Huhu langkawi
pulak kali ni… Pengsan mak…
Cik Fazz and
The Gang ke Langkawi pula kali ini. Langkawi ni pun cerita tahun lepas punya. Still
the same reason, tak berkesempatan nak update entry… hahaha ini semua poyo! Kami
bercuti di Langkawi ni selama 3H2N je dan budget di bawah RM500 je.. Tiket flight kami dapat RM88 seorang return. Kira murah kan... Hotel pulak kami dapat RM120 untuk 2 malam. lepas la untuk tidur...
Hari Pertama
Ok2, Cik Fazz
and The Gang pergi Langkawi ni naik flight tao… First time naik flight pulak tu
kan, memang nebes giler habaq hang… hahaha macam2 perasan ada masa naik
flight ni, sampai terfikir selamat sampai tak kami mendarat kat Langkawi
nanti…. Huhu Akhirnya, dengan kuasa Allah kami selamat sampai di Langkawi
dengan keadaan yang selamat.. TQ to the pilot sebab bawa kapal terbang tu
dengan penuh berhati2… Sesampai je Cik Fazz and The Gang dekat airport
Langkawi, kami terus amik teksi menuju ke hotel kami di Kuah. Akan tetapi kami
menjadi agak kecewa kerana rupanya homestay yang kami nak stay tu tengah
renovate. Jadi kami tidur semalam di situ dan esoknya kami berpindah ke Pantai
Cenang. Hari pertama di Langkawi Cik Fazz and The Gang tak buat aktiviti apa,
just kami pergi makan dan menonton wayang dekat mall sebelah homestay kami. Cik
Fazz and The Gang juga ada pergi ke tempat penjualan barangan berasaskan gamat.
Kami dapat la membeli beberapa jenis minyak gamat untuk dibawa pulang.
Hari Kedua
Hari kedua,
waktu paginya setelah bersarapan dan mengambil kereta sewa, Cik Fazz and The
Gang merancang untuk pergi shopping barang2 cenderahati dan cokelat untuk
dibawa pulang. Setelah shopping di Haji Ismail Group (HIG), kami balik dulu
untuk menyimpan harta karun yang berjaya ditangkap tadi. Selepas itu, kami
meneruskan perjalanan ke Underwaterworld Langkawi yang terletak tidak jauh dari
hotel kami. Untuk mengetahui harga dan waktu untuk masuk ke Underwaterworld ni boleh
layari laman web Underwater World Langkawi.
Setelah puas menyaksikan aksi penguin2 yang comel dan jenis2 ikan yang tak
pernah Cik Fazz and The Gang jumpa live, kami meneruskan perjalanan ke Pekan
Kuah untuk bergambar di Dataran Lang.
Sampai je
kami kat Dataran Lang, kami terus menuju ke patung Helang yang aksi dia seperti
baru nak terbang. Panorama dekat Dataran Lang ni cantik pada waktu malam, tapi
kami pergi waktu siang siap berhujan lagi posing kat situ hihihi
Setelah puas
berposing macam2 gaya kat Langkawi Eagle Square, Cik Fazz and The Gang meneruskan
perjalanan ke Langkawi Cable Car. Perjalanan yang agak mencabar kerana jalan
menuju ke cable car agak sunyi dan sempit. Sampai je kami kat cable car, kami
terpaksa menunggu kaunter tiket dibuka. Setelah membelli tiket, tibalah masa
Cik Fazz and The Gang naik cable car. Mula2 tu rasa macam gayat sikit la, tapi
lama2 rasa best!!! Rasa nyaman bila dapat melihat keindahan ciptaan Allah swt…
tak tergambar perasaan Cik Fazz and The Gang masa sampai dekat puncak gunung
ni. Memang sejuk mata memandang… Settle menaiki cable car, kami buat tour dekat
taman2 yang ada di bawah ccable car. Antaranya taman arnab dan taman Korea.
Sempat la amik beberapa gambar dekat taman Korea ni. Nak pergi Korea tak
kesampaian lagi… InsyaAllah next trip dapat la pergi ke Korea… Untuk maklumat
lanjut Langkawi Cable Car, boleh lawati website untuk mengetahui waktu masuk
dan bayaran Langkawi Cable Car.
Tengah
berlenggang kangkung menuju ke kereta
sewa, Cik Fazz and The Gang ditegur oleh beberapa orang kakak. Mereka
menawarkan pakej island hopping tour kepada Cik Fazz and The Gang. Setelah
tawar menawar, kami dapat harga yang sangat berpatutan. Mereka berjanji akan
mengambil kami di hotel pada petangnya. Kami pun balik dulu ke hotel dan
berehat2 sambil menunggu diambil oleh mereka. Seperti yang dijanjikan, Cik Fazz
and The Gang diambil dengan menaiki van dan kami dibawa ke Pantai Cenang.
Sampai je di
pantai, kami terus membayar harga pakej yang diambil. Tak lama kemudian, kami diarahkan
untuk menaiki boat yang akan membawa kami mengelilingi pulau2 yang berkaitan.
Di dalam satu boat tu, Cik Fazz and The Gang duduk bersama2 gang dari Taiwan,
Korea, Malaysia, Arab dan beberapa orang cina mungkin. Orang Taiwan memang
banyak mulut, ramah dan suka buat kecoh. Memang boat yang Cik Fazz and The Gang
naik ni memang happening giler lah!! Sepanjang menaiki boat ni, ombak laut
memang agak kuat bergelora, habis sakit punggoq2 kami semua.. haila abang boat,
apasal la bawak laju sangat… macam nak tercampak keluar dari boat dah rasanya!
Semasa island
hopping ni Cik Fazz and The Gang dibawa melawat Pulau Dayang Bunting, Eagle
Watch and Feed dan Pulau Beras Basah. Semasa kami sampai di Tasik Dayang
Bunting, tak sangka pulak kami kena mendaki kaki gunung untuk sampai ke Tasik
Dayang Bunting. Terkujat mak!!! Sudah la dah lama tak panjat gunung, sekali
kena daki gunung daaa. Pancit weh!!! Stamina tak ada. Siap kami kena tegur
dengan tourist oversea sebab dia nampak kami semput…. Hahaha Buat malu je weh…
Setelah beberapa kali berhenti akubat semput, akhirnya kami sampai juga dekat
tasik… Air tasik yang kehijauan mungkin disebabkan pertumbuhan lumut yang
sangat banyak. Yang menariknya, fakta mengenai tasik ini adalah air tasik dan
air laut masin tidak bercampur sama sekali. Tapi Cik Fazz tidak la pulak nak
cuba merasa air tasik tu kan… hehehe Tak sanggup den!
Setelah hampir
45 minit kami di tasik tu, kami telah turun kembali untuk ke jeti boat kami
semua. Sedang berehat menunggu Miss Jane ke toilet, Miss Rina telah diserang
dengan sekumpulan incik2 monyet yang mahukan makanan kami semua. Diserang monyet
ok!!! Mahu luruh jantung Cik Fazz akibat jeritan suara Miss Rina yang sangat
nyaring… Kalah suara Fazura kat dalam filem Kami Histeria tu tao. Hahaha setelah
reda akibat diserang monyet, kami
meneruskan perjalanan untuk melihat dan memberi makan kepada burung helang. Sedang
asyik melihat abang2 boat tu bagi helang makan, hujan pun turun dengan lebatnya….
Walaupun hujan
lebat, tapi abang boat tetap meneruskan perjalan ke Pulau Beras Basah. Sepanjang
perjalanan kami menggigil kesejukan kerana terkena hujan lebat. Sudah la hujan
lebat, abang tu boleh bantai tambah speed boat tu dengan sangat laju.. Dia
memang saja je nak kasi semua orang dalam boat tu lencun kot… Sampai je Cik
Fazz and The Gang kat Pulau Beras Basah, abang boat tu suruh atau paksa kami
pergi turun dari boat untuk berendam di dalam air laut. Dia kata hujan2 ni air
laut hangat. Kami dengan bangganya menurut kata abang boat tu turun ke air laut
yang dikhabarkan hangat tu. Rupanya memang hangat bila berada di dalam air
laut. Sangat nyaman rasanya.. Tak pernah dibuat Cik Fazz and The Gang mandi
pantai tengah hujan. Memang sangat masyukkk!!!
Selepas hujan
reda, kami pun dipanggil menaiki boat untuk terus pulang ke pantai. Sebab abang
boat tu cakap, hujan akan turun lagi dan air laut akan menjadi bergelora. Memang
betul apa yang abang boat tu cakap. Apabila kami sudah menghampiri pantai, kami
diasak dengan laut yang kuat bergelora. Sampai kami terpaksa berpaut dengan
sangat kuat pada tiang2 boat. Siap terlompat2 Cik Fazz and The Gang kat dalam
boat tu. Memang menyeramkan! Akhirnya kami selamat sampai dekat persisir
pantai, dan kami akhirnya terus dibawa pulang ke hotel masing2.
Habis berehat
dan menunaikan solat jamak, kami mengambil peluang untuk makan malam di area
Pantai Cenang. Kami makan di seafood restaurant thai. Boleh tahan sedap makan
yang disediakan. Akibat keletihan di siang hari, kami terus balik ke hotel untuk
berehat selepas kekenyangan makan malam. Satu hari untuk aktiviti yang sangat pack!!
Hari Ketiga
Hari ini merupakan
hari terakhir Cik Fazz and The Gang di Langkawi. Jadi kami sekadar memulangkan
kereta sewa kepada agensi kereta sewa dan meminta mereka untuk menghantar kami
ke airport. Kerana flight Cik Fazz and The Gang pada jam 11 pagi. Sampai saja
kami di airport, kami terus check in dan bersarapan di lounge menunggu. Dengan ini,
berakhirlah percutian bajet kami di Langkawi…
Semoga berjumpa
lagi pada percutian bajet akan datang…
Gambar2 untuk
tatapan anda semua…
dalam KLIA Transit
di LCCT
Nak naik flight dah
putih je awan tu
Miss Rina khusyuk tengok map
di Underwaterworld
di Underwaterworld
di Langkawi Eagle Square
Dataran Lang
macam kabus kan, padahal tempias air hujan tu
di Cable Car
di Cable Car
di Cable Car
Cable Car
Cable Car yang kami bakal naik
dalam Cable Car
di menara peninjau
Korea Nami Island
Korea Nami Island
Taman Arnab
Riding Horse
Riding Horse
Island Hopping
Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting
Eagle Watching and Feeding
hantar kereta sewa
bag yang beranak pinak