jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya,
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang.
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
begitulah kamu jika memiliki seseorang,
terimalah seadanya...
janganlah kamu terlalu mengaguminya,
dan janganlah kamu menganggap ia terlalu istimewa...
anggaplah dia manusia biasa.
apabila sekali dia melakukan kesilapan,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya...





sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : "Tuhan kami adalah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan) : Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kamu".
kamilah pelindung-pelindungmudalam kehidupan di dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperolah apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.
~surah Fussilat; ayat 30-31~
  • dunia itu racun, zuhud itu ubatnya
  • harta itu racun, zakat itu ubatnya
  • perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya
  • seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya
  • seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya
  • aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan membaca Al-Quran.
  • aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  • aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  • aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Biamillah sebagai penawar.
  • aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nangkir, maka banyaklah bacaan "LAA ILAHAILLALLAH, MUHAMMADAR RASULULLAH", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Satu persoalan.. sempurnakah kita sebagai seorang teman?

Atau mungkin seorang kekasih?

Atau sebagai sahabat setia?..

Dan sesekali kita tidak faham pun akan jiwa seorang insan.

Renungkan.... Hayati dan fahami....

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu... Mengasihimu... Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan menyesal.....

Moga selepas ini, kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain.. Insya Allah...

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"

DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!

Riwayat Imam Nawawi…
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa.....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun...
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh

Manusia - Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan diakhirat untukmu....
  1. kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hak-NYA
  2. kalian membaca AL-QURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya
  3. kalian mengaku cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya
  4. kalian mengaku membenci SYAITAN tetapi menurut ajakannya
  5. kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya
  6. kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya
  7. kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya
  8. kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri
  9. kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya
  10. kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya
jika sepasang kekasih berdating di taman,

kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh,

jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,

di bawah cahaya rembulan, berdua-duan, jauh dari orang,

kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang,

tanpa takut dan bimbang,

jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,

kita berhibur dengan madah kalamullah,

jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas ransangan nafsu,

kita berkasih atas dorongan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,

jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,

kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,

jika sepasang kekasih sentiasa menjaga hati,

kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,

saling nasihat menasihati agar makin berkualiti,

jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,

kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,

jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta, keluarga dan maruah demi cinta,

kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya,

dalam masa yang sama mencintai keluargadan menjaga maruah setingginya...
Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia bertaaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.

aku hanya merancang,

Allah jua menentukan,

kupasrah pada ujian,

biarpun datang menghujan,

hikmah seiringan,

untuk kufikirkan,

biar segetir mana ujian melanda,

baik berjaya atau kecewa,

baik suka atau terluka,

ku terima dengan hati terbuka,

kerana memang,

begitu kehendaknya,

kuyakini, itulah yang terbaik dariNya,

buatku, seorang hamba,

hanya Dia,

mengetahui segalanya...

seringku terdengar,
usikan nakal,
si lelaki pada wanita,
feuwit, cunnya!
buatku keliru sendiri,
apakah ertinya kecantikan wanita,
di mata lelaki?
adakah pada susuk tubuh yang mengiurkan?
atau pada akhlak yang menawan?
biar apa pun jawapannya,
aku tetap aku,
apa yang aku tahu,
aku seorang wanita,
fitrahku sukakan diri cantik jelita,
namun bukan kecantikan di mata manusia,
sebaliknya,
aku mencari kecantikan yang diiktiraf Tuhan...

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
  • aku mencari keberkatan dan keperluan hidup, aku mendapatinya dalam solat Dhuha
  • aku mencari penerang untuk alam kubur, aku mendapatinya dalam solat malam
  • aku mencari jawapan unutk menjawab soalan malaikat, aku mendapatinya dalam Al-Quran
  • aku mencari alat untuk berpegang ketika menyeberangi titian Sirat, aku mendapatinya dalam berpuasa dan bersedekah
  • aku mencari naungan Arasy, aku mendapatinya dalam beribadah kepada Allah S.W.T
Rasulallah S.A.W bersabda yang bermaksud, bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta yang menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati...
"kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenar adalah kaya hati." (Hadith Riwayat al-Bukhari)
orang yang kaya hatinya, dia sentiasa memiliki sifat qana'ah dengan menerima apa yang Allah berikan. dia sentiasa redha dan puas diatas usahanya. tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan. dan dia juga tidak rakus mengejar dunia serta tidak pula meminta-minta. seolah-olah dia sentiasa memiliki kecukupan.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi.
menurut kata-kata Syeikh Ibrahim Adam, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :-


  • mengaku kenal Allah s.w.t, tetapi tidak menunaikan hak-hak-NYA

  • mengaku cinta kepada Rasulullah, tetapi mengabaikan sunnah-sunnah baginda

  • membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

  • memakan nikmat-nikmat Allah, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-NYA

  • mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

  • mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

  • mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

  • mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

  • menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

  • menghantar dan menguburkan jenazah atau mayat saudara sesama Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Bagaikan hausnya bumi gersang yang kering lantaran tidak disirami hujan... Begitu sepinya dan rindu hatiku bila cintamu tidak bersemi... berjalan aku bagai kesesatan di tanah Tuhan.. diriku ditinggalkan... tiada teman untukku mengadukan... resah hidupku ditimpa sesalan... aku dambakan.. dambakan cinta... Cinta sejati yang kekal selamanya... Biarpun pahit perjalanan meraihnya demi redhamu kuharungi jua... kerana cinta lahir dari sanubari... Biarpun perit menuju cintamu namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku... Biar diracun dunia tidakku gentar tempuhnya... Ya Allah tidakku sedari selama ini cintamu tak pernah menyepi... Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi... Setiap hambamu tetap kau sayangi... Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini... Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri... Maafkanlah... redhailah.... Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya Tuhan yang agung pencipta segalanya... Tempatku bermohon dan berlindung dari kehinaan dan kemusnahan...

remaja zaman sekarang semuanya kelihatan pelik pada pandangan orang tua-tua.. lagi-lagi pada pandangan orang kampung... mungkin sesetengah orang beranggapan pandangan orang kampung adalah suatu yang kolot, tetapi kerana mereka memikirkan adat budaya kita yang begitu indah, sopan santun, dan berbudi bahasa.. tetapi pada pandangan sesetengah remaja, mereka tidak boleh menerima pandangan sebegitu kerana bagi mereka, mereka bebas melakukan apa yang terdetik dihati mereka... contohnya dalam cara pemakaian dan kekemasan mereka pada masa kini.. bagi yang gadis, mereka lebih gemar memakai baju adik dari memakai baju yang sepatutnya mengikut saiz badan mereka.. bukankah sepatutnya kita melonggarkan sedikit baju itu... hukum dalam Islam telah mengatakan bahawasanya, longgarkanlah baju kamu, panjangkanlah kain kamu sehingga menutup aurat kamu, serta labuhkanlah tudung kamu sehingga menutup dada kamu... ianya bukanlah sesuatu yang berat untuk melakukannya.. tiada alasan mengatakan perkara menutup aurat itu kolot, ataupun panas apabila memakai tudung dan baju yang labuh pada trend zaman sekarang.. masalahnya sekarang, kita perlu menutup aurat kerana tututan agama Islam... mereka lebih suka berpakaian yang seksi-seksi daripada memakai pakaian yang menutup aurat.. ada juga yang memakai tudung, tetapi bajunya pula yang terlalu mengikut bentuk badan hampir seperti sarung nangka busuk pun ada.. ada yang terdedah sana terdedah sini.. ada juga yang memakai tudung tapi kainnya terbelah sampai ke pangkal peha sehingga hampir menampakkan betis mereka... bagi remaja lelaki pula, mereka lebih gemar memakai aksesori serta mengenakan design rambut yang agak pelik-pelik.. katanya mahu ikut seperti idola artis mereka... sedangkan dalam Islam, menjaga kekemasan diri turut dituntut bagi menggambarkan betapa indahnya Islam... ciap ada dalam kalangan mereka yang memakai pewarna kuku yang gelap.. sedangkan dengan memakai benda itu, air sembahyang kita tidak sah... selain itu trend mewarnakan rambut dengan warna-warna yang berbeza dengan warna asli rambut turut menjadi ikutan remaja zaman kini.. mereka lebih pentingkan keseronokan daripada mengikut tuntutan Islam.. remaja zaman sekarang lebih ikutkan perasaan hati berbanding dari memikirkan tentang hukum hakam Islam.. mereka terlalu memikirkan duniawi berbanding dunia akhirat yang kekal abadi... mereka kenal baik buruk dan halal haram dalam Islam, tetapi mereka tetap melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.. mereka terlalu ambil ringan semua benda-benda itu.. berpegangan tangan, bersentuhan pada tempat yang langsung tidak perlu disentuh, teraba sana teraba sini lagaknya seperti orang sudah bernikah... sedangkan orang yang sudah bernikah pun tidak melakukan perkara sebegitu dikhalayak ramai kerana mereka tahu akan adab sopan sebagai orang melayu. inikan pula yang masih belum ada apa-apa ikatan yang sah sudah melebihi golongan yang sudah mempunyai ikatan sah.. mereka tiada rasa malu untuk melakukan perkara-perkara itu, tetapi mereka merasa sungguh bangga kerana mereka dapat melakukannya.. mereka mungkin tidak pernah terfikir tentang perasaan keluarga mereka, persepsi orang luar terhadap keluarga mereka serta nama baik keluarga... hmm apa salahnya remaja sekarang menjaga adab sopan tidak kira dalam apa jua, sama ada dalam cara pemakaian atau tutur kata.. remaja perempuan sebolehnya digalakkan menutup aurat sebaik mungkin supaya kelihatan lebih ayu walaupun rupa paras kita kurang menarik, bagi remaja lelaki pula jadilah seorang yang begitu kemas, bersih supaya kelihatan seperti seorang lelaki yang budiman atau lebih dikenali sebagai 'gentlemen'.... Doa saya semoga remaja zaman kini pandai menjaga nama baik diri sendiri, nama baik keluarga serta nama baik agama Islam... ~AMIN...~