Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Maaf kerana sudah
lama tidak bersiaran. Kali terakhir entry adalah berkenaan dengan Bandung. Kali
ni Cik Fazz nak share story berkenaan dengan Hat Yai, Thailand. Trip kali ni
Cik Fazz follow trip Akmal member Cik Fazz. Trip selama 3 hari 2 malam kalau
tak silap. Cik Fazz pergi pada 29-31 Disember 2018. Kengkonon nak sambut ambang merdeka di Thailand.
Disebabkan hampir setengah tahun, Cik Fazz dah lupa harga trip
ni. Rasanya dalam RM299 kalau tak silap. Cik Fazz nak cerita apa pun dah tak
berapa nak ingat. Jadi Cik Fazz just share gambar yang terpilih untuk
dikongsikan bersama.
Sebenarnya ini adalah kali kedua Cik Fazz pergi ke Hat Yai. Sebelum
ni Cik Fazz pergi dengan adik pada bulan 10. Bulan 12 pergi lagi sekali hihi Jika sebelum ini Cik Fazz pergi ke Hat Yai menggunakan kereta, kali ini kami ke sana menggunakan bus. Terdapat 3 rombongan bus dari KL Sentral yang menggunakan perkhidmatan Caravan Serai.
|
Border Malaysia-Thailand |
|
Imigresen Thailand |
Kalau sebelum ni kami stamp passport di border Bukit Kayu Hitam, trip kali ni kami stamp di border Padang Besar. Di border Padang Besar ni yang Cik Fazz perasan, flow dia agak cepat kerana tidak ramai orang. Cuma kami perlu turun bus dan perlu chop masuk.
|
Ladang Lebah Madu |
|
Berselirat seperti berseliratnya hati ini |
|
Floating Market |
|
TukTuk sape entah |
|
Ready nak pergi ASEAN Night Market |
|
Tempat sarapan kami |
Alkisahnya, kami semua hampir membatalkan trip ni kerana masa
minggu kami nak pergi tu terdapat kejadian letupan patung ian duyung di
Songkhla. Tapi kami semua tawakal supaya tidak berlaku apa-apa kejadian yang
tidak diingini. Tetapi alhamdulillah patung tersebut sudah dibetulkan oleh kerajaan tempatan.
|
Pantai Songkhla |
|
Dataran Songkhla |
|
Imigresen Thailand |
|
|