Pada hari ini, Cik Fazz akan berkongsi maklumat mengenai negeri Melaka. Seperti yang anda semua ketahui, Melaka merupakan sebuah negeri warisan dunia. Melaka telah diwartakan sebagai warisan UNESCO pada tarikh 7 Julai 2008. 1 Ogos 2008 pula merupakan perayaan atau sambutan bagi pengisytiharaan Melaka sebagai bandaraya bersejarah dunia. Kita boleh lawati website http://whc.unesco.org/en/list/1223 untuk membaca maklumat mengenai Melaka di mata dunia.

Disamping itu, Cik Fazz nak berkongsi pengalaman Cik Fazz bercuti di Melaka bersama-sama geng Cik Fazz. Macam biasa, Cik Fazz and The Gang masih mengekalkan jenis percutian bajet. Sebabnya, Melaka ni bukanlah besar mana kan. So, percutian bajet memang sangat bersesuaian. Cik Fazz and The Gang bercuti selama 2 hari sahaja di Melaka.

Disebabkan Cik Fazz mempunyai sahabat yang mempunyai perniagaan homestay, jadi Cik Fazz and The Gang menetap di homestay tersebut. Homestay ini diberi nama Angsana Homestay. Dengan harga yang berpatutan, kami memang tersangat selesa tinggal di homestay ini. Anda semua boleh lawati http://angsanahomestays.blogspot.com/2013/03/selamat-datang-ke-angsana-homestay_13.html untuk keterangan lanjut mengenai homestay tersebut mahupun menempah homestay tersebut.

Cik Fazz and The Gang bertolak dari sini lepas waktu kerja pada hari Jumaat yang mulia. Perjalanan ke Melaka mengambil masa 2 jam lebih ditambah pula dengan jammed di highway. Kami tiba di Melaka pada jam 10.00 malam. Kemudian kami makan malam di Restoran Asam Pedas Claypot. Di restoran ini Cik Fazz and The Gang menikmati AsamPedas yang dihidangkan di dalam claypot. Boleh tahan rasa asam pedas kat restoran ni.

Setelah kenyang, Cik Fazz and The Gang meneruskan perjalanan ke Jonker Walk yang terletak tak jauh dari tempat kami menjamu selera tadi. Pada pengetahuan Cik Fazz, Jonker Walk ni merupakan syurga bagi pengumpul barangan antik. Barangan antik di Jonker Walk ini ada yang ditemui seawal 300 tahun serta boleh didapati dalam pelbagai koleksi yang menarik dan mempunyai sejarah yang tersendiri dan juga misteri. Selepas kami berjalan-jalan di Jonker Walk, kami terus pulang ke homestay untuk berehat dan tidak sabar untuk meneruskan pengembaraan kami pada keesokan harinya.

Hari kedua, Cik Fazz and The Gang keluar rumah agak lambat. Kami keluar waktu makan tengahari terus kerana kami ingin makan di Jeti Merlimau. Di situ terdapat sebuah kedai makan kecil yang beroperasi untuk para nelayan di jeti tersebut. Di kedai ini, ownernya ada menjual Asam Pedas Ori yang memang kita tak jumpa ditempat lain. Asam pedas di sini memang sedap sehingga menjilat pinggan la habaq hang… hehehe Di sini juga, harga asam pedas yang paling murah Cik Fazz and The Gang pernah jumpa. Bayangkan harga seketul ikan pari asam pedas, Cik Fazz hanya perlu membayar RM3.00 sahaja.. Terlampau murah bagi Cik Fazz and The Gang. Memang tak kan jumpa kat tempat lain lah.

Setelah Cik Fazz and The Gang kekenyangan, kami meneruskan perjalan ke Perigi Portugis terletak berhampiran Makam Tun Teja di Kampung Pengkalan Samak. Lokasi Perigi Portugis hanya 5 minit memandu dari pekan Merlimau. Menurut sejarah, perigi ini digali oleh tentera Portugis ketika pemerintahan Portugis di Melaka selama 130 tahun. Sultan Mahmud Syah melarikan diri ke Johor selepas kejatuhan Dinasti Melaka. Baginda sering menyerang Portugis supaya mendapatkan semula Melaka. Askar-askar telah ditempatkan di sana untuk melindungi Merlimau dari serangan musuh. Itulah serba sedikit mengenai Perigi Portugis.

Seterusnya, Cik Fazz and The Gang menuju ke destinasi seterusnya iaitu Menara Taming Sari. Tiket masuk berharga RM10.00 untuk pelancong tempatan dan RM20.00 untuk pelancong asing. Harga yang agak berpatutan pada pandangan Cik Fazz and The Gang. Dari ketinggian 80 meter, menara ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Antara tempat-tempat Warisan Dunia UNESCO yang kelihatan dari jauh adalah seperti Kemerdekaan Memorial Building, Muzium Samudra dan kapal Flor De La Mar, Dataran Pahlawan, Masjid Pulau Selat, Pulau Besar dan Selat Melaka. Selain itu, kita juga akan melihat pembangunan yang pesat di negeri Melaka ini.

Setelah puas melihat segenap pelusuk kawasan Melaka yang dapat dilihat dari ketinggian 80 meter, Cik Fazz and The Gang menuju ke muzium-muzium yang berada di sekitar Menara Taming Sari seperti Muzium Samudra dan beberapa lagi muzium yang Cik Fazz lupa namanya. Harga-harga tiket untuk memasuki muzium-muzium tersangatlah murah dan berbaloi. Memang puaslah Cik Fazz and  The Gang keluar masuk muzium satu hari ni.

Setelah puas Cik Fazz and The Gang berjoli di dalam semua muzium yang berdekatan, kami menuju ke salah satu bazaar menjual barangan cenderahati dan makanan. Di situ Cik Fazz and The Gang terus rambang mata kerana terdapat banyak barangan yang murah-murah serta menarik. Setelah puas berbelanja, kami meneruskan pengembaraan untuk mencari Coconut Shake Ori yang sangat popular di Melaka iaitu Coconut Shake Pantai Klebang!!! Memang tak boleh disangkal lagi, coconut shake di sini memang sangat sedap… Rasa macam nak beli dengan taukenya sekali. Nampak tak propa disitu…?? Hehehe

Program seterusnya adalah menaiki Melaka River Cruise yang menyelusuri sepanjang sungai Melaka. Harga untuk menaiki bot ini adalah RM10.00 untuk warga Malaysia dan RM15.00 untuk pelancong asing. Suasana malam adalah masa paling bagus untuk menikmati perlayaran selama kira-kira 45 minit ini. Bot ini akan menyelusuri sungai yang dibentengi dengan bangunan-bangunan yang menarik untuk dihayati. Setelah penat seharian berjalan tanpa henti, pada malam ini kami pulang awal untuk berehat. Esok merupakan hari terakhir di Melaka, dan kami akan melawat beberapa tempat lagi sebelum balik ke Selangor.

Hari terakhir Cik Fazz and The Gang di Melaka, kami melawati Taman Buaya dan menaiki kereta lembu. Harga tiket untuk masuk ke dalam zoo Melaka dan Taman Buaya adalah sebanyak RM 15.00. Manakala menaiki kereta lembu sebanyak RM15 juga. Memang sangat mencabar semasa menaiki kereta lembu tersebut. Rasa macam nak roboh je tempat membawa penumpang itu. Tapi bagi kami, Cik Fazz and The Gang tiada yang mustahil untuk dicuba dan memang tidak rugi untuk mencuba kerana benda ini sangat menarik untuk dicuba.

Sampai di sini sajalah destinasi bajet Cik Fazz and The Gang di negeri Melaka yang bersejarah. Berbanggalah kita dengan sejarah Negara kita ini. Jika tiada sejarah masa lalu, kita tidak mungkin akan menjadi hebat seperti sekarang. Sekian, semoga jumpa lagi pada destinasi bajet yang lain. Adios…


Antara gambar-gambar yang sempat dirakam…












Unplanned holiday di Bukit Tinggi Pahang merupakan percutian last minit yang memang tidak terlintas diminda Cik Fazz and The Gang. Plan asal adalah untuk melawat Zoo Negara. Disebabkan terkejut mendengar harga tiket Zoo Negara yang agak mahal dan lari bajet, kami telah menukar plan disaat-saat akhir. Maka, akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi menenangkan fikiran di pusat peranginan Bukit Tinggi Berjaya Hills Pahang

Jarak perjalanan ke Bukit Tinggi yang sepatutnya mengambil masa dalam 45 minit sahaja untuk sampai ke sana, bertambah menjadi sejam lebih.  Hal ini kerana, kami sudah terlajak memasuki lorong untuk ke Bukit Tinggi. Perkara ini terjadi kerana kami keliru dengan signboard yang menunjukkan kawasan Bukit Tinggi tersebut. Sebab,  signboard kat situ memaparkan Bejaya Resort dan bukannya Bukit Tinggi. Tak haru kami dibuatnya.. sudah la Cik Fazz ni tak pernah pergi Bukit Tinggi tu… manalah tahu memang signboard untuk ke Bukit Tinggi adalah Berjaya Resort… So kawan-kawan, kalau nak ke Bukit Tinggi, anda semua kena cari signboard Berjaya Resort ya… Jangan jadi macam Cik Fazz pulak, terlajak sampai ke bandar Pahang…

Ok, setelah mengharungi keadaan jalan yang agak mencabar, akhirnya kami semua sampai ke tempat yang dituju…. Dengan membayar RM12.00 seorang, dan memakirkan kereta dibangunan yang disediakan, kami memulakan pengembaraan kami di dalam kawasan percutian hebat ini…

Destinati pertama yang kami lawati adalah, bangunan Colmar Tropical. Tempat istirehat bertemakan keunikan gaya Perancis ini berkeluasan di atas 80 ekar hutan hujan tropika yang menghijau. Cik Fazz memang teringin nak datang ke sini sebab Cik Fazz kagum dengan ciri reka bentuk hotel berinspirasikan Colmar Village di Alsace, Perancis pada abad ke-16. Jauh tu kalau nak pergi Perancis oi…. Bangunan ini memang copy&paste reka bentuk bangunan dekat  Negara Eropah sana tu. Kami berpeluang menikmati pelbagai kemudahan unik yang disediakan, antaranya termasuklah jambatan jongket, replika angsa, dan menara jam cuckoo mirip Menara Riquewhir di Perancis. Di halaman resort pula, turut disediakan dengan ruang makan untuk menjamu selera dengan kepelbagaian himpunan sajian antarabangsa. Pada sesiapa yang gemar mencuba makan luar negara, boleh la mencuba di sini tanpa perlu pergi ke luar Negara. Colmar Tropicale Berjaya Hills merupakan penginapan sempurna bagi sesiapa yang mencari suasana yang berlainan dengan penginapan yang selesa dan kemudahan yang menakjubkan. First class gitu…

Destinasi kedua kami pula adalah Taman Bunga. Kalau tak silap Cik Fazz, nama taman itu adalah Botanical Gardens kot. Menjejakkan kaki di taman ini, mata Cik Fazz and The Gang dihamparkan dengan pemandangan yang sangat cantik dengan bertemakan suasana taman bunga di dalam hutan. Cik Fazz sendiri pun tak larat nak melawat seluruh kawasan. Kerana kawasan ini sungguh luas dan perlu melalui jalan khas yang disediakan. Oleh kerana Cik Fazz tak ada stamina, memang tak larat la nak menuruni bukit. Sudah la kena turun bukit, nak naik a.k.a mendaki bukit lagi la Cik Fazz tak larat… hehehe Pada sesiapa yang gemar akan bunga-bungaan, boleh la melawat ke taman bunga ini. Memang mempesona bunga-bunga yang ditanam di sini… sungguh unik..

Seterusnya, Cik Fazz and The Gang meneruskan lawatan kami ke Japanese Village yang terletak berhadapan Botanical Gardens. Di dalam perkampungan ini, kita akan dapat melihat rumah-rumah Jepun yang unik, sungai yang cantik serta beberapa suasana seperti yang digambarkan di negara Jepun itu sendiri. Di dalam salah sebuah rumah Jepun tersebut, terdapat juga khidmat menyewa pakaian Jepun iaitu Kimono yang boleh disewa dengan harga RM20.00 kalau tak silap Cik Fazz. Turut dijual adalah teh hijau Jepun pada harga RM15.00. Suasana di Japanese Village ni buat Cik Fazz rasa macam nak tinggal terus je dekat situ… hehehe Suasana yang sangat nyaman dan mendamaikan kalbu Cik Fazz tao… terbaiklah!!!

Cukuplah sekadar sampai di sini saja la cerita Cik Fazz. Kita jumpa lain cerita lagi ye kengkawan…

Gambar untuk tatapan rakan-rakan....

















Jika hari tu latihan BLESS di Kelantan, kali ini latihan BLESS di Pahang Darul Makmur pula... Perjalanan ke pahang sama juga seperti perjalan nak ke Kelantan. Masih lagi mengajar agensi PDRM.. Cuma lokasi sahaja yang berbeza.

Cuma, saya nak cerita sedikit mengenai kuantan. Orang-orang kuantan, jangan marah ye jika ada yang membaca... Hehehe minta maaf awal-awal... Sepanjang kami berada di kuantan, tempat-tempat yang sempat kami lawati memang best. Akan tetapi, yang kurang best bagi Cik Fazz adalah mall-mall mereka... Terdapat beberapa mall yang kami pergi ada yang tutup awal, ada yang tak berapa nak ramai orang.. Almaklumla, dekat KL ni kebiasaannya tutup operasi jam 10 malam.. Sekali sampai dekat kuantan, kol 7 pm pun dah tutup operasi. Tak ke pelik Cik Fazz dibuatnya...

Selain itu, Cik Fazz nak berkongsi mengenai satu tempat yang kami kunjungi. Iaitu, Pantai Batu Hitam. Memang pantai ni Cik Fazz teringin nak pergi selain Teluk Chempedak dan Cherating.. Dah namanya pantai batu hitam kan, jadi Cik Fazz yang agak coriuos ni, sememangnya teringin sangat nak tengok betul ke batu-batuan di pantai itu hitam. Rupanya, memang batu-batu kat pantai tu memang hitam. Tak tipu...

Setelah berpuas hati mengenai kesahihan batuan di Pantai Batu Hitam, kami pergi melihat keindahan pasar malam di Teluk Chempedak pula. Terdapat satu kawasan nak kata pasar malam tak jugak, nak kata bazaar pun tak jugak. Tak tahu nak panggil apa, dia macam bazaar. Di sini, peniaga menjual pelbagai barangan. Ada baju, cenderahati, makanan dan sebagainya. Kat bazaar ni, kami tak dapat berlama-lama, kerana kebetulan hari pun hujan. Jadi kami beransur pulang ke hotel.

Kesimpulannya, banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Pahang ni...

Disertakan gambar untuk tatapan pembaca.




salah satu mall yang lengang


kedai cenderamata di Teluk Cempedak


Bazar malam di Teluk Chempedak


Tebing Kuantan


Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam

Cik Fazz memang dah lama tak menjejakkan kaki di negeri cik siti wan kembang. Ada la jugak dekat 10 tahun. Kebetulan tempat Cik Fazz bekerja menghantar kami untuk membuat training kat Kelantan. So, apa lagi… bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal…

Ok, kami bagi training bukan lama pun, adalah dalam 3 hari sahaja. Tapi perjalan pergi balik seminggu jugak la… hehehe Jadi, kami pun apa lagi, sambil menyelam minum air…

Selesai mengajar anak-anak murid PDRM, kami dibawa ke negara jiran a.k.a Thailand. Kami dibawa ke Takbai melalui jalan air. Disebabkan kami mengajar PDRM, maka dengan berbesar hati, mereka membawa kami ke seberang menaiki bot polis marin. Hebat sungguh. Yang lagi hebat, kami pergi seberang tanpa membawa passport!! Percaya tak…??

Sampai saja di seberang, kami memulakan pencarian… mencari barang-barang murah di sempadan.. memang murah sungguh barang-barang di sini. Situasi di takbai tidak semeriah di Pengkalan Kubor. Tapi boleh la dari tak ada langsung kann..

Setelah shopping sakan di Takbai, sekarang giliran kami shopping sakan dekat Pasar Siti Khadijah pula. Macam-macam yang kami beli, dari kain batik Kelantan sehinggalah ke keropok lekor Kelantan. Sampai penuh tangan nak bawak semua barang.. hehehe

Hari terakhir kami di Kelantan memang agak memeningkan. Hal ini kerana, barang yang kami semua shopping terlampau banyak. Sampai penumpang belakang duduk berhimpit-himpit dengan barang-barang shopping kami. Cik Fazz nak tengok cermin pandang belakang pun agak terhalang. Banyak sangat barang... Sangat merbahaya!!



Disertakan gambar untuk tatapan anda semua.... ^_^



menaiki bot pancung dari Polis Marin



hasil borong di Takbai



hasil memborong di Kelantan



pegawai IPD Terengganu

pegawai IPD Terengganu


office mates