1. MINAT YANG SAMA : PILIHLAH SAHABAT YANG MEMILIKI MINAT DAN KEGEMARAN YANG SAMA KERANA MUDAH UNTUK KAMU SALING BERKONGSI SESUATU DAN KESUKAAN DAN KEGEMRAN BERSAMA-SAMA.


2. HORMAT-MENGHORMATI : SALING HORMAT-MENGHORMATI PENDAPAT DAN PANDANNGAN ANTARA SATU SAMA LAIN. SEKIRANYA KAMU INGIN ORANG LAIN MENGHORMATI KAMU, KAMULAH YANG PERLU MEMULAKANNYA TERLEBIH DAHULU.


3. TERIMA SEADANYA : TERIMA KEKURANGAN DAN KELEBIHAN YANG ADA DALAM DIRI SAHABAT DENGAN HATI YANG TEBUKA.


4. SALING MENGHARGAI : HARGAI JASA DAN PENGORBANAN YANG TELAH DIBERIKAN OLEH SEORANG SAHABAT.


5. PERUNTUKAN MASA UNTUK BERSENDIRI : SETIAP INDIVIDU DI DUNIA INI TERNYATA MEMERLUKAN WAKTU UNTUK MENYENDIRI. BEGITU JUGA DALAM BERSAHABAT. BERSAHABAT BUKAN BERERTI KAMU BERKEPIT UNTUK 24 JAM. SEBALIKNYA HORMATI PRIVASI SAHABAT ANDA.


6. KOMUNIKASI DUA HALA : JANGAN ANGGAP SESIAPA SAHAJA BOLEH MENTAFSIR APA YANG TERLINTAS DALAM FIKIRAN KAMU. SEBALIKNYA KAMU PERLU MELUAHKANNYA DENGAN PERKATAAN LEBIH-LEBIH LAGI SEKIRANYA BERLAKU SESUATU SALAH FAHAM DI ANTARA KAMU DENGAN SAHABAT.


7. BIJAK MENGIMBANGI EMOSI : JANGAN BIARKAN FAKTOR STRES MEMPENGARUHI DIRI KAMU SEHINGGA MENJEJASKAN PERSAHABATAN. KAMU PERLU BIJAK MENGIMBANGI EMOSI AGAR TIDAK MENCAMPURADUKKAN ANTARA MASALAH PERIBADI ATAU TEMPAT KERJA DALAM HUBUNGAN PERSAHABATAN.


8. CONTOH-MENCONTOHI : ELAK DARIPADA PERASAAN DENGKI, SEBALIKNYA KAMU DAN SAHABAT PERLU SALING KAGUM-MENGAGUMI ANTARA SATU SAMA LAIN.


9. JANGAN MENGATA : JANGAN JADI TALAM DUA MUKA. LAIN DI DEPAN LAIN PULA DI BELAKANG. SEBALIKNYA DALAM PERSAHABATAN, MASING-MASING PERLU MEMILIKI SIFAT JUJUR DAN JANGAN BERTINDAK “KAWAN MAKAN KAWAN”.


10. SOPAN DALAM PERTUTURAN : BERSAHABAT BUKAN BERMAKNA KAMU BERHAK BERKATA APA-APA SAHAJA. SEBALIKNYA KAMU PERLU MEMILIH KATA-KATA YANG SOPAN DAN BIJAKSANA DALAM PERTUTURAN. BARULAH MASING-MASING RASA DIHARGAI.


11. SALING MEMBERI KEBEBASAN : JANGAN KONGKONG ATAU SEKAT KEBEBASAN SAHABAT. BERSAHABAT BUKAN BERERTI KAMU BERHAK MENENTUKAN SEGALA-GALANYA BUAT SI SAHABAT. MASING-MASING SUDAH TENTU MEMILIKI KEGEMARAN DAN KEBENCIAN MASING-MASING. UNTUK MENJADI SAHABAT YANG BAIK, PASTIKAN KAMU MENGETAHUI BATAS-BATASAN TERTENTU.

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.


Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?.


Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat. Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.


Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.


Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Dalam kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.


Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin. Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba. Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.


Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.


Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya."

( Surah Al-Araf ayat 34 )

Bunga atau mutiara...? 


Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: “Adakah anda bunga atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan mutiara. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala mutiara tinggi harganya dan cantik juga. Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek. Sedangkan mutiara kan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.


Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.


Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!


Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ


Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”


Kembalilah!


Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.


Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):


وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ


Maksudnya: “...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka...”


FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ


Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”


Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah,

kenapa anda tidak menutup aurat anda? Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan! Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman... daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah... yang bimbang hati anda menjadi gelap... yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan... meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia... Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku... Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”


Katakan tidak!!


Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:

1. Pakaian yang sempit dan jarang.

2.Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.

3. Wangi-wangian dan solekan.

4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.


Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang... Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?


Bagaimana sepatutnya pakaian anda?

1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.

2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”

3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”

4. Tidak disapu dengan bau-bauan.

5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “... dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka...”


Anda di dalam syurga

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)

Allah Subhanahu Wa Ta’ala...
Engkau begitu adil...
Engkau berikan dan kembalikan semua...
Sehingga semuanya lahir dan mati adanya...
Ajarilah aku mencintai sepertiMu...
Agar ku tahu, apa itu cintaMu...
Kau temukanku dalam kehampaan...
Kau temani aku dengan sang Malaikat...
Kau ajari aku mencintai...
Dan kau ertikan makna duka...
Selalu aku berlutut padaMu untuk memohon...
Kepada kasihMu yang tidak berkesudahan...
Engkau adakan, dan mentiadakan...
Engkau tawarkan kebaikan...
Dan tepiskan kejahatan....
Segala yang Kau punya Kau anugerahkan...
untuk kulipatgandakan dan kembalikan padaMu...
Ya Allah, tolonglah aku ini...
Jangan biarkan semua insan menderita...
Ajarkan mereka pula bahasa kasihMu...
Agar mereka selalu mengerti...
Apa erti hidup yang sesungguhnya.
Dan agar ku bertambah kuat di jalanMu
Dengan mengutamakan cinta...
untuk menghiraukan segala kecewa..
Kerana tiada yang adil selain diriMu..
Ya Allah, Engkau tumpuan nadiku...
Yang Maha Pencinta,
Pada-Mu aku berserah..
Ajarilah aku mencintai sepertiMu
Supaya aku bertambah mengingat kepadaMu
Yang tidak surut meski kami berpaling...
Ajarilah kami..
Dan berikanlah kami ilmu di jalanMu,
Supaya ku bertambah kuat di jalanMu ya Allah...

Ya Allah

panjangkanlah umur sahabatku,

Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,

terangi hatinya dengan nur pancaran iman.

Tetapkanlah hatinya,

perluaskanlah rezekinya,

dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,

jauhkanlah hatinya pada kejahatan,

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin

jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya

tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang

menyeru manusia kejalanMu.

Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah

aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada

cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah…

kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan,

kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak insyaallah...