I. Seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat, dan sebagainya

II. Menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu

III. Memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu, janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati

IV. Menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram

V. Menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram

saya selalu didatangi oleh kawan-kawan yang mengadu bahawasanya mereka selalu berasa susah hati. mereka juga selalu bertanya bagaimanakah caranya untuk kita merasa tenang sentiasa tanpa merasa diri terbeban. saya ada beberapa tip yang boleh diamalkan selalu oleh kita semua. bagi saya, amalan ini sangat mudah dan boleh melapangkan hati dan minda kita. oleh itu, selamat beramal....


1. Selalu bersolat dengan khusyuk

2. Sentiasa berwudhuk terutamanya semasa tertekan

3. Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca al-Quran

4. Berpuasa dan bersolat sunat

5. Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca al-Quran

6. Tidur yang mencukupi

7. Suasana dan kediamaan yang teratur

8. Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar

9. Menziarahi sahabat-sabahat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang menggembirakan

10. Elokkan pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai

11. Melangsaikan semua hutang

12. Atasi segera masalah-masalah yang merunsingkan hati

13. Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati

14. Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit satiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut

15. Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran

16. Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapi tekanan. Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan

17. Percaya kepada Qada’ dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku telah ditentukan oleh Allah SWT, sama ada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu


Rasulullah SAW bersabda, bahawa 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT antaranya:

i. Orang lelaki yang bersolat sendirian tanpa membaca sesuatu

ii. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat

iii. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum menbencinya

iv. Orang yang melarikan diri

v. Orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkannya

vi. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya

vii. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung

viii. Imam atau orang yang zalim dan sombong yang menganiaya orang lain

ix. Orang yang suka makan riba

x. Orang yang solatnya tidak dapat menghalangnya dari perbuatan keji dan mungkar


Bagi muslimat, keredhaan dari keluarga dan Allah merupakan perkara paling utama dalam memilih calon2 suami yang soleh buat diri mereka. Oleh itu, di sini ada disenaraikan antara ciri2 muslimin yang bakal menerajui bahtera pernikahan yang mulia dan diredhai oleh Allah insyaAllah.

1) Sentiasa taat kepada Allah dan Rasullullah SAW

2) Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya

3) Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi

4) Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah SWT

5) Ikhlas dalam beramal

6) Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya

7) Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya

8) Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya

9) Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya

10) Solat malam menjadi kebiasaannya

11) Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah SWT

12) Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit

13) Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwah antara mereka

14) Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkar

15) Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan

16) Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah

17) Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga


1. Jika kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungimu

2. Jika kamu merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika kamu memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantu kamu

4. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

5. Jika memperolehi sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan cuba menutupnya

7. Jika kamu berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan dan masalah yang kamu alami

8. Jika datang sesuatu bencana yang menimpa kamu, dia akan meringankan kesusahan kamu

9. Jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kata-katamu itu, sekiranya kamu berada dipihak yang benar

10. Jika kamu merancang sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu mengusahakan apa yang kamu rancang

11. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan bersama


i. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – ini satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa katakan “ya Allah, jadikan hati hambamu ini bersih.”

ii. Selawat ke atas Nabi SAW paling minima 100 kali sebelum tidur – ini satu pelaburan mudah dan murah. Disamping dosa-dosa keampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

iii. Solat taubat – selain memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda

iv. Membaca al-Quran – selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, dan terapi. Sekurang-kurangnya bacalah surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali sehari