Niat asal nak makan kat The Captain
Steamboat & Grill. Tapi mungkin bukan rezeki kami, sebab kami tak book
dulu. So, meja dekat restoran tu penuh. Haila, dah memang bukan rezeki kami la
kan, nak buat macam mana. So kami dengan perut yang kelaparan, memerah otak sambil
memikir nak makan dekat mana.
On the way perjalan balik, Cik Fazz
memang lalu dekat highway depan SCM dan pop!!! Tetiba teringat café milik
pelakon terkenal Aaron Aziz yang berada berdekatan. Jadi kami decide nak makan
dekat café beliau iaitu Café Kidz & Crème yang bertempat di Setia Dagang.
Nak cari café beliau tidaklah susah
mana pun, cumanya kami ni yang baru masuk area tu dah macam rusa masuk kampong la…
hehehe Punya perlahan drive kereta semata-mata nak meneliti satu persatu nama kedai
beliau.
Setelah penat kami memfokuskan mata
pada papan tanda nama kedai pada setiap bangunan, akhirnya kami jumpa jugak kedai
Pak Aaron Ajis ni huhu Setelah kami park kereta di parkir yang berhampiran,
kami terus menuju ke café beliau dengan perasaan teruja bajet-bajet macam nak
jumpa retis terkenal hahaha ok, tipu jer…
Ok, kat sini Cik Fazz akan share apa
yang kami makan dekat Café Kidz & Crème ea. Ni je yang dapat Cik Fazz
share. Sebab kami sampai agak lewat, so selera makan tak berapa besau la hihihi
Harga dekat café ni boleh la tahan… Pada sesiapa yang nak lepak ke nak berjimba
dengan kengkawan ke nak buat party ke boleh la ke sini…
0 comments:
Post a Comment