Sungguh Cik Fazz tak sangka Cik Fazz dapat pergi ke Pulau Langkawi sekali lagi. Sebab Cik Fazz ni jenis tempat yang dah pernah pergi tak akan pergi lagi tanpa sebab musabab yang kukuh. Dan memang kali ini Cik Fazz tak dapat nak elak. Cik Fazz ada training dekat Langkawi. Ok, LANGKAWI ye LANGKAWI… Cik Fazz ulang lagi sekali ye, LANGKAWI… hoho Hebatlah orang kerajaan ni. Buat training jauh-jauh. Tak mampu Cik Fazz… hahaha

Sebenarnya memang Cik Fazz ada berniat nak kembali ke pulau Mahsuri tu, tapi tak sangkalah secepat ini. Cik Fazz berasa sangat beruntung sebab dapat menjejakkan lagi kaki di sini. Untuk pengetahuan uols, kali ni Cik Fazz menghadiri kursus untuk agensi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi Perlis/Kedah. Training ini akan berlangsung selama 5 hari. Ni pun baru touchdown dekat KJ semalam. Hari ni dah post entry. Hebat tak??!! Padahal badan penat semacam, sakit segala bagai.. Kejap lagi memang sambung tido la jawabnya… hihi

Training ini adalah training untuk kali ke dua dalam bulan May 2014 ini saja. Sebelum ini, Cik Fazz mengajar di Cherating, Pahang. Tengok, kan Cik Fazz dah cakap. Orang kerajaan ni memang kaya dan hebat lah. Buat training kat tempat yang mahal-mahal… Tak mampu den… hihi

Perbelanjaan untuk training ke Langkawi kali ini semuanya ditanggung beres oleh company Cik Fazz bekerja. Syukur Alhamdulillah…. Hihihi… So far, inilah kali pertama Cik Fazz dapat naik flight time nak training. Flight ticket Cik Fazz tak tahu berapa harganya, sebab company kesayangan yang tolong book dan bayarkan. Cik Fazz tinggal naik flight je hihihi… Tapi yang Cik Fazz tahu, harga tiket bawah RM200 sebab AirAsia tengah promo. Wah, dapatlah Cik Fazz merasa naik flight dari KLIA2 gitu… Bangga kejap!!! Kahkahkah… Untuk hotel pula, Cik Fazz menginap di Grand Continental Hotel bersama-sama dengan pihak ICU JPM. Tapi lain-lain bilik ya...

Manakala untuk kereta sewa sepanjang penggunaan di sana, Cik Fazz menggunakan khidmat Langkawi Travellers. Dan tak disangka-sangka, boss kereta sewa ni bagi harga yang berbaloi-baloi… Bayangkan, bayaran kereta sewa untuk 5h4m malam sebanyak RM200 + RM20 untuk airport transfer. Giler tak murah tu uols!!! Bagi Cik Fazz, itulah harga kereta sewa yang sangat murah.

Sebenarnya, sebelum ini Cik Fazz and The Gang pernah menggunakan khidmat Langkawi Travellers ini dulu. Tapi masa tu harga dia bagi harga biasa-biasa je. Tapi tak sangka kali ini mereka bagi Cik Fazz harga yang memang anda semua tak kan minta tawar lagi. Sampaikan account department company terkejut sebab Cik Fazz boleh dapat harga yang begitu murah. Sampaikan mereka minta nombor telefon agensi tu untuk kemudahan mereka masa mereka nak bercuti ke Langkawi nanti. Hihihi hebat tak penangan Cik Fazz pergi training kali ni. Lalala… *muka bangga semacam, macam muka nak minta pelempang!

Untuk training JTK di Langkawi ni, sedikit mencabar kerana semasa training ini berlangsung kebetulan adinda Sultan Kedah iaitu Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah telah mangkat. Jadi nak taknak, kami terpaksa membuat training separuh hari untuk menghormati peristiwa sedih yang melanda negeri Kedah ketika itu. Akan tetapi, training Alhamdulillah masih boleh cover yang perlu walaupun mengejar masa.

Sepanjang berada di sini, Cik Fazz menjadi driver tak berbayar kepada Cik Rozie dengan membawa dia melawat beberapa tempat yang wajib dilawati jika dah touchdown dekat Langkawi ni. Cik Fazz sempatlah membawa Cik Rozie kita ke Dataran Lang, Langkawi Cable Car, Pantai Cenang, Telaga Harbour dan tempat shopping yang famous di Langkawi ni. Contohnya Kompleks HIG, Idaman Suri, RAM's, dan beberapa lagi tempat shopping. Memang shopping sakan la kalau datang Langkawi ni. Tak boleh tidak!!! Kahkahkah… Melayang duit weh… Tak menahan…

Sebelum ni, Cik Fazz pernah post entry mengenai Langkawi. Jadi entry kali ni tak banyaklah yang Cik Fazz nak menggoreng. Sebab dah pernah goreng sebelum ni kan. Jadi, silalah menatap gambar-gambar yang sempat Cik Fazz snap.










































0 comments: