Assalamualaikum
wbt dan salam sejahtera semua. Awal bulan Disember 2017 ni Cik Fazz berpeluang
untuk berlibur bersama sahabat baik Cik Fazz yang susah giler nak jumpa iaitu
Mek Dah. Alhamdullah kali ni kami dapat spent time together selama 3 hari.
Destinati percutian pun just jiran sebelah iaitu negeri Perak Darul Ridzuan.
Destinasi kali ini adalah Pulau Pangkor dan Ipoh. Trip ni bermula dari 9-11
Disember 2017. Kenapa Pulau Pangkor dan Ipoh menjadi pilihan? Sebabnya, Cik
Saidah kita ni dia tak pernah lagi sampai ke Pangkor. Maka, kami decided untuk
bercuti ke sini. Maka, bermulalah trip kami ke Perak Negeri yang Amanjaya….
9th Disember 2017
Hari pertama kami
memulakan perjalanan seawal jam 6 pagi. Melalui highway PLUS dari KL dan kami
tidak singgah di mana2 R&R untuk berehat. Seawal jam 10 pagi kami telah
memasuki Exit Gopeng. Menginjak hampir ke jam 12.00pm kami akhirnya tiba di
Jeti Lumut. Kami parked kereta di Parking Bertingkat yang mana harga sejam
adalah RM0.60. Masa kami tiba tu, petak parking hampir penuh. Alhamdulillah ada
rezeki kami dapat parking kosong. Elok je parked kereta, kami turun terus ke
jeti untuk beli tiket feri. Dapat tiket jam 12.00pm dengan bayaran terkini RM14.00
return.
Oh, sebelum
terlupa. Semasa membeli tiket ferry, penjaga di kaunter ada bertanyakan jika
kami mahu mengambil motorsikal semasa di pulau. Sememangnya kami nak menyewa
motor maka kami setuju untuk menyewa skuter dengan harga RM40 untuk 24jam. Bagi
Cik Fazz harga tersebut berbaloi sebab Pulau Pangkor tu kecik je, bukan sebesar
Langkawi tu. Itu pun Mekdah dah buat pesanan penaja, Cik Fazz nanti kat
Langkawi kita sewa motor je lah eh?! Aku pun, apooo???!!! Hahaha gagah lak aih
ko nak naik motor pusing Langkawi, sempat kematu pungkoq hang…
Selesai membeli
tiket, kami diminta untuk masuk ke tempat penunggu. Rupanya ferry dah sampai.
Disebabkan kami datang ke sini pada musim cuti sekolah, maka ramailah orang
yang akan menaiki ferry tersebut. Maka bermulalah sesi beratur panjang untuk
menaiki ferry. Dalam kepala Cik Fazz dan aimed nak duduk dekat open rooftop tu.
Nak menerima hembusan air laut Perak hahaha Nampak sangat takde kerja kannn…
45 minit kemudian kami sampai di Jetty Pulau Pangkor. Sampai
sini je terus call uncle yang uruskan skuter. Dapat skuter, kami pergi topup
minyak motor dulu baru la merempit ke tempat penginapan. Skuter kami sewa sekali
masa beli tiket. Kami bayar RM40 untuk 24jam. Kami stay area Teluk Nipah. Kami
pilih untuk stayed area Teluk Nipah ni sebab dekat kawasan ni suasana dia
meriah sikit berbanding tempat lain. Hotel yang kami pilih pula adalah Hotel
Nipah Bay dengan harga semalam RM130.
Selesai check in hotel, sekarang misi untuk mengisi “tangki” perut kami
pula.
Setelah mengisi perut, kami bercadang untuk cuci mata di kedai2
cenderamata berdekatan. Namun, kami terperangkap dengan boatman yang approached
kami untuk pergi snorkeling di Pulau Giam. Setelah deal sehabis mungkin, kami
dapat la RM50 untuk 2 orang return. Jadinya, petang tu kami teruskan aktiviti
dengan snorkeling. Sampai kat Pulau Giam tu, Cik Fazz tak terasa teruja nak
snorkeling. Sebab apa? Sebab bila Cik Fazz masukkan muka dalam air, alahai… Apa
pun tak Nampak. Kelabu asap je dalam air tu huhu Terus terbantut hasrat nak
snorkeling kat Giam. Sudahnya, kami setakat lepak2 je tepi batuan sambil
melihat air pasang. Dekat sejam kami kat Pulau Giam, Cik Fazz dah call boatman
suruh ambil kami untuk pulang ke darat.
Batu berbentuk buaya sedang tidur |
Batu berbentuk penyu nak naik ke darat |
Balik ke hotel, kami solat jamak dan sekadar berehat menunggu
hari malam. Sebab kami bercadang untuk dinner lepas solat maghrib. Sebab lepas
makan nak sambung aktiviti cuci mata yang tertangguh petang tadi. Sementara tunggu nak dinner, kami sempat berjalan2 pusing pulau sambil singgah ke kedai Pak Su dan Majid 1000 Selawat.
Masuk jam 8 malam, kami bersiap untuk keluar dinner. Kami
sekadar makan di restoran dekat dengan jalan simpang masuk ke hotel. Kami order
set kuning kalau tak silap. Makan untuk dua orang. Agak lama juga kami tunggu
makan sampai sebab restoran ni terlalu penuh. Sedang elok menunggu makanan
sampai, tetiba hujan selebatnya turun. Habis tempias kami yang duduk kat
tengah2 restoran ni.
Tak lama lepas hujan berhenti, makanan kami pun sampai.
Disebabkan kelaparan dan ditambah dengan suasana sejuk selepas hujan, maka kami
makan tanpa bersuara. Setelah kekenyangan, kami pergi berjalan2 di sekitar
kedai cenderahati untuk melihat apa yang berkenan di hati.
10th Disember 2017
Bangun pagi kami
terus check out hotel dan terus cari sarapan sebab nak kejar ferry jam 10.00
pagi. Kami bersarapan di tepi jalan Arena Square Pasir Bogak berhadapan depan
hotel Coral Bay Resort. Si Saidah ni teringin nak makan nasi lemak la pulak, so
Cik Fazz layankan je la selera dia…
Perut dah
kenyang, kami teruskan perjalanan ke Jeti Pangkor. Sebab nak kena pulangkan
motor sewa dan nak kejar ferry balik ke Lumut. Setelah 45 minit atas ferry,
kami landed kat jeti Lumut dan shopping sikit barangan hasil laut di kedai2
berdekatan dengan jeti Lumut. Sebab hujung2 tu ada orang bagi pesanan penaja
pulak hehehe
Shopping jajan
settle, bayar parking settle, maka kini bermulalah perjalanan pengembaraan kami
ke Ipoh mali pulak…. Kat bandar Ipoh ni kami stay dekat Hotel Seri Malaysia.
Dah settle check in, rehat solat, kami terus keluar nak pick up Abe Abzel kita.
Dia ni nanti jadi tourguide kami sepanjang berada di Ipoh. Dia ni pulak stay
kat area Tambun. So kita memulakan dengan mengukur jalan dulu untuk sampai ke
Tambun ek.
Selesai pick up Abe
Abzel, kita ke meneruskan misi mencari Laksa Saranghae. Apakan daya, elok je
sampai di destinasi, sekali kedai tutup la… Rupanya kedai ni tutup hari ahad.
Nampaknya bukan rezeki kami nak makan laksa sarang telur tu. Makan kita tukar
plan. Kita pergi makan mee kicap dekat Kedai Mat Jasak. Dah pekena Mee Kicap,
kita bergambar dekat Plan B Ipoh.
Malamnya kami
singgah makan di kedai yang jual Mee Udang Banjir. Nama kedai Cik Fazz lupa pulak.
Tapi kedai tu tak jauh daripada rumah MB. Memang melimpah sungguh la udang2nya.
Mengancam sungguh la mee tu. Setelah kekenyangan, masa untuk menghantar abe
Abzel pulang ke rumah dan beliau ada bekalkan bubur kacang hijau durian. Selepas
itu, kami meneruskan perjalan kami untuk pulang ke hotel dan berehat.
11th Disember 2017
Pagi ni kami
mulakan hari kami dengan bersarapan di café hotel. Selepas sarapan kami terus
check out dan meneruskan sisa2 perjalanan sebelum pulang ke Selangor tercinta. Kami
singgah di Muzium JMG (tempat Cik Fazz training dulu). Lepas tu kami singgah di
Taman Jepun, apakan daya, taman tutup. So kami decide ke Mydin Amanjaya dan
lunch di situ.
Maka dengan ini,
kami menamatkan trip ke Ipoh selama 3 hari 2 malam. Masa untuk pulang!!!
0 comments:
Post a Comment