Ini yang dinamakan tempat jauh lagi dikenang. Ternyata terkena
batang hidung sendiri. Cik Fazz bercuti di Langkawi lagi pada tahun ni. Kali ketiga
datang Langkawi dan kali kedua untuk tahun ini saje. Haila, macam tak ada
tempat lain nak pergi ye…
Percutian kali ini Cik Fazz pergi berjimba bersama-sama sahabat
baik Cik Fazz masa zaman old school dulo-dulo iaitu Cik Dayah dan Cik Saidah. Ini percutian pertama kami
bersama-sama. Selalunya Cik Fazz bercuti dengan geng gila-gila. Tapi geng tu
masing-masing dah habis cuti, so tak boleh la nak follow Cik Fazz bercuti sakan. Jangan risau semua, dengan mereka Cik Fazz tetap menggila... Hahaha
Percutian di Langkawi ini agak lama, iaitu selama 5 hari 4
malam. Pada percutian kali ini kami manfaatkan cuti sebaiknya dengan
menghitamkan diri masing-masing dengan aktiviti luar. Seperti aktiviti Island
Hopping, Mangroves Tour, Parasailing dan sudah tentu bershopping!!! Itulah
aktiviti yang semua orang takkan tinggal bila datang ke Langkawi. Betul kann…???
hehee
Dan seperti biasa, Cik Fazz dah malas nak bercerita
panjang-panjang, sebab korang semua dah tahu apa yang ada dekat Pulau Langkawi
kan… Jadi, silalah menjamah gambar-gambar kali yang bercuti sakan di sana ye. Ha,
sebelum Cik Fazz lupa, kat bawah ni Cik Fazz ada listkan harga pakej yang Cik
Fazz dapat masa berjimba kat sana ye…
P/S:
Pada yang ingin bercuti di Langkawi atau di mana saja, Cik Fazz ada sedikit
pesanan. Silalah membuat survey dahulu sebelum bercuti ke mana saja. Itu pun
jika anda jenis yang backpacker dan tidak bergantung dengan agent. Cuba bertanya
dengan sahabat handai mengenai tempat percutian yang anda ingin pergi. Atau anda
boleh Tanya pada Pak Google. Lebih banyak info, lebih bagus untuk anda.
Harga
pakej aktiviti pada 2014:
- Cable Car = RM20 (adult)/RM15 (child)(bergantung pada pakej) – dah naik harga, tahun lepas pergi RM15
- Under Waterworld = RM30 (adult)/RM25 (Child) – dah naik harga, tahun lepas pergi RM25
- Mangroves Tour = RM85 (citizen)/RM120 (tourist) – cuba walk in area betul-betul pekan Pantai Cenang, masuk lorong ke pantai yang ada signboard Restoran Seafood Aliah (kalau tak silap)
- Island Hopping = RM35 – better amik dekat area pekan Pantai Cenang jugak, situ boleh dapat lagi murah. Boleh dapat RM30 + google/RM25 tanpa google.
- Parasailing = RM50 – amik dekat area pekan Pantai Cenang jugak
0 comments:
Post a Comment