Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera Korang Sekalian... 

Entry Kali Ni Cik Fazz Malas Nak Type Panjang....

So Korang Tataplah Beberapa Keping Gambar Percutian Cik Fazz Di Pulau Perhentian, Besut Dan Kota Bharu Ye.

Lokasi: Terengganu / Kelantan
Tarikh: 30 Mei - 2 Jun 2016


































Bajet: Rm500 Untuk Pakej + Makan + Shopping + Flight Ticket
Pakej: Dnamie Leisure & Tour Sdn Bhd
Hotel: Coral View Island Resort 
Lokasi tambahan:
1. Restoran Tah Tarik Madu Pak Mat Pulau Pisang
2. Jeti Besut (Samudera Hotel)
3. Pualau Perhentian Kecil (untuk melihat sunset)
4. Rantau Panjang
5. Pantai Cahaya Bulan 
 
27 November 2015

Hari ketiga dan merupakan hari terakhir melakukan aktiviti di kota Bandung ini. Dengan itu, hari ini kami akan penuhkan aktiviti kami dengan membeli-belah sampai purse terbelah hahaha Mati la nakkk…. Kalau orang perempuan yang shopping memang tak hengat dunia la… Hari ni memang hari khas untuk shopping. Jadinya kami akan shopping sampai kering. Tempat pertama yang akan ditawan adalah Kompleks Pasar Baru. Pasar Baru ni boleh diibaratkan seperti Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan atau Payang Payang di Terengganu.

Seperti biasa jam 8.40 am Ayung akan sampai dan terus membawa kami ke Pasar Baru. Sampai saja di sana, Ayung menyerahkan kami kepada kawan beliau di sana yang bernama Pak Jayus (dah sebijik nama atok kami pulak hihi). Sebelum kami di bawa masuk ke dalam Pasar Baru, kami telah terangkan kepada Pak Jayus yang kami nak beli baju t-shirt, kain batik, kain pelikat, telekung dan sebagainya. Habis semua benda dalam kepala kami sebut. Siap tanya kedai mana yang paling murah. Nampak tak sakannya kami nak shopping sampai semua kedai2 murah ditanya hahaha

Bagusnya Pak Jayus ni semua barang dari sekecil2 barang sampailah seberat2 dan sebesar2 barang dia tolong bawakan. Kesian pun ada. Tapi dia kata memang kerja dia untuk bawak barang2 pelanggan, jadi kami pun biarkan je la. Habis pusing kedai, naik turun escalator, hampir semua barang kami dah dapat. So, misi kami seterusnya adalah mencari kerepek. Kalau pergi Bandung ni tak beli Kerepek Pisang Salai memang tak sah. Kat Malaysia memang tak jumpa la.

Kat level bawah Pasar Baru ni ada kedai yang menjual kerepek2. Macam2 jenis kerepek yang dia jual. Contohnya kerepek nangka, kerepek buah naga, dan macam2 jenislah. Sampai tak tahu nak sebut yang mana satu. Lagi satu, kat kedai ni owner dia akan keluarkan tester kerepek2 yang dia jual. Kami makan tester tu sampai naik kenyanglah. Lepas satu, satu lagi dia akan keluarkan tester yang berlainan. Pantang tanya tu kerepek apa, mesti dia akan ambil tester suruh rasa dulu. Sampai kami naik pening nak beli yang mana satu. Sebab semua sedap2 belaka. Rasa macam nak beli semua je. Tapi memikirkan luggage AA tak ambil banyak, jadi kami batalkanlah hasrat nak shopping kerepek banyak2. Jangan risau, jika anda nak beli kerepek dalam kadar yang banyak, owner kedai ini akan bagi kotak dan mereka siap packing untuk kita bawa naik flight. Owner ni memang baiklah. Siap bagi kami bekalan kerepek katanya untuk kudap-kudapan sepanjang perjalanan nanti. Dapatlah seplastik  beg kerepek. Semoga murah rezeki owner kedai kerepek tu. Tak rugi shopping kerepek kat situ lah hihihi

Hampir setengah hari berlegar2 di dalam Pasar Baru, perut kami dah berdondang sayang, jadi kami decided nak tamatkan aktiviti membeli belah di Pasar Baru ni. So, settle je shopping kat Pasar Baru, kami singgah di gerai tepi jalan di bawah Pasar baru untuk membeli buah yang segar2 dan besar2. Antara buah yang memang kami nak beli bila tiba di Bandung ni adalah buah salak dan buah jambu merah. Memang menawan hati betullah buah2 mereka ni. Banyak betul dijual di tepi2 jalan. Tapi yang tak best masa beli buah ni, ada la jugak zombie2 yang bermain gitar sambil menyanyi menempel kat tepi kita. Bila kita tak layan, dipanggilnya kita ni makcik. Haila, sabar je la makcik ni nak…


Untuk mengisi perut kami yang lapar ni, si Ayung telah membawa kami makan di kedai Pak Chi Met. Kedai ni agak exclusive bagi kami kerana decoration dia agak menarik dan mewah. Tapi yang bagusnya ada musollah di dalam kedai ni. Kami pun ambil kesempatan untuk solat Zuhur terus di situ sambil menunggu makanan tiba. Harga makanan di sini agak berbaloi dan sedap. Rasanya ini makan sunda. Sebab jenis makanan dan rasa tak jauh beza dengan kedai2 sunda yang lain.

Restoran Pak Chi Met


Selesai “mengisi minyak”, kami meneruskan misi pencarian iaitu mencari Brownies dan Kek Lapis Bandung yang famous. Antara kedai yang wajib dikunjungi di Bandung adalah Kartika Sari dan Amanda Brownies. Bagi kami, layanan di Kartika Sari agak kurang menyenangkan kerana mereka agak sombong ketika melayan pelanggan. Manakala di Amanda Brownies pekerja mereka sangat peramah. Nampak ketara perbezaan layanan pada pelanggan.

Kain pasang sudah, telekung sudah, kerepek sudah, brownies pun sudah. Maka berakhirlah pencarian kami di kota Bandung ini. Jam 4.00 pm kami minta dihantar pulang ke hotel bagi sesi mengemas beg. Dan meminta Ayung mengambil kami untuk makan malam pada jam 7.00 pm. Sampai saja kat bilik dan apabila semua barangan telah dikeluarkan dari plastik, terus pening kepala pikir macam mana nak susun barang yang telah diborong.

memasing muka puas hati dapat habiskan duit dengan shopping


Siap mengemas, mandi dan solat, Ayung telah bersedia untuk membawa kami menikmati makan malam yang terakhir di kota Bandung ini. Request terakhir kami kepada Ayung agar membawa kami ke restoran western food. Akhirnya sampailah kami di The Stone Café yang kami tak tahu terletak di mana sebab malam, tak nampak jalan hehehe Suasana kat café agak meriah dan ada juga band yang ramah dan mengumumkan ketibaan kami di café tersebut. Suasana di café ini sangat romantic dan sesuai pada mana2 pasangan yang hangat bercinta candle light dinner kat sini.





Kami memilih kawasan yang mengadap pemandangan bukit. Tapi dah malam, so tak berapa nak nampak la bukit apa yang ada di depan sana. Kawasan café ini berada di kawasan lereng bukit, jadi suasana akan kelihatan sedikit curam dari kedudukan tempat makan kami. Kami memilih hidangan yang berlainan berlainan seperti pizza, salmon, spaghetti, steak dan  beberapa hidangan lain. Semuanya membuka selera kami. Harga di café ini juga agak memuaskan hati. Layanan juga terbaik. Makanan mereka so tempting!










Kami juga turut menyambut hari lahir 2 ahli rombongan kami iaitu Cik Saidah dan Cik Aryani yang mana hari lahir mereka jatuh pada bulan November. Selesai makan dan celebrate birthday, kami membayar makanan dan seterusnya pulang ke hotel kerana esok kami perlu terbang pulang ke Malaysia semula.







28 November 2015

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Kota Bandung. Kami bangun seawal jam 4.00 untuk solat subuh dan bersiap2 untuk bertolak ke airport. Ayung telah menunggu di bawah hotel dan kami bertolak dari hotel pada jam 5.00 am dan kami perlu berada di airport selewat-lewatnya sebelum jam 7.00 am kerana flight kami pada jam 8.00 am. Selesai check in semua luggage, kami akhirnya bertolak pada jam 9.00 am. Lewat sejam daripada jadual asal. Paling tak menahan, semua berat barang kami mencecah 100kg. Siap pramugari tu tegur, shopping sakan batul di sini ya mbak hehehe Semasa menunggu kapal terbang sampai, kami bertemu dengan warga Malaysia yang naik satu flight masa pergi haritu sempat la kami bersembang dengan makcik tu mengenai trip beliau sekeluarga di Bandung.










Kami selamat sampai di Malaysia pada jam 11.00 am. Disambut oleh mama, ayah dan adik bongsuku. Kami meneruskan perjalanan pulang dan berpecah mengikut haluan masing2. Trip kali ini amat berharga buat kami semua kerana menjadi pengalaman yang terbaik buat kami. Nasiblah tak ada yang menanggung rindu pada keluarga yang jauh sampai menangis hihi Alhamdulillah kami semua berpuas hati dengan percutian kami kali ini. Diharapkan pada masa hadapan dapat bercuti lagi ke luar Negara. Tapi memandangkan ekonomi Malaysia yang agak menyedihkan, maybe setahun sekali je la dapat bercuti ke luar Negara.




Maka, berakhirlah sudah percutian kami bertujuh yang seperti rombongan Cik Kiah ni di Kota Bandung. Diucapkan jutaan terima kasih kepada supir kami Ayung kerana sudi melayan semua karenah kami sepanjang trip tersebut. Sejuta tahniah juga kepada kengkawan Cik Fazz seperti Miss Jane, Cik Saidah, Cik Aryani, dan Cik Rina. Tidak dilupakan juga kepada adik2ku sayang iaitu Cik Mira dan Cik Zai. Kata2 terakhir daripada Cik Fazz, diharapkan pada masa hadapan dapat menjejakkan lagi kaki di sini. Sekian, wassalam...