Julai 2008. 1 Ogos 2008 pula
merupakan perayaan atau sambutan bagi pengisytiharaan Melaka sebagai bandaraya
bersejarah dunia. Kita boleh lawati website http://whc.unesco.org/en/list/1223
untuk membaca maklumat mengenai Melaka di mata dunia.
Disamping
itu, Cik Fazz nak berkongsi pengalaman Cik Fazz bercuti di Melaka bersama-sama
geng Cik Fazz. Macam biasa, Cik Fazz and The Gang masih mengekalkan jenis
percutian bajet. Sebabnya, Melaka ni bukanlah besar mana kan. So, percutian
bajet memang sangat bersesuaian. Cik Fazz and The Gang bercuti selama 2 hari
sahaja di Melaka.
Disebabkan
Cik Fazz mempunyai sahabat yang mempunyai perniagaan homestay, jadi Cik Fazz
and The Gang menetap di homestay tersebut. Homestay ini diberi nama Angsana
Homestay. Dengan harga yang berpatutan, kami memang tersangat selesa tinggal di
homestay ini. Anda semua boleh lawati http://angsanahomestays.blogspot.com/2013/03/selamat-datang-ke-angsana-homestay_13.html
untuk keterangan lanjut mengenai homestay tersebut mahupun menempah homestay
tersebut.
Cik Fazz
and The Gang bertolak dari sini lepas waktu kerja pada hari Jumaat yang mulia. Perjalanan
ke Melaka mengambil masa 2 jam lebih ditambah pula dengan jammed di highway. Kami
tiba di Melaka pada jam 10.00 malam. Kemudian kami makan malam di Restoran Asam
Pedas Claypot. Di restoran ini Cik Fazz and The Gang menikmati AsamPedas yang
dihidangkan di dalam claypot. Boleh tahan rasa asam pedas kat restoran ni.
Setelah
kenyang, Cik Fazz and The Gang meneruskan perjalanan ke Jonker Walk yang
terletak tak jauh dari tempat kami menjamu selera tadi. Pada pengetahuan Cik
Fazz, Jonker Walk ni merupakan syurga bagi pengumpul barangan antik. Barangan antik
di Jonker Walk ini ada yang ditemui seawal 300 tahun serta boleh didapati dalam
pelbagai koleksi yang menarik dan mempunyai sejarah yang tersendiri dan juga
misteri. Selepas kami berjalan-jalan di Jonker Walk, kami terus pulang ke
homestay untuk berehat dan tidak sabar untuk meneruskan pengembaraan kami pada
keesokan harinya.
Hari kedua,
Cik Fazz and The Gang keluar rumah agak lambat. Kami keluar waktu makan
tengahari terus kerana kami ingin makan di Jeti Merlimau. Di situ terdapat
sebuah kedai makan kecil yang beroperasi untuk para nelayan di jeti tersebut. Di
kedai ini, ownernya ada menjual Asam Pedas Ori yang memang kita tak jumpa
ditempat lain. Asam pedas di sini memang sedap sehingga menjilat pinggan la
habaq hang… hehehe Di sini juga, harga asam pedas yang paling murah Cik Fazz
and The Gang pernah jumpa. Bayangkan harga seketul ikan pari asam pedas, Cik Fazz
hanya perlu membayar RM3.00 sahaja.. Terlampau murah bagi Cik Fazz and The
Gang. Memang tak kan jumpa kat tempat lain lah.
Setelah Cik
Fazz and The Gang kekenyangan, kami meneruskan perjalan ke Perigi Portugis
terletak berhampiran Makam Tun Teja di
Kampung Pengkalan Samak. Lokasi Perigi Portugis hanya 5 minit memandu dari
pekan Merlimau. Menurut sejarah, perigi ini digali oleh tentera Portugis ketika
pemerintahan Portugis di Melaka selama 130 tahun. Sultan Mahmud Syah melarikan
diri ke Johor selepas kejatuhan Dinasti Melaka. Baginda sering menyerang
Portugis supaya mendapatkan semula Melaka. Askar-askar telah ditempatkan di
sana untuk melindungi Merlimau dari serangan musuh. Itulah serba sedikit
mengenai Perigi Portugis.
Seterusnya,
Cik Fazz and The Gang menuju ke destinasi seterusnya iaitu Menara Taming Sari. Tiket
masuk berharga RM10.00 untuk pelancong tempatan dan RM20.00 untuk pelancong
asing. Harga yang agak berpatutan pada pandangan Cik Fazz and The Gang. Dari
ketinggian 80 meter, menara ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Antara
tempat-tempat Warisan Dunia UNESCO yang kelihatan dari jauh adalah seperti Kemerdekaan
Memorial Building, Muzium Samudra dan kapal Flor De La Mar, Dataran Pahlawan,
Masjid Pulau Selat, Pulau Besar dan Selat Melaka. Selain itu, kita juga akan
melihat pembangunan yang pesat di negeri Melaka ini.
Setelah puas
melihat segenap pelusuk kawasan Melaka yang dapat dilihat dari ketinggian 80
meter, Cik Fazz and The Gang menuju ke muzium-muzium yang berada di sekitar
Menara Taming Sari seperti Muzium Samudra dan beberapa lagi muzium yang Cik
Fazz lupa namanya. Harga-harga tiket untuk memasuki muzium-muzium tersangatlah
murah dan berbaloi. Memang puaslah Cik Fazz and
The Gang keluar masuk muzium satu hari ni.
Setelah puas
Cik Fazz and The Gang berjoli di dalam semua muzium yang berdekatan, kami
menuju ke salah satu bazaar menjual barangan cenderahati dan makanan. Di situ
Cik Fazz and The Gang terus rambang mata kerana terdapat banyak barangan yang
murah-murah serta menarik. Setelah puas berbelanja, kami meneruskan pengembaraan
untuk mencari Coconut Shake Ori yang sangat popular di Melaka iaitu Coconut
Shake Pantai Klebang!!! Memang tak boleh disangkal lagi, coconut shake di sini
memang sangat sedap… Rasa macam nak beli dengan taukenya sekali. Nampak tak
propa disitu…?? Hehehe
Program seterusnya
adalah menaiki Melaka River Cruise yang menyelusuri sepanjang sungai Melaka. Harga
untuk menaiki bot ini adalah RM10.00 untuk warga Malaysia dan RM15.00 untuk
pelancong asing. Suasana malam adalah masa paling bagus untuk menikmati
perlayaran selama kira-kira 45 minit ini. Bot ini akan menyelusuri sungai yang
dibentengi dengan bangunan-bangunan yang menarik untuk dihayati. Setelah penat
seharian berjalan tanpa henti, pada malam ini kami pulang awal untuk berehat. Esok
merupakan hari terakhir di Melaka, dan kami akan melawat beberapa tempat lagi
sebelum balik ke Selangor.
Hari terakhir
Cik Fazz and The Gang di Melaka, kami melawati Taman Buaya dan menaiki kereta
lembu. Harga tiket untuk masuk ke dalam zoo Melaka dan Taman Buaya adalah
sebanyak RM 15.00. Manakala menaiki kereta lembu sebanyak RM15 juga. Memang sangat
mencabar semasa menaiki kereta lembu tersebut. Rasa macam nak roboh je tempat
membawa penumpang itu. Tapi bagi kami, Cik Fazz and The Gang tiada yang
mustahil untuk dicuba dan memang tidak rugi untuk mencuba kerana benda ini sangat
menarik untuk dicuba.
Sampai di
sini sajalah destinasi bajet Cik Fazz and The Gang di negeri Melaka yang bersejarah.
Berbanggalah kita dengan sejarah Negara kita ini. Jika tiada sejarah masa lalu,
kita tidak mungkin akan menjadi hebat seperti sekarang. Sekian, semoga jumpa
lagi pada destinasi bajet yang lain. Adios…
Antara gambar-gambar
yang sempat dirakam…
0 comments:
Post a Comment