Assalamualaikum wbt pembaca semua. Hari
ni Cik Fazz nak share dengan anda semua mengenai pengalaman kali kedua Cik Fazz
berada di Bandar Johor Bahru. Cik Fazz berada di JB ni selama 5h4m bagi
memenuhi undangan latihan BLESS untuk agensi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
Johor. Kali ni Cik Fazz stay dekat hotel AmanSari Hotel City Centre Johor Bahru. Hotel ini terletak betul-betul di belakang Komtar JB dan berada betul-betul di dalam bandar JB.
Cik Fazz ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada warga JMG Johor yang ramah tamah melayan karenah Cik Fazz
dan colleague semasa memberi latihan kepada mereka. Mereka juga turut berbesar
hati menerangkan tentang batuan yang terdapat di dalam Malaysia ini. Banyak juga
yang Cik Fazz belajar kerana bagi Cik Fazz ianya suatu perkara yang baru dan perlu
juga diambil tahu. Cik Fazz pasti, sudah tentu orang ramai seperti kita tidak
tahu-menahu mengenai batuan yang terdapat pada muka bumi ciptaan Allah swt ini.
Oleh itu, ilmu yang diberikan oleh warga JMG merupakan ilmu yang sangat-sangat
berharga bagi Cik Fazz.
Selama berada di sini, Cik Fazz tidak banyak berjalan kerana
kehabisan idea memerah otak memikirkan ke mana harus di bawa melangkah kaki
ini. Nak menapak ke Singapore, passport tak ada. Sudahnya, Cik Fazz hanya mampu
menapakkan kaki ke Pasar Karat dan Zoo Negeri Johor. Jadilah daripada tak ada
langsung kannn…
Di bawah ini Cik Fazz upload beberapa gambar buat tatapan
anda-anda semua…
Negara Singapura kelihatan
Pasar Karat
Zoo Johor
Jabatan Mineral dan Geosains Johor
batuan yang mempunyai emas
batuan yang boleh dibuat perhiasan wanita
Galeria Batuan JMG
bersama-sama ICU JPM dan JMG
antara batuan yang ada
bahan asa untuk membuat zink atap rumah kita
Pegawai JMG memberi penerangan mengenai batuan
0 comments:
Post a Comment