Assalamualaikum wbt pembaca semua. Hari ni Cik Fazz nak share dengan anda semua mengenai pengalaman kali kedua Cik Fazz berada di Bandar Johor Bahru. Cik Fazz berada di JB ni selama 5h4m bagi memenuhi undangan latihan BLESS untuk agensi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor. Kali ni Cik Fazz stay dekat hotel AmanSari Hotel City Centre Johor Bahru. Hotel ini terletak betul-betul di belakang Komtar JB dan berada betul-betul di dalam bandar JB.

     

          Cik Fazz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga JMG Johor yang ramah tamah melayan karenah Cik Fazz dan colleague semasa memberi latihan kepada mereka. Mereka juga turut berbesar hati menerangkan tentang batuan yang terdapat di dalam Malaysia ini. Banyak juga yang Cik Fazz belajar kerana bagi Cik Fazz ianya suatu perkara yang baru dan perlu juga diambil tahu. Cik Fazz pasti, sudah tentu orang ramai seperti kita tidak tahu-menahu mengenai batuan yang terdapat pada muka bumi ciptaan Allah swt ini. Oleh itu, ilmu yang diberikan oleh warga JMG merupakan ilmu yang sangat-sangat berharga bagi Cik Fazz.

Selama berada di sini, Cik Fazz tidak banyak berjalan kerana kehabisan idea memerah otak memikirkan ke mana harus di bawa melangkah kaki ini. Nak menapak ke Singapore, passport tak ada. Sudahnya, Cik Fazz hanya mampu menapakkan kaki ke Pasar Karat dan Zoo Negeri Johor. Jadilah daripada tak ada langsung kannn…


Di bawah ini Cik Fazz upload beberapa gambar buat tatapan anda-anda semua…






Negara Singapura kelihatan


Pasar Karat





Zoo Johor















Jabatan Mineral dan Geosains Johor

batuan yang mempunyai emas


batuan yang boleh dibuat perhiasan wanita


Galeria Batuan JMG


bersama-sama ICU JPM dan JMG

antara batuan yang ada

bahan asa untuk membuat zink atap rumah kita



Pegawai JMG memberi penerangan mengenai batuan

Nak dijadikan cerita, pada Hari Raya Aidiladha yang lalu Cik Fazz And The Gang telah beraya di perantauan. Nak tahu kami beraya di mana? Kami telah beraya di bandaraya Kuching, Sarawak. Nasib baik family tak marah sebab beraya di tempat orang dan tak balik kampung.

Sebenarnya, masa kami beli tiket ini, kami tak tengok pun calendar. So bila dah beli dan dah nak berangkat baru perasan yang tarikh kami nak pergi tu jatuh pada Hari Raya Haji. Ini semua salah Airasia la, siapa suruh buat promosi time raya! Tak pasal-pasal Airasia yang kena ye Hahaha

Baiklah, Cik Fazz akan terangkan serba sedikit mengenai trip kami pada kami ini. Tiket yang dibeli berharga RM55 dan kami telah menambah luggage pada saat akhir dengan harga RM25 seorang. Tiket dibeli daripada syarikat penerbangan tambang murah iaitu Airasia pada waktu promosi berlangsung. Manakala hotel pula kami menggunakan khidmat Tune Hotel dan harga yang perlu dibayar adalah RM68 seorang. Hotel macam biasa kami shared 3 orang sekatil. Almaklumla, budget kena bagus.

Sepanjang berada di Kuching ni, kami menjadi tour guide untuk diri sendiri dan ada juga menggunakan khidmat bus shuttle. Kami tak amik service kereta sewa kat sana kerana rasa macam mahal. Tapi kami hanya menggunakan perkhidmatan bus shuttle tu untuk pergi ke perkampungan budaya. Selain daripada itu, kami hanya menggunakan kedua belah kaki kami untuk berjalan-jalan di kuching.

Cik Fazz tak tahu nak mula daripada mana, tapi yang kami tahu kami sangat seronok berada di kuching ini dan terasa seperti tak mahu pulang semula ke semenanjung. Warga kuching di sini pula sangat-sangat ramah dan baik hati. Suansa pula yang damai dan tenang. Seperti menggamit kami untuk tinggal lebih lama di sini. Tapi apakan daya, masih ada kerja yang menuntut kami untuk pulang dengan segera.

Sepanjang kami berada di sini, kami telah membuat lawatan ke beberapa tempat wajib yang berada di dalam listing kami. Antaranya adalah perkampungan budayayang mempunyai 7 buah rumah yang wajib dikunjungi dan memenuhkan buku passport dengan cop dari setiap rumah. Pergi ke kedai kek lapis yang popular untuk makan tester kek lapis yang sedap-sedap seperti kedai Kek Lapis Dayang Salhah dan kedai Kek Lapis Mira. Pergi ke muzium kucing yang tak sempat nak masuk dan hanya bergambar dekat pintu masuk je sebab kebetulan masa kami datang tu mereka buka half day saja. Kami sempat juga ke Pasar Satok dan Kubah Ria untuk membeli ikan masin terubuk.

Bergambar di Pantai Damai yang hanya bersebelahan dengan Perkampungan Budaya. Berjalan-jalan di sepanjang Waterfront pada waktu malam dan shopping tikar rotan Sarawak dan kain batik Sarawak di Main Bazaar. Serta makan dekat Top Spot iaitu kedai makan yang popular di Kuching. Naik boat tradisional pusing sungai Sarawak selama 1 jam serta berulang-alik menaiki boat ke seberang untuk makan dan shopping kek lapis Sarawak. Serta solat sunat raya di surau sebelah. Hanya Orang Utan Semenggoh dan Jong Crododile je yang kami tak dapat pergi kerana jauh dan tiada berkesempatan kerana kekangan masa.

Bagi sesiapa yang macam Cik Fazz, tak nak amik kereta sewa, anda-anda semua boleh mendapatkan bus shuttle di checkpoint-checkpoint yang mereka telah tandakan untuk menunggu bus. Pada yang ambil hotel area Waterfront, Cik Fazz nasihatkan supaya pergi ke Grand Margherita Hotel Kuching. Kerana di sana kita boleh mendapatkan bus shuttle yang paling terdekat. Kami selalu ambil bus shuttle dekat sana atau pun jika kami ingin bertanyakan arah, kerana pekerja di hotel itu sangat ramah dan mereka tahu nak pergi ke mana-mana macam mana. Kadang-kala mereka sendiri akan berikan kita nasihat perlu pergi mana, makan kat mana, shopping dekat mana. Tip top lah layanan mereka walaupun kita bukan stay dekat hotel mereka.

Cik Fazz tak mahu berceloteh panjang-panjang, seperti biasa hanya gambar-gambar yang menyampaikan rasa tersirat dan tersurat sepanjang kami berada di bandaraya kuching selama 4 hari 3 malam.


**Di sini juga, Cik Fazz beri anggaran budget semasa berada di Kuching selama 4 hari 3 malam. Jikalau memang budget untuk lawatan semata-mata, budget dalam RM500 sudah mencukupi. Tetapi jika anda ingin bershopping sekali, anda perlu bawa extra money untuk support perbelanjaan anda di sana.

Teksi dari airport ke waterfront = RM26 sehala
Perkampungan Budaya (tiket + bus shuttle) = RM84
Boat tradisional = RM19 sejam
Muzium kucing = Entrance free / camera/hp je yang mereka charges
Boat tambang untuk ke seberang = RM0.50 sehala / 8.00pm ke atas RM1.00 / Cuti Am RM1.00


pass untuk masuk negeri Borneo

                                                                                              Hotel dan resit teksi dari airport

boat tambang