Assalamualakum wbt dan salam sejahtera orang2 kampung semua Haaa hari ni Cik Fazz nak cerita sikit pengalaman makan besar di The Captain Steamboat & Grill di Meru, Klang. Perghhh masyuk derr Rasa macam hingga menjilat tapak tangan. Almaklumla, dah tua2 makan comot hihihi

Disebabkan nak mengubat rindu dekat kengkawan lama, so Cik Fazz decide nak makan steamboat dengan mereka semua. Sebabnya ada sorang kawan Cik Fazz ni nak fly balik Kuching weekend tu. So, kami hang out la reramai bagi melepaskan rindu

Cik Fazz pilih untuk makan dekat restoran ni sebab, setiap kali balik kampung dan balik Bandar balik asyik dok usher je restoran tu kat seberang jalan. Dalam hati terdetik, bilalah nak singgah makan kat sini Setelah hampir 3 tahun dok ushar dari jauh, akhirnya dapat jugak menghabiskan duit dekat restoran ni hehehe

So far, Cik Fazz bagi 4 daripada 5 bintang dekat restoran ni Makanan sedap, suasana ok, service pun ok Cuma yang tak berapa ok adalah kedudukan restoran yang dekat dengan sungai yang tak mengalir hehehe Sape2 yang rasa2 jenis yang tak kisah macam Cik Fazz, boleh la datang ke sini untuk menikmati steamboat dan grill yang agak murah berbanding Seoul Garden dan Flaming Steamboat. Kalau tak silap Cik Fazz, The Captain ni ada branch dekat Shah Alam. Boleh la pergi mana2 yang berdekatan dengan anda ye

Kami memang sangat berpuas hati kerana udang dia yang besar2, hirisan daging yang diperap dengan perapan yang sedap dan jugak berbagai pilihan air. Sempat juga la snap beberapa gambar untuk tatapan anda semua. Semoga meleleh air liur korang semua ye. Selamat mencuba!!!



















0 comments: