Selangor – Baling – Sungai Petani – Alor Setar – Sungai Petani – Selangor merupakan suatu perjalanan yang terlalu jauh dirasakan oleh Cik Fazz and The Gang. Trip ni merupakan trip yang paling lama dan banyak masa dihabiskan di atas jalan raya semata-mata. Sampaikan bila telefon mak, lepas tu cakap jalan jammed dekat tol Jelapang menghala ke tol … Mak kata “Padan muka, sape suruh tak nak balik awal-awal pagi!”. Kan dah kena sebijik daripada mak kesayangan… Ampun mak, anakmu bukan tak nak balik awal, tapi ada agenda lain di pagi hari itu… hehehe

Kali ni, yang jadi pemandu kami adalah Cik Rina kita ya! Dia nak melaram bawak kereta baru dia pi jalan jauh. Tapi disebabkan rasa berhati-hati dia yang terlalu tinggi, masa dijangka tiba ke Kedah selewat-lewatnya dalam 4 jam. Dengan bangganya Cik Rina kita ambil masa hampir 8 jam di atas jalan raya semata-mata. Kejung pungkoq mak, jah ooi!!!

Tapi yang membanggakan Cik Fazz sekarang ni, Cik Rina telah berjaya memandu sejauh itu tanpa membuat pertukaran dengan Cik Fazz. Sebab awal-awal Cik Fazz dah surrender tak nak drive ke Kedah. Memang Cik Fazz nak Cik Rina drive sendiri ke mana yang dia mahu. Tak kiralah sesat ke salah jalan ke apa ke, janji dia drive sendiri. Suatu pembelajaran yang baru untuk beliau. Dan resultnya, syabas bete..!!! We’re proud of you!

Kali ni Cik Fazz malas nak taip panjang2 dan membebel macam selalu. Yang Cik Fazz boleh cakap, Cik Fazz seronok dapat mai Kedah. Dapat pergi tempat yang Cik Fazz tak pernah sampai lagi contohnya Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, dan Menara Alor Setar. Dapat naik boat dari Tanjung Dawai Ke Pantai Merdeka. Dapat makan makanan yang mak selalu ingatkan iaitu Gulai Batang Pisang. Mak selalu pesan, nanti kalau mai Kedah jangan lupa makan gulai tu. Memang sedap uols…!!! Sampai teringat2 rasa gulai tu. Makan ABC Gunung Jerai tapi kongsi bertiga. Sebab besar sangat! Hehehe Lepas tu shopping pulak dekat Kompleks Pekan Rabu.

Akhir kata, silalah menjamu beberapa gambar yang sempat dirakam untuk tontonan anda semua…


Gulai Batang Pisang












Menara Alor setar


Jetty Tanjung Dawai











Pantai Merdeka









0 comments: