Hari malaysia Cik
Fazz sangat bermakna kerana time ni Cik Fazz dapat bertemu dengan sahabat2 Cik
Fazz yang paling rapat, paling sengal, dan paling comel. Kami jarang berjumpa
akibat kekangan kerja masing2. Sorang dekat Selangor, sorang dekat KL sorang
lak dekat Sarawak. So, kami memang susah sangat2 nak jumpa. Bila ada
kesempatan, kami akan cuba buat reunion selagi boleh.
Kali ini kami
buat reunion dekat dalam hutan. Hutan bukan sebarang hutan ok. Hutan yang
terpilih adalah Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam. Popular
sebagai Bukit Cerakah ataupun Taman Botani Negara Shah Alam. Sebut saja nama
taman tu, insyaAllah semua orang kenal dengan tempat tersebut.
Kami menikmati
keindahan alam ciptaan Allah Taala. Dapat menghirup udara segar. Dapat melihat
kehijauan bumi kita dan keseronokan melihat gelagat orang lain. Kami gamble je
pergi tempat ni. Cik Fazz sendiri pun hampir terlupa jalan nak ke taman ni tao!
Nasib baiklah otak ni masih bergeliga lagi hehehe
Kami menghabiskan
masa di taman ini dengan mengunjungi Rumah Empat Musim, Taman Haiwan, Titi
Gantung yang pendek, dan melihat orang awam berbasikal dan melihat sawah yang baru lepas tuai. Kami sekadar berjalan
kaki dan tidak menunggang basikal. Sebabnya, terlalu ramai orang awam yang
mengunjungi taman ini. Sambil tu, boleh la mengeluarkan peluh. Sudahnya, kami telah berjalan hampir 2 KM.
Macam biasa, Cik
Fazz malas nak membebel panjang2, so makcik hidangkan apa yang ada ye nak…
Jemput tengok…
0 comments:
Post a Comment