Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera korang semua. Okay, harini Cik Fazz nak share salah satu aktiviti yang baru 2 kali Cik Fazz joined. Aktiviti itu adalah White Water Rafting yang diadakan di Ulu Slim, Perak. 1st time pergi dulu tahun 2018. Masa tu memang tak tahu pape. Dalam kepala ni asyik berlegar2 soalan, selamat ke nanti? Kenapa la aku join benda ni? Apa dalam kepala ko sampai setuju nak join benda ni? Semua tu berlegar2 dalam kepala otak ni sampailah hari kejadian.Tapi alhamdulillah semua selamat dan best!!!

          Tapi sekarang ni pantang ada orang ajak, Cik Fazz cepat2 setuju!!! Macam dah jadi hobi pulak. Atleast setahun sekali kena buat aktiviti ni. Jadi, tahun 2019 ni aktiviti rafting ni menjadi pembuka acara. Kali ni Cik Fazz pergi dengan 2 orang lagi adik. Dorang pun dah start nak join aktiviti lasak macam Cik Fazz. Kami pergi pada 12 January 2019. Jam 8am dah terpacak depan petronas betul2 keluar dari simpang tol Slim River.

          Pengalaman kali kedua ini kiranya dah boleh adapt dalam diri ni. Bagi Cik Fazz, rafting di Ulu Slim macam level biasa je (mata ke atas, tangan ke bahu) berbanding di KKB. Atau pun Cik Fazz ni je yang takde perasaan. Hati kering gittew!!! Hahaha Okay lah, Cik Fazz pun takmo membebel panjang2. Jadi di sini Cik Fazz share kan beberapa moment yang sempat diabadikan sebagai memori. Jemput tengok semua….

Ramai2 naik lori dah macam PATI tak pun Lembu 😂

Kami 3 beradik! Yang belakang tu dah lupa nama

Utamakan keselamatan!

Ready to go!!!

Briefing dulu

Posing sikit!



Muka ada senyum

Muka cuak sebab sikit lagi nak sink!

Muka lepas kejadian


Pekena epal dulu

Kita rehat kejap

Muka happy sebab berjaya tamatkan aktiviti

p/s: Time ni guider Abang Baju Hijau hensem tapi tak sempat nak berkenalan. Sebab memasing sibuk pikir nak selamatkan diri. Dan kali ini Cik Fazz tak tersasar keluar daripada raft seperti sebelum ini hahaha Memori sungguh la masa kat KKB tuh 😅

4 – 6 May 2018

            Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera rakan2 sekalian. Entry kali ini Cik Fazz nak share trip Cik Fazz dengan geng baru ke Pulau Redang. Sebelum ni Cik Fazz pernah datang ke Redang pada tahun 2010 kalau tak silap. Itu pun sebab join program JPAM.  Alhamdulillah tahun 2018 ni masih diberi rezeki untuk datang ke sini lagi.

            Kali ni Cik Fazz ambil pakej 3 hari 2 malam dengan Cik Ija (014-5192 271), ejen bagi Redang Lagoon kalau tak silap. Kebetulan ada promo, dapat la per pax RM318 include GST. Ya, kami stay dekat Redang Lagoon. Dan Cik Fazz rasa dalam banyak2 resort, resort ni jugak yang paling berkenan pada pandangan mata Cik Fazz. Resort ini juga merupakan salah 1 resort yang Muslim friendly. 

            Pada pandangan Cik Fazz, harga pakej tersebut memang berbaloi dengan aktiviti yang diadakan, 3x snorkelling, 2x sarapan, 2x lunch, 2x minum petang, 1x dinner dan 1x BBQ. Makanan yang disediakan pun sedap dan boleh diterima kat tekak. Paling Cik Fazz teringat adalah cucur sayur dia. Pergh!! Dia punya sedap tuh, hingga menjilat pasir di jari kaki lah hahaha

            Dia punya snorkelling pulak, terbaik!!! Jenis terbaik dia jenis yang level boleh sampai ke langit ke tujuh la I told you. Air laut dia dah la crystal clear, ikan pulak besar2 dan banyak yang tak pernah jumpa. Siap kena gigit la dengan ikan besar tu. Jumpa juga Finding Nemo, tapi tak sempat nak snap gambar. Dia punya best tu sampai tak boleh nak gambarkan lah. Ni nak cerita kat dalam entry ni pun rasa macam tak tahu nak tulis apa hahaha So mohon tengok je la gambar2 yang terpilih untuk masuk dalam blog eh. Selamat menjamu mata ^_^