Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera korang semua. Okay, harini Cik Fazz nak share salah satu aktiviti yang baru 2 kali Cik Fazz joined. Aktiviti itu adalah White Water Rafting yang diadakan di Ulu Slim, Perak. 1st time pergi dulu tahun 2018. Masa tu memang tak tahu pape. Dalam kepala ni asyik berlegar2 soalan, selamat ke nanti? Kenapa la aku join benda ni? Apa dalam kepala ko sampai setuju nak join benda ni? Semua tu berlegar2 dalam kepala otak ni sampailah hari kejadian.Tapi alhamdulillah semua selamat dan best!!!

          Tapi sekarang ni pantang ada orang ajak, Cik Fazz cepat2 setuju!!! Macam dah jadi hobi pulak. Atleast setahun sekali kena buat aktiviti ni. Jadi, tahun 2019 ni aktiviti rafting ni menjadi pembuka acara. Kali ni Cik Fazz pergi dengan 2 orang lagi adik. Dorang pun dah start nak join aktiviti lasak macam Cik Fazz. Kami pergi pada 12 January 2019. Jam 8am dah terpacak depan petronas betul2 keluar dari simpang tol Slim River.

          Pengalaman kali kedua ini kiranya dah boleh adapt dalam diri ni. Bagi Cik Fazz, rafting di Ulu Slim macam level biasa je (mata ke atas, tangan ke bahu) berbanding di KKB. Atau pun Cik Fazz ni je yang takde perasaan. Hati kering gittew!!! Hahaha Okay lah, Cik Fazz pun takmo membebel panjang2. Jadi di sini Cik Fazz share kan beberapa moment yang sempat diabadikan sebagai memori. Jemput tengok semua….

Ramai2 naik lori dah macam PATI tak pun Lembu 😂

Kami 3 beradik! Yang belakang tu dah lupa nama

Utamakan keselamatan!

Ready to go!!!

Briefing dulu

Posing sikit!



Muka ada senyum

Muka cuak sebab sikit lagi nak sink!

Muka lepas kejadian


Pekena epal dulu

Kita rehat kejap

Muka happy sebab berjaya tamatkan aktiviti

p/s: Time ni guider Abang Baju Hijau hensem tapi tak sempat nak berkenalan. Sebab memasing sibuk pikir nak selamatkan diri. Dan kali ini Cik Fazz tak tersasar keluar daripada raft seperti sebelum ini hahaha Memori sungguh la masa kat KKB tuh 😅

0 comments: