Cik Fazz memang dah lama tak menjejakkan kaki di negeri
cik siti wan kembang. Ada la jugak dekat 10 tahun. Kebetulan tempat Cik Fazz
bekerja menghantar kami untuk membuat training kat Kelantan. So, apa lagi…
bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal…
Ok, kami bagi training bukan lama pun, adalah dalam 3
hari sahaja. Tapi perjalan pergi balik seminggu jugak la… hehehe Jadi, kami pun
apa lagi, sambil menyelam minum air…
Selesai mengajar anak-anak murid PDRM, kami dibawa ke negara
jiran a.k.a Thailand. Kami dibawa ke Takbai melalui jalan air. Disebabkan kami
mengajar PDRM, maka dengan berbesar hati, mereka membawa kami ke seberang
menaiki bot polis marin. Hebat sungguh. Yang lagi hebat, kami pergi seberang
tanpa membawa passport!! Percaya tak…??
Sampai saja di seberang, kami memulakan pencarian… mencari
barang-barang murah di sempadan.. memang murah sungguh barang-barang di sini. Situasi
di takbai tidak semeriah di Pengkalan Kubor. Tapi boleh la dari tak ada
langsung kann..
Setelah shopping sakan di Takbai, sekarang giliran kami
shopping sakan dekat Pasar Siti Khadijah pula. Macam-macam yang kami beli, dari
kain batik Kelantan sehinggalah ke keropok lekor Kelantan. Sampai penuh tangan
nak bawak semua barang.. hehehe
Hari terakhir kami di Kelantan memang agak memeningkan.
Hal ini kerana, barang yang kami semua shopping terlampau banyak. Sampai penumpang
belakang duduk berhimpit-himpit dengan barang-barang shopping kami. Cik Fazz nak
tengok cermin pandang belakang pun agak terhalang. Banyak sangat barang... Sangat merbahaya!!
Disertakan gambar untuk tatapan anda semua.... ^_^
menaiki bot pancung dari Polis Marin
hasil borong di Takbai
hasil memborong di Kelantan
0 comments:
Post a Comment