Wah! Setelah setahun berlalu, Cik Fazz Berjaya menjejakkan kaki sekali lagi di The Lost World Of Tambun… Kali ini lebih lama lagi... Memperuntukkan 6 hari di tambun. ENAM hari okay!!! Jangan terkejut ya kengkawan… Maksud 6 hari Cik Fazz dekat Tambun tu bukan untuk bersuka-suki semata-mata. Cik Fazz pergi kerana tuntutan kerja okay!

Training kali ini diadakan di Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) Ipoh, Perak yang terletak tidak jauh dari Pusat Bandar dan Tambun. Dan pihak PMO telah menempahkan Cik Fazz and The Gang hotel di Sunway Lost World of Tambun Hotel. Training kali ini tersangatlah lama, tidak seperti training yang dulo-dulo. Sampaikan pihak hotel pun terkejut sebab kami menetap di situ dalam tempoh yang agak lama…

Okay, Cik Fazz tak nak cerita panjang-panjang, sebab dulu dah penah ada entry berkenaan The Lost World Of Tambun kan. Kali ini, Cik Fazz nak cerita serba sedikit mengenai beberapa tempat makan yang best dan aktiviti yang seronok di dalam theme park yang masa dulu Cik Fazz tak dapat buat.

Hari pertama Cik Fazz And The Gang check in, kami telah memilih untuk makan di luar. Dan tempat makan kali ini adalah di Mee Udang Ketam Sempoi…. Diraja. Tempat makan ini terletak tidak jauh dari Tanjung Rambutan iaitu di Lorong Sungai Choh. Tempat makan ini telah direkomenkan oleh polis bantuan theme park. Overall makan di sini tersangatlah murah dan sedap hingga menjilat pinggan… Tapi Cik Fazz tak ada la sampai menjilat pinggan, hilang kesopanan den…hihihi

Hari ke berapa dah tak hengat dah… Setelah balik dari training dalam keadaan kepenatan, Cik Rozie mengajak berendam lama di dalam kolam air panas untuk mengurangkan tahap ketensionan kami. Jadi kami check in dekat spa hot spring bermula jam 7 malam sampailah jam 9 malam… Hebat tak kami berlama-lamaan di dalam air panas??? Bajet kulit kebal gitu hihi Keluar saja dari kolam air panas, kami melihat perubahan pada kulit kami. Habis semua kecut mecut hahaha kemudian kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel semula.

Setelah bersuka-suki berendam di dalam spa dekat hot spring, kami balik ke hotel dalam keadaan kelaparan. Jadi, misi kami seperti biasa, haruslah mencari makanan untuk mengeyangkan perut yang lapar. Disebabkan kami tidak familiar dengan kawasan tambun ini, jadi kami memilih untuk makan di Dataran Ipoh. Dan seperti biasa, Cik Fazz akan memilih makanan kegemaranku iaitu Char Kuey Teow. Keadaan di dataran ini telah berubah, kerana masa Cik Fazz datang pada bulan October 2013, gerai-gerai makan masih banyak. Akan tetapi, masa Cik Fazz datang pada bulan April 2014, banyak gerai yang sudah tiada.

Hari terakhir di Tambun, misi kami seterusnya adalah mencari restoran yang menyediakan mee rebus dan masakan barat yang sedap, iaitu Restoran Mee Rebus Ramli yang terletak di Tasek. Restoran ini memang pemes tao.. setiap kali Cik Fazz tanya apa yang sedap kat ipoh, mesti dorang akan rekomen restoran ni. Dan sudah semestinya Cik Fazz akan order Chicken Chop yang sangat delicious… Harga makan kat sini Cik Fazz tak dapat dikenalpasti, kerana time ni ada yang sudi membelanjakan duit beliau untuk membayar harga makanan. Terima kasih diucapkan kepada si pemurah hati kekeke 

Hari last yang betul-betul last… Selepas check out hotel, Cik Fazz and The Gang mengambil keputusan untuk melepak sambil bersarapan sementara menunggu untuk check in di dalam theme park. Wajib menikmati sarapan yang sedap sebelum balik ke KJ. Pasti merindui makanan di Garden Terrace… Setelah dibenarkan masuk ke dalam theme park, kami mula mencari tempat duduk untuk menyimpan barang kami dan kami memulakan pengembaraan di dalam theme park ini. Mengembara untuk kali kedua… hihihi Silalah melihat moment-moment kami di The Lost World of Tambun.