“PUNTEN”. Apakah yang anda faham dengan perkataan itu? Haaa ni Cik Fazz nak terangkan dekat uols semua. Apakah punten? Punten adalah sejenis makanan kebanggaan orang JAWA Selangor. Jawa Selangor je yang masak dan makan makanan ni. Jawa dekat negeri lain setahu Cik Fazz macam takde dan tak penah jumpa. Kalau ada jawa lain yang penah makan, mohon kaborkan pada Cik Fazz ye.

Punten ni senang je nak masak. Dia macam nak masak nasi lemak jugak, cumanya dia berbeza sedikit daripada nasi lemak. Ok, Cik Fazz akan menerangkan cara-cara untuk membuat dan masak Punten ni. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut…

Bahan pertama:
1.      Beras
2.      Santan
3.      Air
4.      Garam
5.      Daun pandan

Bahan kedua untuk sambal:
1.      Ikan bilis
2.      Bawang merah
3.      Bawang putih
4.      Halia
5.      Cili padi
6.      Belacan (sebesar ibu jari)
7.      Garam (secukup rasa)
8.      Gula (secukup rasa)
9.      Air asam (secukup rasa)

Pertama, campurkan santan, garam dan air bersama. Santan tidak perlu terlalu pekat. Masak nasi seperti menanak nasi lemak dan lebihkan sedikit santan yang telah dicampur dengan air tadi. Jangan lupa masukkan daun pandan sekali. Masakkan nasi seperti biasa. Setelah nasi masak, masukkan nasi yang sedang panas ke dalam bekas yang dikehendaki dan tekan nasi sehingga padat. Biarkan sehingga sejuk. Potong nasi ketika mahu dihidang.

Kedua, cara-cara untuk membuat sambal pulak. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belancan sekali. Setelah siap ditumbuk, bolehlah menumis di dalam kuali. Masukkan garam, gula berserta air asam secukup rasa. Tumis sehingga masak. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama punten yang telah siap dipotong tadi.

inilah rupa nasi yang telah ditekan tadi

ini sambal bilis

rupa setelah dipotong

sedia untuk dimakan!!!

0 comments: