4 – 6 May 2018

            Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera rakan2 sekalian. Entry kali ini Cik Fazz nak share trip Cik Fazz dengan geng baru ke Pulau Redang. Sebelum ni Cik Fazz pernah datang ke Redang pada tahun 2010 kalau tak silap. Itu pun sebab join program JPAM.  Alhamdulillah tahun 2018 ni masih diberi rezeki untuk datang ke sini lagi.

            Kali ni Cik Fazz ambil pakej 3 hari 2 malam dengan Cik Ija, ejen bagi Redang Lagoon kalau tak silap. Kebetulan ada promo, dapat la per pax RM318 include GST. Ya, kami stay dekat Redang Lagoon. Dan Cik Fazz rasa dalam banyak2 resort, resort ni jugak yang paling berkenan pada pandangan mata Cik Fazz. Resort ini juga merupakan salah 1 resort yang Muslim friendly. 

            Pada pandangan Cik Fazz, harga pakej tersebut memang berbaloi dengan aktiviti yang diadakan, 3x snorkelling, 2x sarapan, 2x lunch, 2x minum petang, 1x dinner dan 1x BBQ. Makanan yang disediakan pun sedap dan boleh diterima kat tekak. Paling Cik Fazz teringat adalah cucur sayur dia. Pergh!! Dia punya sedap tuh, hingga menjilat pasir di jari kaki lah hahaha

            Dia punya snorkelling pulak, terbaik!!! Jenis terbaik dia jenis yang level boleh sampai ke langit ke tujuh la I told you. Air laut dia dah la crystal clear, ikan pulak besar2 dan banyak yang tak pernah jumpa. Siap kena gigit la dengan ikan besar tu. Jumpa juga Finding Nemo, tapi tak sempat nak snap gambar. Dia punya best tu sampai tak boleh nak gambarkan lah. Ni nak cerita kat dalam entry ni pun rasa macam tak tahu nak tulis apa hahaha So mohon tengok je la gambar2 yang terpilih untuk masuk dalam blog eh. Selamat menjamu mata ^_^













 
























0 comments: