Assalamualaikum
wbt dan salam sejahtera anda2 semua. Entry kali ni Cik Fazz nak shared
pengalaman Cik Fazz ke Tadom Hill Resort pada 18/11/2017. Jika anda rindu
dengan kenangan di PLKN, Tadom Hill Resort adalah tempatnya. Tadom Hill ni
terletak di Banting. Sepanjang perjalanan ke Tadom Hill ni korang memang takkan
jumpa any sign pun. Kena guna waze untuk ke sini. Dah sampai dekat lorong masuk
ke Tadom Hill baru jumpa banner Tadom Hill. Kitorang ni siap cakap, betul ke
jalan yang waze ni tunjuk, tapi kenapa langsung tak nampak apa2 sign pun.
Kami gerak dari rumah jam 7.30am dan
sampai di Tadom Hill dalam jam 8.30am. Sejam jugak perjalanan dari KL ke
Banting. Untuk pengetahuan korang, Tadom Hill ni beroperasi setiap hari dari
jam 9.00am sampai 6.45pm. Ada dua pilihan untuk korang samada nak stay bermalam
di sana atau setakat nak balik hari pun boleh. Kalau nak bermalam di sana,
korang boleh book pilihan tempat tinggal korang. Manakala jika mahu balik hari,
korang boleh datang terus ke kaunter dan beli tiket day pass dia.
Jika
nak beli day pass ticket dia, better sampai awal sebab selalunya tiket dia
jenis yang siapa cepat dia dapat. Macam Cik Fazz, kami ambil day pass je sebab
trip ni unplanned. Adik-beradik sampai rumah KL malam, malam tu jugak Cik Fazz
ajak ke Tadom Hill. Dorang Ok je, yang tak okaynya bila memasing mula la cakap,
baju takde la, seluar takde la… Seribu alasan dorang bagi hahaha
Sampai
kat Tadom Hill tu, kami mula berbaris untuk mendaftar. Kena isi beberapa borang
keselamatan. Lepas isi borang dekat kaunter masuk, nanti kita kena buat
pembayaran di kaunter dalam. Kat kaunter ni nanti kita akan diberi pilihan nak
buat aktiviti apa kat dalam tu. Macam Cik Fazz, kami ambil Day Pass + Flying
Fox Unlimited untuk 3 orang. Haaa main la flying fox tu sampai muntah hahaha
Lepas
buat pembayaran, kami sarapan dulu dan kami terus bergambar kerana lepas bergambar,
segala headphone kami simpan. Tak daya nak bawak sana sini weh. Lepas tu kami terus
decide nak main flying fox dulu baru terjun tasik. Sebabnya, peraturan utama
nak naik flying fox baju kena kering. So kami berulang kali naik turun main
flying fox. Cukup la 2x main, dah tak larat nak panjat bukit tu… Jarak dia
bukan dekat eh, jauh naw2. Tu pasal kami main setakat 2x je padahal niat di
hati nak naik lagi.
Selepas
lepas gian main flying fox, kami mencabar diri untuk terjun dari pelantar dan
naik tarzan swing yang berketinggian 5 meter dari paras tasik tu. Mula2 nak
terjun tu memang la rasa takut. Tapi bila dah sampai hujung pelantar takkan nak
patah balik. Tak ladies la weh! Tapi rugi sebab kami tak dapat rakam moment
masa memasing menunjukkan aksi terjun tiruk. Cik Fazz lupa bawak waterproof beg
untuk simpan headphone. Maka, memori tu hanya mampu tersimpan rapi dalam memori
otak je laaa…
Tengah2
berenang nak ke tangga pelantar, boleh pulak Cik Fazz terjumpa dengan member
sekolah dulu hahaha Dorang lagi hebat, baru lepas turun dari Bukit Jugra hiking
kat sana. Sembang kejap je pun, gambar pun tak snap hihi Lepas settle membuat
acara terjun acara bebas, kami meneruskan aktiviti dengan berakit. Yang paling
tak menahan, nak naikkan diri ke atas rakit tu, masyaAllah! Boleh bikin kejung
perut la. Gelak lebih woo!! Susah naw nak naik atas rakit tu. Badan tak mahu
timbul2… Dah macam terlebih air dalam badan, asyik tengggelam je hahaha
Setelah
puas bermain air, kami naik darat dan tukar baju. Lepas tu solat zohor. Lepas solat
zohor kami bertolak balik dan singgah AEON Mall Shah Alam untuk makan sebelum
pulang ke rumah. So far, Tadom Hill ni berbaloi dengan harga dia. Masih di
bawah kemampuan kita untuk pergi. Tak rugi untuk ke sini. Pergilah ke sini
sekali seumur hidup paling teruk pun hihihi
Pada
sesiapa yang teringin nak pergi ke sini, boleh la klik link ni dan boleh baca
info2 yang berguna untuk korang semua > Tadom Hill Resort
0 comments:
Post a Comment