Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera warga blog sekalian. Bertemu lagi
kita di entry yang dah bertahun bersawang tidak terupdate. Kalini Cik Fazz nak
share trip ke negara jiran kita yang terletak di Borneo sinun…
Welcome to Brunei Darussalam!!!
Brunei merupakan salah satu negara
yang Cik Fazz lihat tidak ramai pelancong Malaysia yang ke sana. Bila tanya
sebabnya, ramai yang kata negara yang bosan, macam takde pape dan lain-lain. So,
dengan bangganya Cik Fazz take the challenge untuk travel ke Brunei melihat dan
merasai sendiri pengalaman ke sana.
Hasil research tempat2 menarik yang
terdapat di Brunei, maka Cik Fazz berjaya plan trip ke Brunei selama 3h2m
bersama2 dengan adik Cik Fazz. Di bawah ini antara tempat yang kami sempat
jelajah sepanjang keberadaan kami di sana. Entry kalini Cik Fazz tulis ringkas
je ye… Sebabnya ubat untuk penyakit M ni dah habis lama dah….
26 Okt 2019
Flight kami dari KLIA2 jam 6.30am kalau tak silap dan kami tiba dalam jam 9am macam tu la. Settle ambil luggage, imigresen/kastam dan ke toilet semua bagai, kami keluar dari airport untuk ke tempat shuttle bus. Sementara menuju ke tempat menunggu bas tu, kami Nampak Jollibee. Maka dengan itu, tanpa menunggu kami terus menuju ke Jollibee untuk merasa kenikmatan ayam goreng yang pemes tu. Breakfast Jollibee kau!!! Akhirnya dapat jugak beli. Masa trip ke Sabah tahun 2016 haritu tak sempat nak rasa. Terubat sikit kekecewaan.
Duit BND |
Declaration |
Jollibee |
Selesai makan kat Jollibee, kami terus tunggu shuttle bus untuk ke rumah
Boss. Yang seronoknya, boss Cik Fazz sponsor stay dekat rumah dia dan guna
kereta dia tanpa bayar duit minyak. Yeahhh!!! Lap u lah boss. Alhamdulillah sangat
sebab tak perlu keluar duit untuk hotel dan kereta sewa kat Brunei.
Naik bas shuttle
dari airport, kami turun dekat Terminal Bas Bandar Seri Bagawan. Dekat situ
pulak, kami interchange bas No 38 untuk ke Laluan Timur sebab rumah boss dekat
Jalan Subok. Naik2 bas je kami tunjuk alamat untuk kepastian, dan minta driver
bas turunkan kami dekat jalan yang berhampiran. Untuk makluman, bas di Brunei
ni kontot je macam mini bus KL zaman dolu2. Tambang bas di Brunei hanya 1BND
sehala. Selain bas, ada juga teksi dan DART boleh didapati di Brunei ni.
Sesampainya kami di
rumah boss dalam jam 12pm, kami terus letak bag dan berehat sementara menunggu
waktu solat masuk. Selesai jamak semua, kami start perjalanan ke destinasi pertama
iaitu V-Plaza Hotel di Kuala Belait. Dekat hotel ni kita boleh menikmati
pemandangan sebahagian Brunei dari tingkat 9 hotel.
Air mineral paling mahal pernah beli |
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke One Billionth Barrel Monument yang terletak di Seria. One Billionth Barrel Monument menjadi tumpuan 30 artis seni lukis yang menjadikan tugu itu sebagai galeri seni lukis terbuka dan tugu berkenaan yang berdekatan Seria-1 merupakan telaga minyak pertama yang digerudi pada tahun 1929, ditemui oleh Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd (BSP).
27 Okt 2019
Dalam jam 8am lebih kami telah bergerak ke Tamu Kianggeh. Pasar pagi di Brunei. Di sini boleh cari makanan dan kuih-muih tradisional Brunei. Nasi Katok yang berharga 1BND juga ada dijual di sini. Terdapat juga biskut sagu yang jarang2 jumpa dan jika ke sini wajib beli. Terdapat juga barangan kraf tangan yang menarik untuk dibeli pada yang berminat.
Selesai meneroka
ruangan dalaman Masjid Omar Ali Saifuddin, kami ke The Frame Brunei Darussalam.
Salah satu bingkai gambar yang direka khas dengan ketinggian 9.3m. Salah satu
tempat yang menarik untuk bergambar. Tidak disangkal lagi view yang dihidangkan
sangat menarik untuk dirakamkan oleh kamera.
Bersebelahan dengan The Frame Brunei Darussalam merupakan The Mall Gadong. Antara shopping mall yang wujud di Brunei. Terdapat juga kedai2 souvenir jika anda mahu membeli sebarang souvenir untuk dibawa pulang.
Seterusnya kami meneruskan berjalan kaki ke Royal Regalia Museum. Merupakan Bangunan Alat Kebesaran Diraja. Mempamerkan sejarah hidup Sultan Brunei dan pelbagai alatan kebesaran baginda. Banyak juga barang2 persembahan untuk diraja turut dipamerkan di sini.
Kemudian,
dipertengahan perjalanan kami sempat singgah di simpang untuk mengambil gambar The
Clock Tower. Monumen yang dibangunkan untuk memperingati kunjungan pertama YDP
Agong Malaysia ke Brunei pada 1959. Menjadi simbol persahabatan antara Malaysia
dengan Brunei. Merupakan titik awal Zero Mile untuk mengukur jarak antara BSB
dan tempat lain.
Di sini juga terdapat perkampungan yang dikenali sebagai Kampong Ayer.
Merupakan perkampungan air terbesar di Asia Tenggara. Turut dikenali sebagai
Venice of East. Untuk mangrove tour kami dikenakan bayaran sebanyak 15BND. Untuk
ke Kampong Ayer pula sebanyak 10BND. Walaupun sedikit mahal 15BND, tapi Cik
Fazz tak kisah sangat sebab rezeki kami dapat tengok Proboscis Monkey atau lebih
dikenali sebagai monyet belanda yang hanya boleh dijumpai di Borneo. Berbaloi
dengan memori yang tidak dapat dilupakan.
Pasar Gadong. Pasar malam yang mula beroperasi dari jam 3pm hingga 10pm.
Tak jauh beza dengan suasana di Tamu Kianggeh. Bagi penggemar food hunter, anda
boleh juga mencari makanan tradisional kat Pasar Gadong ni. Selesai membeli
shopping di Pasar Gadong ni, kami pulang ke rumah untuk berehat dan kemas bag
sebelum keluar malam hari pula.
Dalam jam 5pm lebih macam tu kami keluar semula untuk ke Jerudong Park. Jerudong Park merupakan theme park terbesar dan termahal di Asia Tenggara yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Brunei. Harga untuk orang luar terbagi kepada dua iaitu theme park only 10BDN per pax manakala theme park + water park 20BND per pax. Tapi kami hanya sempat masuk ke theme park sahaja. Jam 9pm macam tu kami pulang semula ke rumah untuk berehat.
28 Okt 2019
Maka dengan ini, berakhirlah trip Cik Fazz di bumi Brunei ni selama 3h2m. Di bawah ni Cik Fazz ada sertakan sekali beberapa info yang boleh digunakan oleh korang andaikata korang teringin nak travel ke Brunei pada masa akan datang. Harap dapat membantu kalian… XOXO
Tiket Flight AA - RM249.50 return untuk 2 pax
Roaming Man - RM66.00 untuk 3 hari
Kereta & Rumah - FOC
Itinerary Brunei |
0 comments:
Post a Comment