Ha, kali ni Cik Fazz nak share dengan korang semua pasal tempat
membeli-belah yang boleh dapat dengan harga borong. Cik Fazz tao korang semua
mesti suka beli baju yang cantik-cantik kann… Lepas tu korang mesti selalu
godek-godek ig, website, facebook dan yang seangkatan dengannya kan. Memata-mata
sebab korang nak cari baju yang korang rasa sesuai dengan diri korang ataupun
korang nak tukar penampilan. Atau jugak, korang nak beli baju raya kan… Betul
kan…???
Cik Fazz ada pergi satu mall ni yang mana dorang semua menjual
barang secara buck mahupun bahasa melayunya pukal ataupun borong. Mall ini dikenali
sebagai Kenanga Wholesale City ataupun KWC. Dekat sini bermacam-macam jenis
baju, kasut dan aksesori yang korang semua boleh jumpa. Dari hujung rambut
sampai hujung kaki semua complete. Tak ada yang tertinggal.
Untuk pergi ke KWC ni agak senang pada yang tiada transport
sendiri. Cik Fazz pun naik public transport jer… Tak gagah nak drive ke KL time
weekend hihi Ok, pada sesiapa yang nak naik public transport macam Cik Fazz,
korang semua naik LRT dan korang kena turun dekat LRT Hang Tuah. Keluar je dari
station Hang Tuah, korang akan nampak satu signboard kecil yang menyatakan
halatuju KWC. Ikut sahaja signboard tu, lepas tu korang semua kan nampak
bangunan KWC yang tinggi tu. Sebelum sampai ke KWC, korang semua akan melalui
laluan pejalan kaki yang agak kecil, dan beberapa deretan bangunan kedai yang
berhampiran. Rasa-rasa kalau macam tak jumpa bangunan tu kan, tanya je orang
ramai yang melalui pejalan kaki ke KWC tu. Sebab ramai orang yang menggunakan
laluan ke KWC tu. Jadi, anda-anda semua tak perlu risau tersesat jika mahu ke
KWC ya.
Weekend lepas Cik Fazz and The Gang sempat membuat penjelahan
mencari baju baru untuk kerja, dan sememangnya kami semua menjadi rambang mata!
Kalau boleh, satu bangunan mall tu kami nak beli. Sebab memang terlampau murah.
Paling tidak, jika kita membeli baju di salah sebuah kedai, dia akan limitkan 3
helai sekali beli. Dan kebanyakkannya, harga untuk 3 helai tu tidak kurang
dalam RM100. Hari tu, Cik Fazz sempat grab 5 helai baju dengan harga yang
dibelanjakan sebanyak RM150. Memang murah…
Dekat dalam mall ni, terlampau banyak kedai sampai kami tak
larat nak pusing seluruh mall ini. Dalam mall ni, terdapat 7 tingkat tidak
termasuk parking. Cik Fazz and The Gang start shopping dari level LG sampailah
ke level 2 je. 5 level lagi Cik Fazz and The Gang dah tak mampu nak habiskan. Sebab
kaki terlampau sakit dan penat hahaha Tangan pun dah penuh, duit lagi la usah
dicerita…
Jadi pesan Cik Fazz kepada anda semua, jikalau anda berkeinginan
untuk shopping dekat KWC ni, silalah menggemukkan poket masing-masing ya. Takut
anda tak cukup duit nak shopping nanti hihi Cik Fazz sendiri berkira-kira untuk
datang lagi ke KWC untuk bershopping raya. Yehaa!!! Lepas ni, dah tak payah nak
shopping online bagai, pergi je shopping dekat KWC ni ya. Silap haribulan, anda
sendiri yang memulakan perniagaan secara online nanti…
0 comments:
Post a Comment