Lihatlah pada redup renungan yang berkaca itu, terkolam riak sesal dan kecewa. 

Dialah yang semalam ditewaskan oleh bayangan dunia yang fana. 

Tergetis dalam keasyikan dosa lalu yang dia sendiri cipta.

Perjalanan hidup terpaksa jua disukai biarpun penuh dengan onak yang melukai diri sendiri.

Dalam remang nan senja kau mencari seorang kekasih yang telah menghilangkan diri.

Dialah kekasih yang semalam menabur janji manis sehingga membuatmu dibuai dalam kesamaran mimpi indah.

Lupakanlah dia, seorang kekasih pendusta yang setia dan kembalilah kepada hidup yang lebih bermakna.

Mengapa mudahnya kau membayar harga sekuntum cinta yang sedang mekar mewangi.

Mekarnya yang sering merona tubir sukma hatimu.

Walaupun kau hanya tercium sedikit harumannya.

Leraikanlah gelora lepas di lautan rasa.

Nyalakanlah asmara yang telah sirna.

Masih ada sinar yang sudi menyuluh hidupmu ke jalan bahagia.

Maka, rayulah cintanya, cinta yang kekakl abadi buat selama-lamanya.



Cita-citaku: inginmenjadiahlisyurgaAllahinsyaAllah




SAHABATKU, KULAYARKAN SEMUA RASA KERINDUANKU DI LAUTAN MEMORI SILAM KITA. DAKU SERING MENGIMBAU KENANGAN INDAH KITA YANG SUNGGUH MENYENTUH EMOSI. MASIH TERASA SEGAR DI INGATAN SAAT MESRA KITA BERPUTIK. HADIRMU MEMBAWA SINARAN CAHAYA INSPIRASI TERHADAP DIRIKU INI.

SAHABATKU, KAU SESUNGGUHNYA TEMANKU DI KALA SUKA DAN LARA. TEMANKU TIKA KU BUNTU DISELUBUNGI SENDU. KAU DATANG MENIUPKAN KETABAHAN DIRIKU UNTUK SENANTIASA MENGUKIR SENYUMAN DI HADAPAN ORANG RAMAI. SAHABATKU, HADIRMU BAGAIKAN EMBUN YANG HILANG PABILA DITERBIT FAJAR. KAU PERGI JAUH DEMI MENGEJAR CITAMU DALAM MENGGAPAI REDHA YANG MAHA ESA.

DUHAI SAHABATKU, KAU DENGARKANLAH BUTIR BICARA HATI INI KU DITUJUKAN KHAS BUATMU. MESKIPUN JARAK MEMISAHKAN KITA, NAMUN TIADA NOKTAH KASIH ANTARA KITA SEMUA. BIARLAH WAKTU MENENTUKAN SEMUA NILAI UKHWAH YANG PERNAH TERJALIN SESAMA KITA SEJAK DULU LAGI. SAHABATKU, TERUSAKANLAH PERJUANGANMU HINGGA KETITISAN DARAH YANG TERAKHIR.

DAN AKU, MASIH TETAP SETIA DI SINI MENUNGGUMU PULANG. DAN AKAN KU TERUS MENDAKI PUNCAK TERTINGGI HIDUPKU DI DUNIA ALLAH INI. DAN AKU JUGA AKAN TERUS MENANTI SAAT YANG MANIS YANG MANA KU PASTI SUATU MASA NANTI AKAN BERULANG KEMBALI DI DALAM PERSAHABATAN KITA INI WAHAI SAHABATKU.



Cita-citaku: inginmenjadiahlisyurgaAllahinsyaAllah

Wahai Sahabatku, Dalam Mencari Erti Kehidupan Manusia Harus Menempuhi Setiap Dugaan Dan Cabaran Yang Datang Daripada Allah SWT. Matlamat Hidup Ini Tidakkan Tercapai Selagi Perintah Tuhan Terabai.

Telahku Lupakan Kewajibanku Kepada Allah,
 Sertaku Ingkar Akan LaranganMU Terhadap Diri Ini. Diriku Sering Bergelumang Dengan Penyesalan. Aku Hambamu Yang Terlalu Berdosa PadaMU Ya Allah.

Oh Tuhan,  Ampuni Segala Dosaku Serta Bimbinglah Daku Dalam Mencari Redhamu Yang Satu. Serta Berikan Ku Secebis Cahayamu Untuk Menerangi Jalan Pulangku Ynag Begitu kelam.

Terseksanya Jiwaku Ini Tikaku Berjauhan Dari Rahmatmu. Betapa Lemahnya Diri Ini Di Hadapanmu Ya Allah. Tundukku Rebah Hingga Menyembah Ke Bumi Sehinggaku Tak Mampu Berdiri Lagi.


Oh Tuhanku, Tenangkanlah Hatiku Yang Penuh Dengan Kegelisahan. Damaikanlah Resah Yang Sering Menyelubungi Hidupku Ini. Agar Diriku Berdiri Kembali Untuk Mencintaimu. Ku Mohon Padamu Ya Illahi...
                                             
 
                                                          



Cita-citaku: inginmenjadiahlisyurgaAllahinsyaAllah
                             



Kian Lama Diri Ini Terpenjara Dalam Mencari Makna Cinta Yang Tersembunyi Di Dalam Diriku. Makna Cinta Yang Di Dalamnya Hanya Berungkapkan Kata Dan Bersulamkan Dusta Semata.


Bila Gerbang Rahmat Allah Terbuka Luas Di Hadapanku, Maka Menjelmalah Cinta Suci Yang Tulus Daripada Allah. Sesungguhnya, Sungguh Halus Dan Teramat Halus Hidayah Allah Ini Seperti Selembutnya Sutera Kasih Kurniaan Allah.


Lalu, Terbentanglah Dan Tersingkaplah Kebenaran Masa Hadapan. Maka, Terlerailah Dan Terbenamlah Segala Kepalsuan Masa Lalu Yang Diselubungi Awan Hitam Yang Gelap. Tuhan, Hanya PadaMU Ada Kedamaian Yang Ku Cari Selama Ini.


DiribaanMU Kutemui Kebahagiaan Yang Hakiki. Langsung Sekelumit Tiada Lagi Rasa Kesangsian Di Hati Ini. CintaMU Sesungguhnya Cinta Yang Sungguh Tulus Suci Dan Teramat Murni Bagi Diriku. Aku Mengaku Bahawasanya, KasihMU Kasih Nan Abadi Lagi Hakiki.


Aku Memohon KepadaMU Ya Allah Semoga Bertautlah Dan Bercambahlah Cinta Di Hati Ini Hanya Untuk MU. Semoga Cinta Untuk MU Ini Mengharum Dan Mekar Mewangi Di Dalam Jiwa. Sehingga Menemukan Kerinduan Syahdu Yang Teramat Di Dalam Jagaku Mahu Pun Dalam Lenaku. Hanya Pada Yang Maha Esa KuPohon Keampunan Dosa Masa Silamku Yang Selalu Membelenggu Diri Ini.


Sutera Kasih Membelai Hati Dan Jiwa Ku. Hangat Membalut Kelukaan Itu, Yang Suatu Masa Dahulu Pernah Menjadi Masa Silamku. Cinta Sutera Kasih Allah Itu Melambai Dan Menyeru Diriku Untuk Mengisi Kekosongan Pengharapan Kepada Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.


Ku Rela Pasrahkan Dan Redha Akan Kehidupan Yang Ku Lalui Dalam Mengharungi Cabaran Dan Semua Rintangan Perjalanan Di Hadapanku Yang Beronak Liku. Daku Berharap, Doa Dan Titis Air Mataku Ini Mampu Mendamba Sutera Kasih Allah Agar Terus Bersemi Di Dalam Hati Ini Selamanya.



Cita-citaku: inginmenjadiahlisyurgaAllahinsyaAllah