Bulan November 2015 merupakan satu tarikh yang telah merubah sisi lain dalam hidup Cik Fazz. Tarikh ini merupakan pengalaman pertama Cik Fazz melawat Negara orang. Selama ini Cik Fazz banyak berjalan di dalam Malaysia ku terchenta sahaja. So, tahun ini Cik Fazz decide nak keluar dari kepompong untuk melihat negara orang pulak. Tak jauh pun lawatan Cik Fazz kali ini, hanya ke Negara jiran iaitu Bandung, Indonesia. Kami di Bandung bermula 24 November sehingga 28 November 2015. Ada la dalam 5 hari kami di sana. Maka, bermulalah pengembaraan Cik Fazz dan kengkawan ke bumi asing. Pengambaraan kecil yang memberikan seribu satu pengalaman yang tak akan kami lupakan sampai bila-bila.
  
Walaupun setakat bercuti ke Bandung, tapi Cik Fazz dan Cik Rina banyak membuat research mengenai wisata2 yang menarik untuk dilawati, range harga makanan dekat sana, harga masuk wisata dan lain2 lagi. Dekat sana, Cik Fazz mengambil khidmat Ayung (nanti Cik Fazz bagi contact no dia kat bawah ye). Bagusnya tentang si Ayung ni, dia ni ramai betul kenalan. Tak sia2 ambil si Ayung ni. Macam2 ragam pun iya jugak. Ramahnya bukan main. Bab menyakat memang nombor satu. Paling tak boleh dilupaka pasal si Ayung ni, dia ni suka gelak jahat! Hihi Oh, ya, tentative sepanjang berada di Bandung pun Cik Fazz buat tao. Kalau tak, nanti kelam-kelibut segala aktiviti nak buat. Mahu haru Ayung dengan kami nanti hehehe

Untuk trip kali ini, Cik Fazz dengan kengkawan decide tak mahu ambil pakej. Kami cuma mahu ambil supir je. So, ini anggaran kasar kami sepanjang di sana. Untuk tiket flight, Cik Fazz naik flight AirAsia dan harga untuk sorang lebih kurang RM250 ± termasuk makan, insurans (sebenarnya kalau tak ambil yg ini pun ok, boleh ambil yang insurans cover semua. Boleh rujuk sini jugak. Nak cari yang lain pun boleh jugak) dan luggage. Manakala untuk hotel sorang dalam RM150 dan Supir pun RM150 sorang. Kami pergi bertujuh, 2 adik Cik Fazz dan 4 orang lagi kawan baik Cik Fazz. Rombongan Cik Kiah sangat tao! Hihi So, travel ramai2 agak berbaloi, tetapi hati kena kuat sebab nak kawal dan jaga ramai orang supaya tidak tercicir amat berat. Yela, kitakan bawa anak orang lain. Lepas ni Cik Fazz taubat takmo pi ramai2. Pening kepala nak layan macam2 ragam oiii... hahaha

Hari pertama - 24 November 2015


Rombongan cik kiah mula berkumpul jam 3.00 pm di KLIA2. Mama dan ayah Cik Fazz pun ada sekali untuk menghantar anak-anak daranya yang pertama kali nak travel ke luar Negara. Kami check in awal supaya senang nak bergerak dalam KLIA2 tu. Sementara menunggu untuk boarding, kami sempat untuk solat jamak dan makan di area foodcourt bagi mengalas perut. Jam 7.300 pm kami telah setia menanti di  ruang menunggu untuk masuk ke dalam pesawat. Satu jam lewat. Jam 9.00 pm kapal kami mula meninggalkan bumi Malaysia. Kami tiba di Bandar Bandung jam 10.00 pm waktu Indonesia. Selesai mengisi borang imigresen dan mengambil bagasi, kami disambut oleh supir kesayangan kami iaitu Ayung. Masuk sahaja di dalam mobil, kami terus meminta Ayung menghantar kami check in hotel kerana kami sudah kepenatan bertapa di KLIA2 terlalu lama. 


Famili Cik Fazz menjadi peneman dia KLIA2

Sempat bergambar sebelum masuk

Alas perut dulu

Suasana malam di Bandung

Sampai2 di hotel je pun dah hampir 12.00 am. Kalau ikut waktu Malaysia, hampir jam 1.00 am. So, memang dah melebihi had masa untuk tidur. Masuk je kamar tidur, kami terus mandi dan solat jamak. Dan inilah masa yang ditunggu2. Masa untuk berehat dan tidak sabar untuk melihat suasana di Bandung keesokan hari. Untuk hotel, kami menetap di Asoka Hotel di Jalan Lengkong (dengar lengkong, lapar pulak perut Cik Fazz - hanya orang Jawa yang paham apa itu lengkong hihi). Mengikut plan asal, kami akan menetap di apartment. Akan tetapi ada sedikit salah faham, jadi Ayung telah tukarkan apartment kami kepada hotel. Kami mendapat 2 famili room yang boleh dihuni oleh 3-4 orang per room. So Cik Fazz bertiga dengan adik-beradik yang lain, dan lagi satu bilik dihuni oleh 4 orang sahabat Cik Fazz.

**bersambung...



Katil

Famili room

Famili room

0 comments: