TENTANG ANAK

Seorang anak yang berbakti dengan ihklas dan menggembirakan hati keluarganya, maka Allah SWT akan menggembirakan hati dia juga walaupun dia sering ditimpa musibah mahupun kesusahan sepanjang hidupnya. 


Seorang anak yang terpisah dengan keluarganya akan sentiasa mendoakan seluruh keluarganya supaya berada dibawah naungan Allah SWT. Walaupun anak itu tidak mendapat kasih sayang yang sempurna dari ibu bapanya, tetapi jika dia yakin dengan Allah SWT dengan sepenuh hatinya insyaAllah Allah SWT akan menurunkan RAHAMAT yang berpanjangan kepadanya.


Tidak kira anak halal mahupun anak yang tiada berbapa, jika kita redha dan dan menerima ketentuan TAKDIR Allah ini dengan BERIMAN, TENANG dan POSITIF, insyaallah hidup kita akan sentiasa berada di bawah naungan Allah Yang Esa. Allah itu Maha Besar, Maha Pengampun Dan Maha Kuasa.


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


TENTANG JODOH


Jangan ditanya kenapa dia lambat mempunyai pasangan, kerana jodoh itu RAHSIA Allah.

Jangan ditanya kenapa dia bernikah dengan janda/duda, kerana itu sudah KETENTUAN dia.

Jangan ditanya kenapa dia sanggup bermadu, ini kerana sudah TAKDIR dia.

Jangan ditanya kenapa dia bercerai, itu sudah SURATAN hidup dia begitu.

Jangan sesekali kita mempersoal segala KERJA Allah SWT


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


TENTANG REZEKI


Kita selalu menganggap bahawa KEJAYAAN, PEKERJAAN, KEMEWAHAN dan KEDAMAIAN yang kita dapat adalah di atas usaha kita sendiri. Tapi kita lupa bahawasanya semua itu DATANGnya daripada Allah SWT Yang Maha Kaya. Segala perkara yang datang dalam hidup kita mempunyai sebab-sebab tertentu diturunkan dan didatangkan secara langsung kepada kita.


Contohnya; kita telah mendapat pekerjaan yang baik, tapi dalam pada masa yang sama ibu kita sakit di kampung. Apakah yang akan kita lakukan? Ada sesetengah orang akan menerima pekerjaan itu dan tidak menghiraukan ibu yang sakit. Ada sesetangah mereka akan menolak perkerjaan itu dan sedia berbakti kepada ibu mereka yang sakit. Dan ada jua yang mampu membuat kedua-dua perkara dalam satu masa yang sama. Allah SWT telah meminjamkan sedikit harta DIA kepada kita hambaNYA yang hina ini iaitu sedikit sifat RAHMAN, RAHIM dan BELAS KASIHAN.  Terpulang kepada kita bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa. Jadi fikir-fikirkanlah apa yang ada dalam QALBU kita ini.


Setiap perkara yang berlaku sentiasa mempunyai hikmah yang tersendiri. Allah SWT telah memberi DUA JALAN sebagai ikutan kepada umat DIA. Iaitu JALAN KEBAIKAN dan JALAN KEBURUKAN. Pilihan berada ditangan kita sendiri. Kita yang mencorakkan kehidupan kita sendiri. Ingin memandu hidup ke lorong dan lohong yang mana satu? Kebaikan atau keburukan? Adakah kita telah membuat pilihan yang terbaik dalam hidup kita?? Marilah kita sama-sama renungkan segala apa yang telah kita buat sepanjang kehidupan kita di muka bumi Allah ini…





Cita-citaku: inginmenjadiahlisyurgaAllahinsyaAllah



                                             


Sempena di bulan puasa ini, saya ingin berkongsi apa yang telah pihak YAHUDI buat kepada kita umat islam di dunia inni. Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut Nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang Nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita adalah:

1.    Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Hendak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Oleh itu, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Maka makanlah kita akan toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2.     Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3.     Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ini hendak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4.     Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5.    Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke itu sangatlah beracun, selain itu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6.      Untuk pengetahuan, para kafir agen Dajjal ini jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya terdapat hormon estrogen yang sama dengan estrogen  pada wanita. Selain itu, soya juga terdapat phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI sahabat!!


            

Adakah kita tergolong dalam kategori orang yang berakal…?? Fikir-fikirkanlah sendiri...
Dibawah merupakan sedikit cerita mengenai orang yang berakal.
Marilah kita sama-sama menghayati cerita/kata-kata mengenai orang yang berakal ini…


·        Orang yang berakal itu selalu bertelingkah dengan dirinya. Andai mahu melakukan kejahatan ia akan merugikan dan membahayakan diri sendiri. Andai mahu berbuat baik, nescaya itu akan menguntungkan dan membahagiakannya.

·        Orang yang berakal tidak akan berduka lantaran cita-cita tidak kesampaian atau diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang berlaku diterima dengan tenang dan tabah. Jika rugi dia tidaklah cemas, jika untung dia tidak berbangga. Kerana cemas meringankan hikmah dan bangga menghilangkan timbangan.

·        Orang berakal sentiasa berdampingan dengan orang yang berakal kerana dengan berbuat demikian akan melemahkan dirinya. Keengganan untuk bersama akan dapat membandingkan kelemahan dan kelebihan diri. Perasaan benci dapat menutupi mata dari melihat segala kebaikan. Yang kelihatan hanya cacat dan buruk sahaja. Sebab itulah perasaan jangan mengalahkan akal.

·        Orang yang berakal merindui tiga perkara: menyediakan untuk pulang, menjadi kelazatan buat jiwa dan menyelidiki erti hidup.

·        Orang yang berakal insaf bahawa di antara akal dan nafsu, atau di antara fikiran dan hawa nafsu tidak ada persefahaman. Kehendak nafsu biasanya manis dipangkal dan hambar di hujung, manakala kehendak akal pahit tetapi manis akhirnya.

·        Orang yang berakal tidak akan berduka kerana kedukaan tiada faedahnya. Duka sering kali mengaburi akal. Orang yang berakal tidak akan bersedih kerana tidak dapat memperbaiki keterlanjuran. Dan banyak bersedih akan mengurangi akal.

·        Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, menyediakan payung sebelum hujan. Andainya dia tetap ditimpa hujan atau menghidap penyakit, sedangkan persediaan awal telah dibuat, dia tetap tidak akan menyesali apa yang berlaku. Sebaliknya sabar dan redha serta berusaha untuk mengatasi masalah itu.


                          


Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai.

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang telah ditetapkan oleh oleh-Mu kepadaku,
maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang kau berikan kepadaku.





                                                                                                 ~Inspirasi daripada Aminah Qutb~

Rasa resah dan gelisah selalu menghimpit diri?
Selalu berada dalam dilema yang tidak berkesudahan?
Ketahuilah, sesungguhnya kita sedang menghidapi penyakit “Jiwa Gelisah”.
Kita selalu mengharapkan semua perasaan itu hilang tanpa membebankan akal fikiran kita.
Di bawah ini, saya selitkan sebuah kisah sejarah yang boleh menjadi “Antibiotik” kepada diri kita semua…


“Pada satu hari, seorang lelaki datang bertemu dengan sahabat Nabi SAW yang bernama Ibnu Mas’ud R.A untuk meminta nasihat.
Katanya, “Wahai Ibnu Mas’ud, berilah nasihat yang dapat kujadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku berasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; aku tidak berselera makan dan tidak nyenyak tidur.”

Maka Ibnu Mas’ud menasihatinya: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu ke tiga tempat; ke tempat orang yang membaca al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Engkau juga boleh pergi ke majlis-majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, atau engkau cari masa serta tempat yang sunyi dan engkau berkhalwat menyembah Allah. Contohnya seperti di tengah malam, di saat orang sedang nyenyak tidur, engkau bangun mengerjakan solat malam, memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurniaan hati. Seandainya jiwamu tidak terubat dengan cara ini, engkau minta kepada Allah agar diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi hatimu.”

Setelah pulang ke rumahnya, sahabat itu pun mengamalkan nasihat yang diberi kan Ibnu Mas’ud r.a itu. Dia mengambil wudhuk dan membaca al-Quran dengan khusyuk. Selepas itu dia merasai jiwanya aman dan tenteram, fikirannya tenang dan kegelisahannya hilang.”

Sudahkah kita ketahui “treatment” yang boleh digunakan untuk mengubati penyakit “Jiwa Gelisah” yang melanda diri kita semua…? Saya berharap kita semua akan sembuh segera dari penyakit yang tidak berkesudahan ini…
               
                 




Astaghfirullah al azim…
Ayat ini selalu membasahi bibir kita setiap hari. Tetapi tahukah kita semua, sebaris ayat ini mampu mengubah aura diri kita…?? Contohnya, ketika kita sedang dibelenggu perasaan marah, cuba kita beristighfar, insyaallah kita akan berasa tenteram dan kemarahan kita akan mula berkurangan. Ayat yang membawa maksud “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung” sangat-sangat membawa perubahan yang besar dalam diri kita andai kita sentiasa mengamalkannya tanpa rasa jemu. Di bawah ini terdapat sebuah cerita yang sudah acap kali kita dengari mengenai kelebihan beristighfar.

Seseorang pernah mengadu dia kelaparan kepada Hassan Al-Basri. Maka beliau berkata kepadanya, “Beristighfarlah kepada Allah!” Seorang lagi mengadu tentang kefakirannya, maka beliau juga berkata, “Beristighfarlah kepada Allah!”

Yang lain berkata kepadanya, “Berdoalah kepada Allah agar dia menganugerahkan aku seorang anak!” Maka Hassan Al-Basri berkata kepadanya, “Beristighfarlah kepada Allah!” Seorang lagi mengadu mengenai kegersangan kebunnya, maka respon beliau juga sama, “Beristighfarlah kepada Allah!”

Lalu Rabi’ Bin Sabih berkata kepada beliau, “Beberapa orang telah mendatangimu mengadukan pelbagai perkara, tetapi engkau hanya menyuruh mereka agar beristighfar?”

Hassan Al-Basri menjawab: “Apa yang aku ucapkan itu sedikit pun bukan dari diriku sendiri. Sebab Allah berfirman dalam Surah Nuh; Maka aku katakan kepada mereka: ”Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)

Seseorang bertanya kepada Hassan al-basri, ”Tidak malukah salah seorang daripada kita kepada Rabbnya, jika dia berbuat dosa kemudian beristighfar, lalu melakukan dosa lagi, lantas beristighfar, dan demikian seterusnya?”

Maka beliau berkata kepadanya, “Syaitan ingin supaya dia dapat mengalahkan kamu dalam masalah ini. Kerana itu jangan sekali-kali meninggalkan istighfar selama-lamanya!!!”


Dengan ini, marilah kita sama-sama beristihgfar memohon keampunan daripada Allah SWT: 
“Astagfirullah al ‘Azim, Ampunilah Dosa Kami Ya Allah... Tutupi Aib Kami… Betapa Selama Ini Kami Mudah Tergelincir Dalam Dosa Namun Tak Bersegera Memohon Ampun Kepada-Mu. Ameen…”

                                     

video
                                        


Entry aku pada kali ini adalah sekadar penambah perisa dalam blogku ini yang jarang-jarang sekali diusik semenjak bekerja ini. Di sini, aku hanya ingin berkongsi apa yang aku pernah baca di dalam sebuah novel ringkas karya saudari Fatimah Syarha. Penulis yang berbakat besar dalam bidang penulisan Islamik. Bait-bait kata peringatan dibawah ini adalah sekadar perkongsian daripada insan yang merasakan perlu untuk mengingatkan sesama saudara seIslam. Beliau telah memberi sedikit nasihat di dalam novel ringkas beliau yang bertajuk “Pemilik Cintaku” yang mana terdapat nasihat beliau yang sangat berbekas di hatiku sehingga kini.


“Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti tidak akan bahagia. Percayalah… Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya akan meluputkan berkat daripada hidupmu.

Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu menjadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Habis madu sepah dibuang merata-rata. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.

Jika kau seorang isteri, hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya. Cukuplah dengan apa yang dia mampu berikan dan jangan sesekali meminta diluar kemampuannya. Hatta, walaupun mereka mampu memberikan segala-galanya padamu. Jangan sesekali menunjukkan peribadimu yang cintakan dunia kepadanya. Ia tidak akan membahagiakan.

Jika kau seorang suami, tiada resepi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan meminpin seisi rumahmu ke arahnya. Semoga cintamu berkekalan sehingga ke  syurga.”



Inilah bait-bait kata yang aku akan jadikan pegangan bagi memilih pasangan hidup dalam era moden kini. Bukan mudah dan senang dalam mencari jodoh seperti situasi membeli ikan di pasar. Sedangkan jika kita ingin membeli ikan sekalipun, kita akan memilih yang segar dan tidak busuk, seperti juga dalam memilih pasangan hidup... Seperti berfirman Allah S.W.T, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
     
              






Kata ilmu dalam bahasa Arab ialah "ilm” yang bermaksud memahami, mengerti, atau mengetahui. Dalam erti kata lain, ilmu pengetahuan dapat ditafsirkan sebagai memahami suatu pengetahuan, dan ilmu sosial pula dapat ditakrifkan sebagai mengetahui masalah-masalah sosial, dan sebagainya.

Definisi ilmu bergantung pada cara kerja indera individu masing-masing dalam menyerap pengetahuan dan juga cara berfikir setiap individu dalam memproses pengetahuan yang diperolehnya. Selain itu juga, definisi ilmu biasanya berlandaskan aktiviti yang dilakukan oleh ilmu itu sendiri. Kita dapat melihat hal itu melalui cara yang digunakannya...



Sabda Rasulallah Saw
“Ilmu yang sedikit lebih baik berbanding ibadat yang banyak. Memadai kefahaman seseorang dengan mengabdikan diri kepada Allah. Dan cukuplah kejahilan bagi seseorang apabila dia mengagumi pendapatnya sendiri.”

Petikan Kata-Kata: Abdullah Bin Abbas
“Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.”

Abu Darda R.A
“Ilmu adalah pengertian dari hasil penilitian, jalan mencapai tujuan, makrifat untuk membuka tabir hakikat, landasan dalam perbuatan dan tindakan, daya fikir dalam mencapai kebenaran dan moto kehidupan yang disinari iman dalam melaksanakan amal bakti kepada Allah Ar Rahman.”

Imam Al Ghazali
“Ilmu itu berasal dari akal, sebagaimana buah-buahan yang berasal pokok, sinar dari matahari dan penglihatan dari mata.”

Mu’adz Bin Jabbal
“Ilmu pengetahuan adalah kawan di waktu sendirian, sahabat di waktu sunyi, petunjuk jalan kepada agama, pendorong ketabahan di saat dalam kekurangan dan kesukaran.”

Imam Syafii’
“Barang siapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidak bergunalah ilmunya.”

Kata-Kata Bijak Pandai
“Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya. Tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya.”

Kita mesti tanam dalam diri kita, bahawa setiap sesuatu yang diperintahkan, yang berlaku di dalam dunia ini mempunyai sebabnya perlu untuk kita renungi. Solat yang diperintahkan 5 waktu sehari semalam juga diperintahkan bersebab dan sebabnya adalah untuk kepentingan diri kita. Ya, untuk diri kita! Solat yang kita tunaikan 5 kali sehari  pada waktu-waktu tertentu kerana ada kaitan dengan fungsi alam pada diri kita. Adakah anda sedar alam kita ini sungguh cantik setiap kali berlaku peredaran waktu dari subuh sehinggalah isyak. Warna-warna yang berubah itu berlaku untuk kita ambil khasiatnya.
Solat subuh dilakukan setelah alam berubah kepada warna biru. Warna ini berkaitan dengan frekuensi warna tiroid dan penawar untuk komunikasi dan rezeki. Khasiat warna biru ialah tenaganya dapat diserap semasa ruh dan jasad bercantum semasa kita sedar. Jadi, manusia diperintahkan bangun untuk solat Subuh supaya kita dapat menyerap tenaga biru itu semasa kita rukuk dan sujud. Warna biru adalah satu rezeki yang cukup tinggi nilainya kepada manusia.
Seterusnya alam bertukar kepada warna hijau dan kita disunatkan menunaikan solat sunat Dhuha. Warna hijau sama dengan frekuensi warna paru-paru. Jadi, untuk mendapat paru-paru yang sihat dan berfungsi dengan baik,  amalkanlah solat sunat Dhuha selalu. 
Selepas itu, alam bertukar kepada warna kuning dan kita diperintahkan melakukan solat Zohor. Warna ini pula sama dengan frekuensi warna pada perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman manusia. Warna kuning juga adalah rahsia berkaitan dengan keceriaan. Makanya, pada sesiapa yang selalu melewatkan melakukan solat zohor berulang kali melakukannya akan menghadapi masalah pada perut dan akan hilang sifat cerianya dirinya.
Kemudian, alam bertukar kepada warna oren dan kita diperintahkan menunaikan solat Asar. Warna ini bersamaan dengan frekuensi sistem reproduktif manusia. Warna ini juga adalah rahsia sifat kreativiti. Amat malang bagi seseorang yang tidur pada waktu ini kerana roh dan jasad tidak bercantum untuk menyerap tenaga warna tersebut. Ini menyebabkan seseorang itu akan kurang daya kreativitinya dan menghadapi masalah pada sistem reproduktif. Menjadi masalah kepada mereka ini melangsungkan kemandirian spesies manusia.
Seterusnya  alam berubah ke warna merah,untuk pengetahuan semua warna merah bersamaan dengan warna IBLIS, JIN dan SYAITAN. Pada waktu ini, makhluk-makhluk ini suka keluar. Jadi, kita selalu dinasihatkan oleh orang tua supaya tidak keluar daripada rumah. Pada orang yang suka dan berulang kali keluar pada waktu ini, senang didekati oleh jin, iblis dan syaitan. Jikalau kita sedang mengembara ataupun sedang dalam perjalanan, dinasihatkan untuk berhenti bersolat Maghrib. Diharapkan selepas ini, semoga tidak lagi menjadikan kegemaran anda untuk  keluar shopping, meeting atau melepak di luar. Merah bersamaan dengan warna pada otot, saraf dan tulang. Ia juga rahsia untuk sifat keyakinan.
Dan seterusnya adalah warna indigo dan kita  diperintahkan untuk mengerjakan solat Isyak. Warna ini bersamaan dengan frekuensi sistem kawalan otak dan juga rahsia ketenteraman manusia. Jadi, sesiapa yang menjadi kebiasaan meninggalkan Isyak selalu berada dalam kegelisahan. Kemudian bertukar menjadi gelap dan islam mendidik umatnya agar tidur pada waktu ini, hal ini adalah kerana waktu ini adalah tidur delta kerana badan berada dalam kerehatan. 
Selepas itu, alam akan bertukar ke warna putihmerah jambu dan ungu iaitu berkaitan dengan pineal, talamus dan pituitary dan kita digalakkan untuk melakukan Qiamullail.



JANGAN SUKA MENDEDAH TUBUH
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


SETIA TERHADAP PASANGAN 
Jadilah seperti pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


KECANTIKAN DALAMAN
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.


JAGA KESUCIAN DALAM BERGAUL 
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.


SELALU BERTINDAK ADIL 
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji-bijinya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


SEMAKIN TUA SEMAKIN BIJAKSANA 
Jadilah seperti cili.
Semakin tua, semakin pedas.


JANGAN BERMUKA-MUKA 
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya. 


It's been said that God first separated the salt water from the fresh, made dry land, planted a garden, He made animals and fish... all before making a human. He made and provided what we'd need before we were born. These are best & more powerful when eaten raw.  We're such slow learners... God left us a great clue as to what foods help what part of our body!


ü  A sliced Carrot looks like the human eye. The pupil, iris and radiating lines look just like the human eye... and YES, science now shows carrots greatly enhance blood flow to and function of the eyes.


ü  A Tomato has four chambers and is red. The heart has four chambers and is red. All of the research shows tomatoes are loaded with Lycopene and are indeed pure heart and blood food.


ü  Grapes hang in a cluster that has the shape of the heart. Each grape looks like a blood cell and all of the research today shows grapes are also profound heart and blood vitalizing food.


ü  A Walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrums and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds on the nut are just like the neo-cortex. We now know walnuts help develop more than three (3) dozen neuron-transmitters for brain function.

ü  Kidney Beans actually heal and help maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.
                                               

ü  Celery, Bok Choy, Rhubarb and many more look just like bones. These foods specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these foods are 23% sodium. If you don't have enough sodium in your diet, the body pulls it from the bones, thus making them weak. These foods replenish the skeletal needs of the body.
                                            

ü  Avocadoes, Eggplant and Pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's research shows that when a woman eats one avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight, and prevents cervical cancers. And how profound is this?  It takes exactly nine (9) months to grow an avocado from blossom to ripened fruit. There are over 14,000 photolytic chemical constituents of nutrition in each one of these foods (modern science has only studied and named about 141 of them).

ü  Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the mobility of male sperm and increase the numbers of Sperm as well to overcome male sterility.
ü  Sweet Potatoes look like the pancreas and actually balance the Glycemic index of diabetics.

ü  Olives assist the health and function of the ovaries

ü  Oranges, Grapefruits, and other Citrus fruits look just like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.

ü  Onions look like the body's cells. Today's research shows onions help clear waste materials from all of the body cells. They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes. A working companion, Garlic, also helps eliminate waste materials and dangerous free radicals from the body.





Tuhan tolong lembutkan hati hamba
Untuk mencintaiMu seadanya
Kernaku tak sanggup
Kernaku tak mampu
Menghadapi sisa nerakaMu

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingatkanMu kala dukaku
Namun hanya kamu yang mampu membuka
Pintu hatiku untuk cintaMu

Allah... ampunkanlah hambaMu
Yang selalu dustakan janjiku
Agar kelak ku takkan disiksa
Kerna dosa-dosa masa lalu

Allah jatuh air mataku
Dan terus mengalir mengiring doaku
Allah yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta

Hanya mampu berdoa
Moga magfirah tiba nanti.



Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
 
Selawat salam pujian untukmu
 
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
 
Berkorban jiwa raga tuk agama
 
Janji taat setia selamanya…
Ya Mustofa Rasullallah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
 
Allahumma solli wassallim
ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
 
Berkorban jiwa raga untuk agama
 
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Pesuruh Allah, Kekasih Allah, 
Huwal Hadil Basyir…
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
 
Allahumma solli wassallim
ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Shafi’una..shafi’una.. shafi’una..shafi’una..
Rasulallah..
 
Habiballah..
 
Nabiyallah..
 
Sofiyallah,
 
Rasulallah..
 
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad 
Allahumma solli wassallim
ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad