Nak dijadikan cerita, pada Hari Raya Aidiladha yang lalu Cik
Fazz And The Gang telah beraya di perantauan. Nak tahu kami beraya di mana? Kami
telah beraya di bandaraya Kuching, Sarawak. Nasib baik family tak marah sebab
beraya di tempat orang dan tak balik kampung.
Sebenarnya, masa kami beli tiket ini, kami tak tengok pun calendar.
So bila dah beli dan dah nak berangkat baru perasan yang tarikh kami nak pergi
tu jatuh pada Hari Raya Haji. Ini semua salah Airasia la, siapa suruh buat
promosi time raya! Tak pasal-pasal Airasia yang kena ye Hahaha
Baiklah, Cik Fazz akan terangkan serba sedikit mengenai trip
kami pada kami ini. Tiket yang dibeli berharga RM55 dan kami telah menambah
luggage pada saat akhir dengan harga RM25 seorang. Tiket dibeli daripada
syarikat penerbangan tambang murah iaitu Airasia pada waktu promosi
berlangsung. Manakala hotel pula kami menggunakan khidmat Tune Hotel dan harga
yang perlu dibayar adalah RM68 seorang. Hotel macam biasa kami shared 3 orang
sekatil. Almaklumla, budget kena bagus.
Sepanjang berada di Kuching ni, kami menjadi tour guide untuk
diri sendiri dan ada juga menggunakan khidmat bus shuttle. Kami tak amik
service kereta sewa kat sana kerana rasa macam mahal. Tapi kami hanya
menggunakan perkhidmatan bus shuttle tu untuk pergi ke perkampungan budaya. Selain
daripada itu, kami hanya menggunakan kedua belah kaki kami untuk berjalan-jalan
di kuching.
Cik Fazz tak tahu nak mula daripada mana, tapi yang kami tahu
kami sangat seronok berada di kuching ini dan terasa seperti tak mahu pulang
semula ke semenanjung. Warga kuching di sini pula sangat-sangat ramah dan baik
hati. Suansa pula yang damai dan tenang. Seperti menggamit kami untuk tinggal
lebih lama di sini. Tapi apakan daya, masih ada kerja yang menuntut kami untuk
pulang dengan segera.
Sepanjang kami berada di sini, kami telah membuat lawatan ke
beberapa tempat wajib yang berada di dalam listing kami. Antaranya adalah
perkampungan budayayang mempunyai 7 buah rumah yang wajib dikunjungi dan
memenuhkan buku passport dengan cop dari setiap rumah. Pergi ke kedai kek lapis
yang popular untuk makan tester kek lapis yang sedap-sedap seperti kedai Kek
Lapis Dayang Salhah dan kedai Kek Lapis Mira. Pergi ke muzium kucing yang tak
sempat nak masuk dan hanya bergambar dekat pintu masuk je sebab kebetulan masa
kami datang tu mereka buka half day saja. Kami sempat juga ke Pasar Satok dan
Kubah Ria untuk membeli ikan masin terubuk.
Bergambar di Pantai Damai yang hanya bersebelahan dengan
Perkampungan Budaya. Berjalan-jalan di sepanjang Waterfront pada waktu malam
dan shopping tikar rotan Sarawak dan kain batik Sarawak di Main Bazaar. Serta
makan dekat Top Spot iaitu kedai makan yang popular di Kuching. Naik boat tradisional
pusing sungai Sarawak selama 1 jam serta berulang-alik menaiki boat ke seberang
untuk makan dan shopping kek lapis Sarawak. Serta solat sunat raya di surau
sebelah. Hanya Orang Utan Semenggoh dan Jong Crododile je yang kami tak dapat
pergi kerana jauh dan tiada berkesempatan kerana kekangan masa.
Bagi sesiapa yang macam Cik Fazz, tak nak amik kereta sewa,
anda-anda semua boleh mendapatkan bus shuttle di checkpoint-checkpoint yang
mereka telah tandakan untuk menunggu bus. Pada yang ambil hotel area
Waterfront, Cik Fazz nasihatkan supaya pergi ke Grand Margherita Hotel Kuching.
Kerana di sana kita boleh mendapatkan bus shuttle yang paling terdekat. Kami selalu
ambil bus shuttle dekat sana atau pun jika kami ingin bertanyakan arah, kerana
pekerja di hotel itu sangat ramah dan mereka tahu nak pergi ke mana-mana macam
mana. Kadang-kala mereka sendiri akan berikan kita nasihat perlu pergi mana,
makan kat mana, shopping dekat mana. Tip top lah layanan mereka walaupun kita
bukan stay dekat hotel mereka.
Cik Fazz tak mahu berceloteh panjang-panjang, seperti biasa
hanya gambar-gambar yang menyampaikan rasa tersirat dan tersurat sepanjang kami
berada di bandaraya kuching selama 4 hari 3 malam.
**Di
sini juga, Cik Fazz beri anggaran budget semasa berada di Kuching selama 4 hari
3 malam. Jikalau memang budget untuk lawatan semata-mata, budget dalam RM500
sudah mencukupi. Tetapi jika anda ingin bershopping sekali, anda perlu bawa
extra money untuk support perbelanjaan anda di sana.
Teksi
dari airport ke waterfront = RM26 sehala
Perkampungan
Budaya (tiket + bus shuttle) = RM84
Boat
tradisional = RM19 sejam
Muzium
kucing = Entrance free / camera/hp je yang mereka charges
Boat
tambang untuk ke seberang = RM0.50 sehala / 8.00pm ke atas RM1.00 / Cuti Am
RM1.00
pass untuk masuk negeri Borneo
Hotel dan resit teksi dari airport
boat tambang
0 comments:
Post a Comment