Unplanned holiday di
Bukit Tinggi Pahang merupakan percutian last minit yang memang tidak terlintas
diminda Cik Fazz and The Gang. Plan asal adalah untuk melawat Zoo Negara. Disebabkan
terkejut mendengar harga tiket Zoo Negara yang agak mahal dan lari bajet, kami telah
menukar plan disaat-saat akhir. Maka, akhirnya kami mengambil keputusan untuk
pergi menenangkan fikiran di pusat peranginan Bukit Tinggi Berjaya Hills Pahang…
Jarak perjalanan ke Bukit
Tinggi yang sepatutnya mengambil masa dalam 45 minit sahaja untuk sampai ke
sana, bertambah menjadi sejam lebih. Hal
ini kerana, kami sudah terlajak memasuki lorong untuk ke Bukit Tinggi. Perkara ini
terjadi kerana kami keliru dengan signboard yang menunjukkan kawasan Bukit
Tinggi tersebut. Sebab, signboard kat
situ memaparkan Bejaya Resort dan bukannya Bukit Tinggi. Tak haru kami
dibuatnya.. sudah la Cik Fazz ni tak pernah pergi Bukit Tinggi tu… manalah tahu
memang signboard untuk ke Bukit Tinggi adalah Berjaya Resort… So kawan-kawan,
kalau nak ke Bukit Tinggi, anda semua kena cari signboard Berjaya Resort ya… Jangan
jadi macam Cik Fazz pulak, terlajak sampai ke bandar Pahang…
Ok, setelah mengharungi
keadaan jalan yang agak mencabar, akhirnya kami semua sampai ke tempat yang
dituju…. Dengan membayar RM12.00 seorang, dan memakirkan kereta dibangunan yang
disediakan, kami memulakan pengembaraan kami di dalam kawasan percutian hebat
ini…
Destinati pertama yang
kami lawati adalah, bangunan Colmar Tropical. Tempat istirehat bertemakan
keunikan gaya Perancis ini berkeluasan di atas 80 ekar hutan hujan tropika yang
menghijau. Cik Fazz memang teringin nak datang ke sini sebab Cik Fazz
kagum dengan ciri reka bentuk hotel berinspirasikan Colmar Village di Alsace,
Perancis pada abad ke-16. Jauh tu kalau nak pergi Perancis oi…. Bangunan ini memang
copy&paste reka bentuk bangunan dekat Negara Eropah sana tu. Kami berpeluang
menikmati pelbagai kemudahan unik yang disediakan, antaranya termasuklah
jambatan jongket, replika angsa, dan menara jam cuckoo mirip Menara Riquewhir
di Perancis. Di halaman resort pula, turut disediakan dengan ruang makan untuk
menjamu selera dengan kepelbagaian himpunan sajian antarabangsa. Pada sesiapa
yang gemar mencuba makan luar negara, boleh la mencuba di sini tanpa perlu
pergi ke luar Negara. Colmar Tropicale Berjaya Hills merupakan penginapan
sempurna bagi sesiapa yang mencari suasana yang berlainan dengan penginapan
yang selesa dan kemudahan yang menakjubkan. First class gitu…
Destinasi kedua kami pula
adalah Taman Bunga. Kalau tak silap Cik Fazz, nama taman itu adalah Botanical
Gardens kot. Menjejakkan kaki di taman ini, mata Cik Fazz and The Gang dihamparkan
dengan pemandangan yang sangat cantik dengan bertemakan suasana taman bunga di
dalam hutan. Cik Fazz sendiri pun tak larat nak melawat seluruh kawasan. Kerana
kawasan ini sungguh luas dan perlu melalui jalan khas yang disediakan. Oleh kerana
Cik Fazz tak ada stamina, memang tak larat la nak menuruni bukit. Sudah la kena
turun bukit, nak naik a.k.a mendaki bukit lagi la Cik Fazz tak larat… hehehe
Pada sesiapa yang gemar akan bunga-bungaan, boleh la melawat ke taman bunga
ini. Memang mempesona bunga-bunga yang ditanam di sini… sungguh unik..
Seterusnya, Cik Fazz and
The Gang meneruskan lawatan kami ke Japanese Village yang terletak berhadapan
Botanical Gardens. Di dalam perkampungan ini, kita akan dapat melihat
rumah-rumah Jepun yang unik, sungai yang cantik serta beberapa suasana seperti
yang digambarkan di negara Jepun itu sendiri. Di dalam salah sebuah rumah Jepun
tersebut, terdapat juga khidmat menyewa pakaian Jepun iaitu Kimono yang boleh
disewa dengan harga RM20.00 kalau tak silap Cik Fazz. Turut dijual adalah teh
hijau Jepun pada harga RM15.00. Suasana di Japanese Village ni buat Cik Fazz rasa
macam nak tinggal terus je dekat situ… hehehe Suasana yang sangat nyaman dan
mendamaikan kalbu Cik Fazz tao… terbaiklah!!!
Cukuplah sekadar sampai
di sini saja la cerita Cik Fazz. Kita jumpa lain cerita lagi ye kengkawan…
0 comments:
Post a Comment