Beberapa tips untuk segera mendapat jodoh. Oleh kerana urusan jodoh ini tidak ada daya upaya seseorang untuk mendapatkannya melainkan diberikan oleh Allah, anda pilihlah mana-mana amalan yang anda suka dibawah, atau lakukan kesemuanya.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadith nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah SWT segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supay segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadith, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan solat hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah orang sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah SWT, jika seseorang merahsiakan masalahnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah SWT akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah SWT tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas solat 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam solat tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian solat hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyu'k insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat; Doa, 2 rakaat lagi; Doa, 2 rakaat lagi; Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin Allah SWT telah makbulkan. Kalau masih tidak yakin usahakan pada malam berikutnya sehingga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu sajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:

1. Seseorang yang berjihad dijalannya

2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya

3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan khusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling mudah; Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli' ala saidina muhammad. Doa permohonan... Penutup: Alhamdulillah, Allahhhummasolli' ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tidak pandai doa sajalah dalam bahasa sendiri, Allah SWT Maha memahami.

11. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhah, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci."

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' " (Al-Baqarah: 45)
"Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka , bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Al- Baqarah:186)
"Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Al-Baqarah: 186)
"Berdo'lah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (Al-Araaf:55)
"Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harapan. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Al-Araaf: 56)
"Do' mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma" , dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" . Dan penutup do'a mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin." (Yunus:10)
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdo' kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia melalui , seolah-olah dia tidak pernah berdo'a kepada Kami untuk bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (Yunus: 12)
"Atau siapakah yang memperkenankan orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi ? Apakah disamping Allah ada tuhan ? Amat sedikitlah kamu mengingati." ( An Naml:62)
"Maka apabila mereka naik kapal mereka mendo'a kepada Allah dengan memurnikan keta'atan kepada-Nya ; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka mempersekutukan." ( Al-Ankabuut: 65)
"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdo'a kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang Kami berikan." (As: Sajjadah:16)
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"."(Al-Mukmin: 60)
"Dan apabila Kami memberikan ni'mat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, maka ia banyak berdo'a." (Fushshilat: 51)
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. , niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat." (Huud: 3)
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Thaahaa:132)
Untuk semua manusia semua jodoh dan pertemuan telah ditetapkan oleh Allah, sama seperti kematian yang manusia hendak elakkan daripadanya, akan tetapi apabila sampai masa dan ketika ia akan datang juga tanpa diundang. Diantara perkara-perkara yang telah dijamin ialah REZEKI, JODOH PERTEMUAN, MAUT... Apabila sampai masa ia akan datang seperti mana dalam ketetapan Allah, kita cuba mohon untuk dipercepatkan dan dilapangkan sebagimana rezeki.

Semalam Aku Kegelapan
Dipenuhi Dengan Kegagalan
Ku Hanyut Dalam Kelekaan
Diselubungi Dengan Kealpaan
Itulah Diriku

Dan Kau Hadir Dalam Hidupku
Di Saat Ku Memerlukan Dirimu
Kau Merubah Segala-Galanya
Kearah Kehidupan Yang Bermakna
Dikaulah Temanku

Kaulah Temanku Sentiasa Menemaniku
Tika Ku Duka Tika Ku Bahagia
Kaulah Temanku Kau Penyeri Hidupku
Kau Warnaiku Hinggaku Berjaya


Kaulah Temanku…

Segala Pengorbananmu
Akanku Balasnya Dengan Kejayaanku
Moga Kau Bahagia Di Samping Redhanya
Akan Ku Doakan Agar Kau Bahagia
Selamanya…

Puas Kucoretkan Kata Cinta Ini,
Beriringan Kata Seindah Bicara,
Lautan Api Telah Pun Ku Selami,
Namun Geloranya Tetap Sama.

Oh Tuhan,Di Manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,Di Manakah RINDU-MU,
Dan Ke Manakah REDHA-MU,
Ke Manakah RESTU-MU.

Dilema CINTA Ini Merunsingkan Hatiku,
Kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
Dilema CINTA Ini Merunsingkan Hatiku,
Hanya Tuk Dapatkan RAHMAT Dari-MU....

BIRU TUA
Melambangkan perasaan yang dalam.
Warna biru tua juga melambangkan keadaan tenang dan lemah lembut.

BIRU HIJAU
Melambangkan keinginan yang kuat.
Warna ini juga melambangkan keadaan keras kepala dan teguh juga kukuh.

BIRU BIASA
Melambangkan ketenangan yang sempurna.
Warna ini juga melambangkan keadaan tubuh yang baik.
Notes :
Jika kamu menyukai warna biru, maka kamu termasuk dalam kategori pemurung, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Menginginkan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Demikian pula dalam bercinta kerana kamu pintar dalam menyembunyikan perasaan.

HIJAU BIASA
Melambangkan adanya suatu keinginan.
Warna ini juga melambangkan keperibadian yang keras dan berkuasa.
Notes :
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu adalah kategori yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

UNGU BIASA
Melambangkan sifat kurang teliti.
Warna ini juga melambangkan sifat penuh harapan dan sifat peka.
Notes :
Jikalau warna Ungu (Violet) menjadi warna kesukaan kamu maka kamu adalah kategori yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu benar-benar pandai dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam percintaan, hanya mereka yang kuat mental yang bisa mendekati dan menjadi kekasih kamu.

MERAH BIASA
Melambangkan perjuangan.
Warna ini juga melambangkan kerja aktif dan persaingan.

MERAH JINGGA
Melambangkan sifat jantan.
Warna ini juga melambangkan sifat penuh gairah dan aktif.
Notes :
Kamu termasuk kategori yang sangat berwibawa dan juga senang mengagumi teman yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bercanda tapi kamu bisa menahan diri. Banyak orang mengatakan cinta, tapi kamu selalu berpikir dan berpikir lagi. Kamu termasuk kategori yang sulit jatuh cinta.

KUNING TERANG
Melambangkan sifat toleransi.
Warna ini juga melambangkan sifat riang dan aktif.

KUNING BIASA
Melambangkan kegembiraan.
Warna ini juga melambangkan sifat longgar dan pemalas.
Notes :
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu kategori periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang suram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu, kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun juga, walaupun seseorang itu dungu atau bodoh.

KELABU
Melambangkan sifat cenderung natural.
Warna ini juga melambangkan sifat bebas dari kecenderungan psikologi.

COKLAT BIASA
Melambangkan sifat yang jelek.
Warna ini juga melambangkan sifat suka merebut dan kurang toleransi.

HITAM BIASA
Melambangkan kehancuran.
Warna ini juga melambangkan kepunahan dan kegelapan.
Notes :
Kamu termasuk kategori orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Kalau kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik, rapi, cukup banyak lawan serta jenis berusaha mengejar dan merebut cinta kamu.

PUTIH
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Aku wanita mujahidah sejati,
Yang tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad,
Kelak akanku pergi mendampinginya di bumi Jihad.

Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukan,
Cinta Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan jihad fisabilillah,
Aku rela berkelana mengembara dengannya untuk melindungi Diinullah,
Ikhlas menyebarkan dakwah ke segenap penjuru bumi Allah S.W.T.

Aku wanita mujahidah pilihan,
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh tawadhuk,
Kelak bersamanya akan kuharungi bahtera lautan jihad.

Andai tidak siap bisa kau pilih,
Agar kelak batin dan jiwa ragamu tidak terusik,
Terbeban dengan semua tingkahku,
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu,
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu.

Biar hidup terasing di dunia asalkan di akhirat kita bahagia,
Bila aku setuju dan kau tidak meraguiku,
Bulat tekadku untuk menemanimu,
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota.

Meniti jalan panjang di medan jihad,
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah,
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang,
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu,
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu.

Aku wanita dari bumi Jihad,
Dengan bekalan semangat berangkat ke padang jihad,
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati,
Tepiskan semua mimpi yang tidak bererti.

Kerana tidak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri,
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan,
Yang melepaskanku dengan sepotong doa,
Meraih syahid adalah tujuan utama.

Tidak mungkinku pilih dirimu sekiranya dunia dambaanmu,
Lupa kampung halaman dan sanak-saudara,
Tidak mungkin aku memilihmu,
Bila yang fana lebih kau cintai.