Ini yang dinamakan tempat jauh lagi dikenang. Ternyata terkena batang hidung sendiri. Cik Fazz bercuti di Langkawi lagi pada tahun ni. Kali ketiga datang Langkawi dan kali kedua untuk tahun ini saje. Haila, macam tak ada tempat lain nak pergi ye…

Percutian kali ini Cik Fazz pergi berjimba bersama-sama sahabat baik Cik Fazz masa zaman old school dulo-dulo iaitu Cik Dayah dan Cik Saidah. Ini percutian pertama kami bersama-sama. Selalunya Cik Fazz bercuti dengan geng gila-gila. Tapi geng tu masing-masing dah habis cuti, so tak boleh la nak follow Cik Fazz bercuti sakan. Jangan risau semua, dengan mereka Cik Fazz tetap menggila... Hahaha

Percutian di Langkawi ini agak lama, iaitu selama 5 hari 4 malam. Pada percutian kali ini kami manfaatkan cuti sebaiknya dengan menghitamkan diri masing-masing dengan aktiviti luar. Seperti aktiviti Island Hopping, Mangroves Tour, Parasailing dan sudah tentu bershopping!!! Itulah aktiviti yang semua orang takkan tinggal bila datang ke Langkawi. Betul kann…??? hehee

Dan seperti biasa, Cik Fazz dah malas nak bercerita panjang-panjang, sebab korang semua dah tahu apa yang ada dekat Pulau Langkawi kan… Jadi, silalah menjamah gambar-gambar kali yang bercuti sakan di sana ye. Ha, sebelum Cik Fazz lupa, kat bawah ni Cik Fazz ada listkan harga pakej yang Cik Fazz dapat masa berjimba kat sana ye…



P/S: Pada yang ingin bercuti di Langkawi atau di mana saja, Cik Fazz ada sedikit pesanan. Silalah membuat survey dahulu sebelum bercuti ke mana saja. Itu pun jika anda jenis yang backpacker dan tidak bergantung dengan agent. Cuba bertanya dengan sahabat handai mengenai tempat percutian yang anda ingin pergi. Atau anda boleh Tanya pada Pak Google. Lebih banyak info, lebih bagus untuk anda.


Harga pakej aktiviti pada 2014:

  1. Cable Car = RM20 (adult)/RM15 (child)(bergantung pada pakej) – dah naik harga, tahun lepas pergi RM15
  2. Under Waterworld = RM30 (adult)/RM25 (Child) – dah naik harga, tahun lepas pergi RM25
  3. Mangroves Tour = RM85 (citizen)/RM120 (tourist) – cuba walk in area betul-betul pekan Pantai Cenang, masuk lorong ke pantai yang ada signboard Restoran Seafood Aliah (kalau tak silap)
  4. Island Hopping = RM35 – better amik dekat area pekan Pantai Cenang jugak, situ boleh dapat lagi murah. Boleh dapat RM30 + google/RM25 tanpa google.
  5. Parasailing = RM50 – amik dekat area pekan Pantai Cenang jugak