Wah! Setelah setahun berlalu, Cik Fazz Berjaya menjejakkan kaki
sekali lagi di The Lost World Of Tambun…
Kali ini lebih lama lagi... Memperuntukkan 6 hari di tambun. ENAM hari okay!!! Jangan
terkejut ya kengkawan… Maksud 6 hari Cik Fazz dekat Tambun tu bukan untuk
bersuka-suki semata-mata. Cik Fazz pergi kerana tuntutan kerja okay!
Training kali ini diadakan di Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) Ipoh, Perak yang terletak tidak
jauh dari Pusat Bandar dan Tambun. Dan pihak PMO telah menempahkan Cik Fazz and
The Gang hotel di Sunway Lost World of
Tambun Hotel. Training kali ini tersangatlah lama, tidak seperti training
yang dulo-dulo. Sampaikan pihak hotel pun terkejut sebab kami menetap di situ
dalam tempoh yang agak lama…
Okay, Cik Fazz tak nak cerita panjang-panjang, sebab dulu dah
penah ada entry berkenaan The Lost World Of Tambun kan. Kali ini, Cik Fazz nak
cerita serba sedikit mengenai beberapa tempat makan yang best dan aktiviti yang
seronok di dalam theme park yang masa dulu Cik Fazz tak dapat buat.
Hari pertama Cik Fazz And The Gang check in, kami telah memilih
untuk makan di luar. Dan tempat makan kali ini adalah di Mee Udang Ketam Sempoi…. Diraja. Tempat makan ini terletak tidak
jauh dari Tanjung Rambutan iaitu di Lorong
Sungai Choh. Tempat makan ini telah direkomenkan oleh polis bantuan theme
park. Overall makan di sini tersangatlah murah dan sedap hingga menjilat
pinggan… Tapi Cik Fazz tak ada la sampai menjilat pinggan, hilang kesopanan
den…hihihi
Hari ke berapa dah tak hengat dah… Setelah balik dari training dalam
keadaan kepenatan, Cik Rozie mengajak berendam lama di dalam kolam air panas
untuk mengurangkan tahap ketensionan kami. Jadi kami check in dekat spa hot
spring bermula jam 7 malam sampailah jam 9 malam… Hebat tak kami berlama-lamaan
di dalam air panas??? Bajet kulit kebal gitu hihi Keluar saja dari kolam air
panas, kami melihat perubahan pada kulit kami. Habis semua kecut mecut hahaha
kemudian kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel semula.
Setelah bersuka-suki berendam di dalam spa dekat hot spring,
kami balik ke hotel dalam keadaan kelaparan. Jadi, misi kami seperti biasa,
haruslah mencari makanan untuk mengeyangkan perut yang lapar. Disebabkan kami
tidak familiar dengan kawasan tambun ini, jadi kami memilih untuk makan di Dataran Ipoh. Dan seperti biasa, Cik
Fazz akan memilih makanan kegemaranku iaitu Char Kuey Teow. Keadaan di dataran ini telah berubah, kerana masa
Cik Fazz datang pada bulan October 2013, gerai-gerai makan masih banyak. Akan
tetapi, masa Cik Fazz datang pada bulan April 2014, banyak gerai yang sudah
tiada.
Hari terakhir di Tambun, misi kami seterusnya
adalah mencari restoran yang menyediakan mee rebus dan masakan barat yang sedap,
iaitu Restoran Mee Rebus Ramli yang
terletak di Tasek. Restoran ini
memang pemes tao.. setiap kali Cik Fazz tanya apa yang sedap kat ipoh, mesti
dorang akan rekomen restoran ni. Dan sudah semestinya Cik Fazz akan order
Chicken Chop yang sangat delicious… Harga makan kat sini Cik Fazz tak dapat
dikenalpasti, kerana time ni ada yang sudi membelanjakan duit beliau untuk
membayar harga makanan. Terima kasih diucapkan kepada si pemurah hati kekeke
Hari last yang betul-betul last… Selepas check
out hotel, Cik Fazz and The Gang mengambil keputusan untuk melepak sambil
bersarapan sementara menunggu untuk check in di dalam theme park. Wajib menikmati
sarapan yang sedap sebelum balik ke KJ. Pasti merindui makanan di Garden
Terrace… Setelah dibenarkan masuk ke dalam theme park, kami mula mencari tempat
duduk untuk menyimpan barang kami dan kami memulakan pengembaraan di dalam
theme park ini. Mengembara untuk kali kedua… hihihi Silalah melihat moment-moment kami di The Lost World of Tambun.
0 comments:
Post a Comment