4 – 6 May 2018

            Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera rakan2 sekalian. Entry kali ini Cik Fazz nak share trip Cik Fazz dengan geng baru ke Pulau Redang. Sebelum ni Cik Fazz pernah datang ke Redang pada tahun 2010 kalau tak silap. Itu pun sebab join program JPAM.  Alhamdulillah tahun 2018 ni masih diberi rezeki untuk datang ke sini lagi.

            Kali ni Cik Fazz ambil pakej 3 hari 2 malam dengan Cik Ija, ejen bagi Redang Lagoon kalau tak silap. Kebetulan ada promo, dapat la per pax RM318 include GST. Ya, kami stay dekat Redang Lagoon. Dan Cik Fazz rasa dalam banyak2 resort, resort ni jugak yang paling berkenan pada pandangan mata Cik Fazz. Resort ini juga merupakan salah 1 resort yang Muslim friendly. 

            Pada pandangan Cik Fazz, harga pakej tersebut memang berbaloi dengan aktiviti yang diadakan, 3x snorkelling, 2x sarapan, 2x lunch, 2x minum petang, 1x dinner dan 1x BBQ. Makanan yang disediakan pun sedap dan boleh diterima kat tekak. Paling Cik Fazz teringat adalah cucur sayur dia. Pergh!! Dia punya sedap tuh, hingga menjilat pasir di jari kaki lah hahaha

            Dia punya snorkelling pulak, terbaik!!! Jenis terbaik dia jenis yang level boleh sampai ke langit ke tujuh la I told you. Air laut dia dah la crystal clear, ikan pulak besar2 dan banyak yang tak pernah jumpa. Siap kena gigit la dengan ikan besar tu. Jumpa juga Finding Nemo, tapi tak sempat nak snap gambar. Dia punya best tu sampai tak boleh nak gambarkan lah. Ni nak cerita kat dalam entry ni pun rasa macam tak tahu nak tulis apa hahaha So mohon tengok je la gambar2 yang terpilih untuk masuk dalam blog eh. Selamat menjamu mata ^_^













 

























17th March 2018

          Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kengkawan sekalian. Entry kali ni Cik Fazz nak shared pasal activity yang Cik Fazz dan geng Royal Belum buat. On this day kami telah membuat activity rafting di Kuala Kubu Bharu. Kami pergi berlapan. 4 orang jejaka dan 4 orang gegadis.

          Kami berkumpul di restoran Fazlina Maju untuk sarapan pagi sambil menunggu sahabat kami yang daripada Perak sebelum kami pergi ke checkpoint. Kami amat berharap trip kami tidak ditukarkan ke slim kerana ketiadaan air di empangan. Alhamdulillah kami tidak perlu berubah tempat.
         
          Hampir menjejaki jam 10.00 am, sahabat kami tiba dan kami bergegas ke checkpoint kerana takut air sungai kering jika tiba lewat. Sampai je kami di checkpoint, kami telah mendaftar dan diberi sedikit taklimat berkenaan cara2 untuk mengemudi kayak. Kerana kebanyakan daripada kami tidak pernah rafting.

          Kami memulakan perjalanan dengan berdebar2 kerana apa saja command yang diberikan semasa taklimat tadi seperti tidak melekat di dalam kepala kami. Gementar punya pasal sampai tak lekat ilmu di kepala. Masing2 mulalah berfikir, adakah keputusan untuk rafting ini adalah yang terbaik? Adakah selamat keadaan di dalam air nanti? Lemas ke tak nanti kalau terjatuh? Bermacam2 persoalan yang berlegar2 dalam kepala ni.

          Setelah hampir 3 jam meredah derasan air sungai, kami akhirnya berjaya sampai ke checkpoint akhir. Tak mahu cerita panjang, Cik Fazz hidang gambar semasa kejadian sebagai bukti salah satu aktivit yang Cik Fazz teringin sangat nak buat telah accomplish!!!

          Untuk aktiviti ini, recommended by Cik Fazz. Why??? Sebab aktiviti ini sangat mencabar keyakinan diri dan kekuatan mental dan fizikal. It's all about balancing. Paling tidak pun, anda perlu mencuba sekali seumur hidup. Lepas ni Cik Fazz nak try skydiving mahupun parasailing dari atas bukit pulak. Jeng jeng jeng!!! Bakal menyusul…. hahaha