Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera rakan2 sekalian, hari ni Cik Fazz nak share sikit pengalaman berbuka puasa dekat Restoran Murni SS2 pada Jumaat (10 July 2015) yang lepas. Nak dijadikan cerita, kami dah book sehari awal di restoran ini. Akan tetapi, apabila kami sampai di restoran tersebut mereka mengatakan order booking kami tak masuk dalam listing dorang. Agak hangin la pada mulanya. Setelah beberapa minit kami berdiri tercongok menantikan mereka mencarikan tempat untuk kami, akhirnya kami dapat tempat duduk untuk 7 orang ahli rumah kami.

            Setelah duduk dengan keadaan selesa, pelayan pun datang nak ambil order. Akan tetapi, kami terpaksa membuat order dengan begitu pantas dan tidak sempat untuk berfikir panjang kerana ramai lagi pelanggan yang mereka belum ambil order/layan. Oleh itu, kami order je apa yang terlintas dan terlihat pada menu yang diberikan. Dengan harapan semua yang kami order tu sedap2 belaka.

            Selang setengah jam, barulah makan yang kami order sampai. Itu pun ada yang tak sampai lagi. Disebabkan waktu berbuka telah masuk dan masing2 sedang kelaparan, kami share je makanan yang telah sampai beramai2. Rasa sorang sikit. Bak kata orang, Sharing is Caring gittew… Bila dah makan pun berkongsi, mulut pun mulalah nak bersembang2 sambil makan. Nampak tidak bersopan di situ hehehe Biasalah bila anak dara yang bersembang kan, habis kecoh 1 restoran. Tapi bukan suara kami je tao, sememangnya 1 restoran tu dah terlalu bising sampai kami terpaksa menaikkan oktaf suara kami semua. Kuang3x…

             Ha, ni Cik Fazz nak pesan awal2 dekat anda2 semua… Portion untuk semua makanan kat sini sangat banyak wokeh. Sampai perut mak tak larat dah nak sumbat apa2 lagi hoho Pada sesiapa yang perut kecik macam Cik Fazz, memanglah tersangat rugi… Sebab tak dapat nak cuba dan order makanan yang lain. Tak apa, lain kali boleh datang lagi kat sini untuk cuba makanan yang lain.

             OK, pada sesiapa yang teringin nak mencuba menu dekat sini, anda2 semua boleh la book sebelum datang makan… Ni nombor telefon yang anda2 semua boleh call untuk book 012-339 2599. Anda juga boleh pergi ke website Murni Discovery untuk melihat senarai makanan. Kat bawah ni pulak, ada la beberapa keping gambar yang sempat snap semasa sebelum, sedang dan selepas berbuka.



















0 comments: