Pada cuti CNY yang lalu, bermaksud cuti CNY tahun 2013 la ye. Hari ni baru nak post kat blog kan.. Lambat betul Cik Fazz post entry ni, maaf lah ye. Almaklumla, dilanda kebizian di opiss… Sebenarnya percutian ini tidak dirancang pun. Kebetulan my family balik kampung, then my bapak pun tetiba cakap nak pergi ke Tambun. So kami apa lagi, bagai orang mengantok yang disorongkan bantal la…. Hehehe

Kami bertolak lebih kurang jam 8 pagi dari kampungku yang terchenta iaitu Sungai Besar, dan tiba di Tambun lebih kurang jam 11 pagi. Ngam-ngam je waktu kami sampai dengan waktu masuk ke theme park ni.
Waktu kami tiba, memang lautan manusia telah menyerbu dan beratur di entrance theme park ini. Tersangatlah ramai I told U! Kami beratur untuk membeli tiket masuk. Harga yang kami perlu bayar untuk seramai 15 orang sebanyak hamper RM500 jugak la. Agak mahal bagi Cik Fazz kerana di dalam theme ini tidak dibenarkan untuk membawa bekalan makanan dari luar. Sesiapa yang dapat seludup masuk makanan tu dah kira beruntung la..

Pertama kali masuk theme park yang agak besar bagi Cik Fazz, memang Cik Fazz terpegun jugak la tengok kehebatan theme park Tambun ni. Tejakun sebentar! Ada tempat mandi manda macam yang biasa tu, ada taman haiwan a.k.a zoo kecil, ada tempat mendulang, ada tempat trecking dan lain-lain lagi la.

Disebabkan Cik Fazz and My Sis tak mandi, jadi kami mengambil keputusan untuk melawat kawasan (dah macam big boss turun padang je bunyinyer). Mula-mula kami pergi ke bahagian belakang kawasan theme park yang agak ceruk. Di situ kami perlu melalui Tiger Valley, Cave, mendulang dan kawasan jungle trekking.

Semasa melalui perjalanan ini, Cik Fazz and my sis bertemu dengan satu tempat macam cave yang menyimpan barang-barang antic seperti televisyen lama, basikal tua dan beberapa barang antic yang lain. Seterusnya Cik Fazz and My Sis bergambar dengan patung gajah.

Depan sikit dengan patung gajah tu terdapat satu kawasan untuk mendulang bijih timah. Kami tengok uncle tu macam best aje mendulang. Kami pun dengan ramah-tamahnyer pergi menyapa dan uncle tu ajak Cik Fazz and My Sis sama-sama mendulang dengan beliau. Tengah syok-syok mendulang, kami menjadi perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu, siap amik gambar kami lagi. Rupanya mereka tertarik untuk cuba mendulang setelah melihat kami syok mendulang kat dalam kolam kecik ni... siap basah-basah baju kami mendulang, kalah orang yang mandi dekat dalam pool tu kih kih kih…

Setelah habis melawat kawasan disebelah kanan, Cik Fazz and My Sis menuju ke kawasan sebelah kiri pula yang menempatkan petting world dan mini zoo. Dekat dalam mini zoo ni terdapat beberapa jenis haiwan exotic yang dibela. Contohnya spesis ular, burung, ayam, hamster, iguana dan lain-lain lagi la… kami sempat bergambar dengan haiwan-haiwan tersebut. Seterunya Cik Fazz and My Sis berlalu pula ke kolang air panas yang agak panas. Semput jugak la nak menghabiskan perjalan menglilingi kolam air panas ni. Boleh tahan panas air dia. Dah nama pun kolam air panas kan, apa laaa…

Last checkpoint, iaitu Taman Permainan atau Dry Park. Kat sini suasan dia lebih kurang macam theme park dekat genting, tapi kecik sikit la dari genting… Kat sini dia sediakan permainan seperti Stromrider, Dragon Fly, Perak Parade, Giddy Galleon dan Advanture Express. Cik Fazz and My Sis hanya sempat naik Stromrider je. Sebab my mum dah panggil untuk pulang… huhu

Sepanjang Cik Fazz berada di theme park ini, Cik Fazz rasa berpuas hati dengan equipment yang ada. So far berbaloi jugak la bayar mahal..  jadi, kepada kawan-kawan yang nak pergi, silalah mencuba semua permainan yang ada di dalam Tambun theme park ini ye. Sekian, adios amigos…


Dilampirkan gambar-gambar buat tatapan semua…



Main entrance The Lost World of Tambun

Mascot Tambun kot

Sepupu yang active

My sibling

My sibling

My sis

Kolam Ikan

Cave antic

patung gajah

mendulang

mendulang

Dam besar

petting world

petting world

apasal dengan muka tu...???

muka takut pegang pythan

muka ganas pegang python

kolam air panas

tag masuk
map Tambun


0 comments: