Suatu masa dulu, kawan-kawan PLKN  ada mengajak Cik Fazz bercuti ke Cherating, Pahang. Akan tetapi trip itu dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jadi Cik Fazz pun tak mengharap untuk pergi ke situ setelah tiada sesiapa mahu membawa Cik Fazz ke sana.

Akan tetapi dengan kuasa Allah SWT, pada 4 hingga 8 May 2014 akhirnya Cik Fazz dapat juga menjejakkan kaki ke Cherating. Siap Cik Fazz travel alone ke Cherating. Tapi seperti biasa, Cik Fazz pergi bukan untuk berjoli sakan, tapi Cik Fazz pergi untuk mengajar agensi Jabatan Mineral Geosains (JMG) Zon Pantai Timur.

Kami semua menginap di Residence Inn Cherating. Hotel ini berkedudukan sedikit jauh dari pantai. Tapi, jika berjalan kaki tidaklah jauh mana pun dari pusat keseronokan berhibur di Cherating ini. Kedudukan chalet-chalet di area pantai ini tersangatlah dekat dan kita boleh walk in untuk memilih chalet yang diingini. Terdapat juga kedai-kedai cenderahati yang menarik boleh dikunjungi. Banyak jual ikon penyu la. Sebab tak jauh dari pantai Cherating ni, terdapat satu kawasan penyu iaitu Sanctuary Turtle di area tersebut. Boleh layari Cherating Turtle Sanctuary untuk keterangan lanjut. Tapi Cik Fazz tak sempat nak pergi mengadap tempat tu. Sebab masa sangat singkat. Sempat cari keropok lekor je buat buah tangan kat rumah sewa.

Disebabkan kedudukan Cherating yang sedikit tersorok, menyebabkan masih terdapat pasir-pasir pantai yang masih memutih cantik apabila disimbah cahaya matahari. Pasir memutih yang sangat jarang boleh ditemui di pantai-pantai semenanjung Negara kita sekarang ni. Tapi Cik Fazz tak nafikan, pasir kat Pantai Cherating ni masih cantik seperti tidak terusik. Memang puas hati jika bercuti di sini. Rasa macam nak curi je pasir tu bawak balik, simpan dalam botol… Tapi tu hanya angan-angan Mat Jenin je hihi

Cik Fazz tak tahu nak tulis apa lagi. Cik Fazz hanya mampu menunjukkan beberapa keping gambar untuk tontonan anda semua. Selamat menikmati Pantai Cherating.



tupai Cherating






air belum pasang

selipar siapa lah tu ye

pasir pantai yang cantik






0 comments: