• aku mencari keberkatan dan keperluan hidup, aku mendapatinya dalam solat Dhuha
  • aku mencari penerang untuk alam kubur, aku mendapatinya dalam solat malam
  • aku mencari jawapan unutk menjawab soalan malaikat, aku mendapatinya dalam Al-Quran
  • aku mencari alat untuk berpegang ketika menyeberangi titian Sirat, aku mendapatinya dalam berpuasa dan bersedekah
  • aku mencari naungan Arasy, aku mendapatinya dalam beribadah kepada Allah S.W.T
Rasulallah S.A.W bersabda yang bermaksud, bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta yang menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati...
"kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenar adalah kaya hati." (Hadith Riwayat al-Bukhari)
orang yang kaya hatinya, dia sentiasa memiliki sifat qana'ah dengan menerima apa yang Allah berikan. dia sentiasa redha dan puas diatas usahanya. tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan. dan dia juga tidak rakus mengejar dunia serta tidak pula meminta-minta. seolah-olah dia sentiasa memiliki kecukupan.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi.