17th
March 2018
Assalamualaikum wbt dan salam
sejahtera kengkawan sekalian. Entry kali ni Cik Fazz nak shared pasal activity
yang Cik Fazz dan geng Royal Belum buat. On this day kami telah membuat
activity rafting di Kuala Kubu Bharu. Kami pergi berlapan. 4 orang jejaka dan 4
orang gegadis.
Kami berkumpul di restoran Fazlina
Maju untuk sarapan pagi sambil menunggu sahabat kami yang daripada Perak
sebelum kami pergi ke checkpoint. Kami amat berharap trip kami tidak ditukarkan
ke slim kerana ketiadaan air di empangan. Alhamdulillah kami tidak perlu
berubah tempat.
Hampir menjejaki jam 10.00 am, sahabat
kami tiba dan kami bergegas ke checkpoint kerana takut air sungai kering jika
tiba lewat. Sampai je kami di checkpoint, kami telah mendaftar dan diberi
sedikit taklimat berkenaan cara2 untuk mengemudi kayak. Kerana kebanyakan
daripada kami tidak pernah rafting.
Kami memulakan perjalanan dengan
berdebar2 kerana apa saja command yang diberikan semasa taklimat tadi seperti
tidak melekat di dalam kepala kami. Gementar punya pasal sampai tak lekat ilmu
di kepala. Masing2 mulalah berfikir, adakah keputusan untuk rafting ini adalah
yang terbaik? Adakah selamat keadaan di dalam air nanti? Lemas ke tak nanti
kalau terjatuh? Bermacam2 persoalan yang berlegar2 dalam kepala ni.
Setelah hampir 3 jam meredah derasan
air sungai, kami akhirnya berjaya sampai ke checkpoint akhir. Tak mahu cerita
panjang, Cik Fazz hidang gambar semasa kejadian sebagai bukti salah satu
aktivit yang Cik Fazz teringin sangat nak buat telah accomplish!!!
Untuk aktiviti ini, recommended by Cik
Fazz. Why??? Sebab aktiviti ini sangat mencabar keyakinan diri dan kekuatan
mental dan fizikal. It's all about balancing. Paling tidak pun, anda perlu mencuba sekali seumur hidup.
Lepas ni Cik Fazz nak try skydiving mahupun parasailing dari atas bukit pulak. Jeng
jeng jeng!!! Bakal menyusul…. hahaha
0 comments:
Post a Comment