FLORIA PUTRAJAYA 2014. Ini kali kedua Cik Fazz and The Gang mencemar duli ke pesta bunga ini hahaha (mencemar duli la sangat kan..) Tak banyak yang nak diceritakan pengalaman pergi ke pesta ini. Sebab pada hari kejadian Cik Fazz diserang migraine, dan tak dapat enjoy moment dengan sempurna.

Kami bertolak dari rumah jam 8 malam dan berjumpa dengan Cik Farah di Putrajaya. Kami tinggalkan kereta di hadapan sebuah bangunan dan naik satu kereta kerana kami tak jumpa parking. Kami amat kecewa kerana di dalam iklan diwar-warkan terdapat parking kereta yang banyak. Dan akhirnya, indah khabar dari rupa. Tapi tak apalah, kami tetap teruskan perjalanan ke tapak pesta tersebut dengan hati gumbira!

Setelah sampai, mak Cik Farah memberikan kami tiket free. Terima kasih makcik sebab bagi kami tiket free. Love you lah makcik hihihi Masuk sahaja kami di pintu masuk pesta, kami berasa amat kagum kerana keluasan tapak pesta yang boleh tahan luas. Sambil berjalan sambil berfikir, boleh ke nak habiskan round satu tapak pesta ni…??? Tema pesta bunga tahun ini adalah ‘Mesmerizing Colours’ ataupun dalam bahasa melayunya ‘Pesona Warna’.

Kami memulakan perjalanan dengan memasuki khemah yang menempatkan bunga-bunga yang telah dihias dengan pelbagai rupa bentuk. Ada yang digubah menjadi bentuk zirafah, kereta, baju pengantin dan macam-macam lagi. Khemah ni juga boleh tahan luasnya dan memang ramai yang bergambar di dalam ni termasuk kami juga kihkihkih

Setelah siap tawaf di dalam khemah ini, kami teruskan perjalan kat bahagian luar pula. Sangkaan Cik Fazz taman-taman di luar ini lebih kurang seperti tahun lepas. Rupanya, jauh panggang dari api. Kami amat terkejut sebab sudah banyak penambahbaikkan yang dilakukan untuk menjayakan pesta bunga pada tahun ini. Almaklumlah, pesta ini diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Memang amat menakjubkan design-design yang dipamerkan pada tahun ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Cik Fazz tak tahu nak gambarkan macam mana. Pada yang sudah pergi pesta bunga 2014 ini, Cik Fazz rasa anda semua tahu apa yang Cik Fazz cuba sampaikan kan. Pada yang tak berkesempatan untuk ke sini, Cik Fazz berbesar hati untuk berkongsi beberapa keeping gambar yang sempat diambil semasa cuci mata di pesta bunga ini. Silalah membelek gambar-gambar tersebut ya.


















0 comments: