Diari Wanita. Itulah
tajuk teater yang kami tonton di Istana Budaya pada 12 Februari 2015. Kami dapat
complimentary ticket yang diberikan oleh vendor kami. Dapat la duduk dekat Stalls,
Grand Circle. Dekat la jugak dengan stage kan. Nampak la dengan terang para
pelakon yang membuat persembahan.
Di sini Cik Fazz
attached kan sekali synopsis mengenai teater ni untuk pemahaman bersama kita
semua.
SINOPSIS DIARI WANITA
Dua cerita,
Dua negara,
Satu pengarah,
Dua negara,
Satu pengarah,
Teater Diari Wanita
terbitan CTRA Production dan diarahkan oleh Rosminah Tahir ini adalah gabungan
cerita Kak Ani (Malaysia) dan Nyonya (Indonesia).
Disampaikan secara humor, persembahan yang menjanjikan penonton tidak kering
gusi ini turut penuh dengan emosi dan ada kesedihan yang tersendiri.
Memperlihatkan perjuangan hidup wanita di dua negara yang terpaksa berhadapan
dengan laluan hidup sukar kerana cabaran tertentu.
Kisah Kak Ani mengangkat kisah benar kehidupan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, YB Dato Sri Rohani Abdul Karim dari zaman kecilnya hingga berjaya menjadi seorang menteri. Beliau adalah anak Tukang Cuci (ibunya) dan Tukang Masak (bapanya) hidup seperti kanak-kanak biasa pada zaman awal kemerdekaan yang penuh dengan kesusahan.
Kak Ani melakukan banyak kerja untuk hidup seperti membantu ibunya menjadi Tukang Cuci di rumah ‘mat salleh’ tetapi dalam masa yang sama sangat minat untuk belajar dan menjejakkan kaki ke universiti. Banyak lagi kisah menarik yang akan dipaparkan dalam teater berbentuk monolog ini.
Kisah Nyonya pula ditulis dengan cara komedi tetapi. Beliau ‘berperang’ dengan Tuan, seorang saudagar antik, yang mengambil kesempatan semasa suami Nyonya terlantar di hospital akibat kanser lidah untuk membeli harta Nyonya.
Dari batu mamar di perkarangan rumah hingglah meja makan, tempat tidur dan beliau akhirnya ingin membeli betis dan lutut Nyonya. Pada masa yang sama, Nyonya berhadapan dengan anak saudara suaminya iaitu Keponakan Anggun, Keponakan Beautiful dan Keponakan Cantik yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut untuk membunuh Nyonya. Macam-macam peristiwa dan tipu muslihat dilakukan antara mereka bagi mencapai cita-cita.
Saksikan aksi Sherry AlHadad, Amy Mastura, Misha Omar (13-16 Feb 2015), Nad Zainal, Juhara Ayob, Sharulmizad Ashaari, Zera Hariz (11-12 Feb 2015) dan Dayang Kartini dalam teater Diari Wanita

Persembahan mereka
sangat menarik, dan hanya beberapa plot mengenai YB sahaja yang agak boring. So
far, melalui jalan cerita teater ini kita nampak perbezaan 2 situasi kehidupan
bagi seorang wanita dalam kelangsungan hidup.
Kami sangat enjoy
semasa menontot teater ini. Sebab, kami semua 1st time datang Istana
Budaya. So, masing-masing jakun sikit la kan… hehehe Jadi, silalah lihat gambar kami semua ye...
0 comments:
Post a Comment